MENGHAPUSKAN KEMISKINAN

Friday, June 6, 2008

CARI SEGERA TENAGA ALTERNATIF YANG LEBIH MURAH DARI MINYAK..!


Kenaikan harga minyak di Malaysia memang sudah dijangka oleh rakyat. Rakyat faham bahawa harga minyak global semakin tinggi sehingga mencecah USD130 setong. Saya kurang pasti satu tong minyak bersamaan berapa liter. Saya juga kurang pasti Malaysia import minyak mentah atau minyak yang sudah siap diproses.

Oleh kerana minyak petrol dan minyak diesel sangat penting kepada rakyat kerana ia digunakan untuk berbagai tujuan ekonomi dan sosial maka harganya mestilah munasabah dan seimbang dengan taraf hidup rakyat.

Taraf hidup rakyat di Malaysia jika dilihat secara kasar kebanyakan mereka makan gaji, kerja kilang, petani, pekebun kecil, nelayan dan sebagainya. Ada di kalangan mereka mempunyai anak yang ramai. Ada di kalangan mereka berulang-alik ke tempat kerja. Ada yang jaraknya jauh. Ada juga yang dekat. Mereka hadapi juga kesesakan diibukota. Tentu banyak gunakan minyak petrol.

Sebab itu kenaikan minyak yang diumumkan kerajaan pada 4 Mei 2008 hari Rabu sebanyak RM2.70 seliter akan menambahkan lagi bebanan rakyat. Bebanan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana perlu dilihat juga.

Kerajaan hendaklah mencari segera tenaga alternatif untuk kenderaan agar rakyat tidak hanya tertumpu menggunakan minyak untuk kegiatan harian mereka.

No comments: