Difahamkan, kerajaan Barisan Nasional sedang dalam usaha untuk menurunkan harga minyak. Tetapi yang rakyat tak faham, kenapa turunkan hanya minyak RON92. Minyak jenis ini katanya minyak untuk orang berpendapatan rendah. Kualitinya pun rendah. Nampaknya, rakyat yang berpendapatan rendah semakin rendah kualitinya.
Harganya dikhabarkan RM1.88. Harap kerajaan beri kualiti terbaik untuk rakyat.
Bolehkah harga minyak yang diturunkan ini akan mengurangkan masalah harga barang yang tinggi? Harap-harap para peniaga tidak tamak.
Harga barang yang patut turun seperti minyak masak, gula, tepung, susu bayi, dan banyak lagi. Asalkan barang itu adalah keperluan penting. Harganya tidak mencekik darah. Rakyat akan terus sokong BN.
Rakyat kini hidup dalam suasana kos hidup yang tinggi. Jangan ditinggikan lagi macam Jepun, Singapura. Tiada makna gaji naik. Sebab itu, harga minyak perlu stabil.
Kerajaan patut cari jalan tenaga alternatif yang lebih murah. Cipta kenderaan yang pakai tenaga yang murah tapi berkualiti.
Negaraku Syurgaku patut dijadikan matlamat kerajaan. Bukan Negaraku Nerakaku. Kerajaan BN tetap pilihan. Tapi jangan ingat rakyat tidak pandai menilai.
Memang berat tanggungjawab kerajaan. Tapi, jika bijak guna wang hasil cukai, tidak membazir, semua rakyat akan menikmati hasil kekayaan negara.
No comments:
Post a Comment