MENGHAPUSKAN KEMISKINAN

Friday, June 13, 2008

PERALIHAN KUASA DALAM UMNO PERLU TINDAKAN SEGERA..JIKA LAMBAT USAHA RAMPAS LIMA NEGERI LEBIH SULIT


Peralihan kuasa Pak Lah - Najib dah set…Jangan Lambat Sangat...MASA UMNO UNTUK DIPULIHKAN KIAN SUNTUK..BUKAN MUDAH NAK RAMPAS BALIK LIMA NEGERI TU PAK LAH..!!

TERBARU AGENDADAILY: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kata beliau dan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah sepakat tentang persaraannya dan proses peralihan kuasa antara mereka.

Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan sehari ke Kelantan Jumaat memberitahu demikian selepas menghadiri mesyuarat dengan Badan Perhubungan UMNO negeri itu di Kota Bharu.

Beliau tidak menduga persetujuan yang dicapai itu akan berdepan dengan sebarang masalah.


Perdana Menteri tidak nyatakan bila peralihan kuasa antara beliau dan Datuk Najib akan dibuat.Beliau hanya kata , "bila tiba masanya nanti" penyerahan kuasa itu akan pasti berlaku.


Abdullah menjelaskan hal ini semasa berucap pada majlis makan tengah hari bersama pemimpin masyarakat dan pegawai-pegawai kanan berikutan masih ada pihak yang sangsi hubungan antara beliau dan timbalannya itu termasuk ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan pada mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri itu selama dua jam sebelum itu.

"Saya dan Datuk Seri Najib dah tentukan bila masanya yang sesuai bagi saya menyerahkan jawatan kepada beliau.

Abdullah juga berkata sewajarnya semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai hubungan baiknya dengan Najib itu kerana ia tidak memberi sebarang faedah.

"Yang penting semua perlu melihat hubungan kami berdua adalah untuk menguatkan parti dan kerajaan serta program pembangunan yang telah dirancang selama ini," katanya.

Menurut Perdana Menteri hubungannya dengan Najib sememang terjalin baik tanpa sebarang masalah dan kedua-dua mereka telah sepakat dalam menentukan masa yang terbaik bagi penyerahan kuasa.

"Kami tiada masalah dan hubungan kami berdua adalah baik," katanya.
- 13/6/2008

------------------------

Bukan pengecut tapi berprinsip

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tegaskan beliau bukan pengecut apabila tidak mengambil alih kepiminan UMNO daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ekoran prestasi buruk Barisan Naisonal (BN) pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Sebaliknya beliau berkata : "Saya datang daripada keluarga di mana ayahanda (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein) saya membantu menubuhkan parti dan saya bukannya anak lelaki yang memusnahkan parti. Saya mahu terus menyambung membangunkan parti ini”.

Dengan itu beliau percaya peralihan kuasa mestilah berlaku secara tradisi kovensional dan bukannya dengan mewujudkan puak-puak.

Najib berkata demikian semasa menjawab soalan seorang peserta pada syarahan mengenai "Malaysia dalam menghadapi cabaran baru global" di Royal Institute of International Affairs, London hari Rabu.

Peserta berkenaan bertanya mengapa beliau tidak mengambilalih tampuk pemerintahan ekoran prestasi buruk Barisan Nasional dan UMNO pada pilihan raya umum Mac lepas.

Pada pilihan raya umum lalu, BN bukan sahaja kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat tetapi turut kehilangan empat negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah di samping Kelantan terus kekal di tangan PAS.

Menurut Najib, orang ramai boleh memberikan pandangan mereka mengenai pendiriannya tetapi itu tidak bermakna beliau tidak berani mengambil tindakan kerana tegasnya, beliau adalah individu yang mempunyai prinsip nilai teras.

"Dan saya percaya apa yang penting, apa jua langkah yang anda ambil, ia mestilah mempunyai prinsip nilai teras peribadi kepada anda,” tambahnya.

Jelas Najib lagi, UMNO kini berada pada tahap tidak beguitu baik dan sekirrnya ahli-ahli terus bergaduh untuk merebut kepimpinan, UMNO akan terus lemah dan tidak akan berupaya menghadapi p[ilihan raya umum yang akan datang.

"Apakah yang ada dengan mewarisi kedudukan apabila anda kalah dalam pilihan raya. Saya tidak mahu memimpin parti untuk kalah,” tanya beliau. – 12/6/2008

Kesimpulan:

Pak Lah perlu bertindak pantas dalam proses peralihan kuasa kepada Datuk Najib. Jika lewat, UMNO akan hadapi masalah besar rampas kembali lima negeri dan meraih semula keyakinan orang Melayu terhadap kepimpinan UMNO menjelang PRU13..

Pak Lah perlu berkorban untuk kelangsungan dan ketuanan UMNO..

No comments: