MENGHAPUSKAN KEMISKINAN

Friday, April 11, 2008

MASA DEPAN UMNO KINI DI TANGAN ABDULLAH ?


Sikap sesetengah pemimpin UMNO membuat tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir, tanpa mahu menerima hakikat bahawa rakyat sebenarnya tidak selesa dengan cara kepimpinan sekarang, boleh membawa kesan tidak dijangka ke atas UMNO.

Kekalahan besar UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12 tiada kena mengena dengan Tun. Kekalahan UMNO lalu sehingga hilang empat negeri selain Kelantan menunjukkan rakyat tidak yakin dengan kepimpinan sekarang. Walaupun negeri lain yang dimenangi UMNO tetapi bukan semuanya dimenangi juga menunjukkan ada di kalangan rakyat di sana tidak selesa dengan kepimpinan sekarang.

Sekarang adalah zaman pemerintahan Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Rakyat sudah memberi petunjuk bahawa mereka tidak berkenan dengan cara Datuk Seri Abdullah. Jika mereka berkenan, sudah tentu mereka tanpa berbelah bahagi akan mengundi BN.

Saya bukan anti Datuk Seri Abdullah. Cuba perhatikan. Mengapa kaum Cina dan India serta sebilangan besar orang Melayu mengundi pembangkang? Jika mereka yakin dengan Datuk Seri Abdullah tentu mereka tetap setia seperti mana pilihan raya umum ke 10 tahun 1999, meskipun ada orang Melayu tidak sokong Tun Mahathir, tetapi kaum Cina dan India tetap menyokong Tun.

Sebaliknya, zaman Datuk Seri Abdullah, orang Cina dan India kurang berkenan dengan cara Datuk Seri Abdullah. Contohnya cuba lihat di Pulau Pinang, negeri Perdana Menteri. hampir semua kaum Cina dan India menolak kepimpinan PM. Ini bukti jelas, bahawa PM kita tidak berjaya menarik hati kaum-kaum tersebut.

Sebaliknya, di Felda-Felda, UMNO dan BN menang kerana faktor Datuk Seri Najib.

Oleh itu sudah tiba masanya UMNO menukar Presidennya yang boleh diterima dan diyakini oleh semua kaum. Mengapa kaum Cina dan India menolak PM wajar dikaji.

Zaman Mahathir, meskipun di kalangan Melayu tidak menyokong beliau kerana simpati dengan mata lebam Anwar Ibrahim, namun sokongan kaum Cina dan India tetap kukuh. BN menang. MCA menang. MIC menang. Gerakan menang. UMNO pun menang tapi majoriti turun. Berbeza zaman Abdullah. MCA kalah. MIC kalah. Gerakan lenyap. UMNO lumpuh sebelah badan!

Persoalannya, jika Abdullah turun, siapa yang layak menjadi Jeneral? Insya Allah Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyidin atau Datuk Dr. Rais Yatim.

Timbalannya Datuk Seri Ali Rustam atau di kalangan mereka di atas.

Menuduh Mahathir tidak berguna kerana akhirnya UMNO juga yang akan dilihat busuk.


Saya hormati Datuk Seri Abdullah kerana latarbelakang ilmu agamanya tetapi itu belum cukup untuk menjadi PM yang berkesan, diterima, diyakini oleh semua kaum.
Dasar Islam Hadhari yang diperkenalkannya nampaknya kurang selesa di kalangan bukan Melayu kerana bukan Islam lebih selesa dengan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dahulu.

Pemuda UMNO

Bagaimana pula setelah Datuk Seri Hishamuddin membuat keputusan tidak mempertahankan lagi jawatan Ketua Pemuda UMNO, maka siapakah yang layak mengganti sebagai Ketua Pemuda ?

Saya sarankan, orang yang layak ialah Datuk Mukhriz Mahathir. Beliau berani menegur. Ciri-ciri ini perlu ada. Orang lain juga boleh menegur tetapi tahap mereka masih lemah seperti kurang ciri kebapaan. Saya nampak dalam diri Mukhriz ada ciri-ciri kebapaan dan kepemimpinan.

Maaf cakap, Khairy Jamaludin kurang ciri kebapaan dan kepemimpinan. Beliau nampak masih kebudak-budakkan. Masih perlu belajar lagi. Beliau apa pun Pemuda UMNO tak boleh sisihkan. Beri beliau masa sebagai Naib Ketua Pemuda. Beliau boleh diguna sebagai Penceramah Utama UMNO. Macam Mat Sabu dalam PAS.

No comments: