Kini orang undang-undang sibuk mendakwa ke sana sini kononnya kuasa hakim perlu dikembalikan. Hakim berhak menentukan di antara mereka mendapatkan peluang kenaikan pangkat terutamanya jawatan Ketua Hakim Negara. Pentingnya menurut mereka tiada campurtangan pihak eksekutif (pemerintah) semasa dan selepas perlantikannya. Menurut mereka disebut satu kes bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas yang dipecat tanpa sebab tertentu pada 1988 oleh mantan Perdana Menteri waktu itu. Kita rakyat kasihan juga dengan Ketua Hakim kita.
Tapi dalam pada kita kasihan, kita mesti tahu bahawa apabila Ketua Hakim buat salah, maka siapakah yang patut memecatnya? Jika Ketua Hakim mempunyai kuasa yang sangat besar, hakim-hakim lain akan takut juga mereka dipecat.
Untuk situasi agar sistem kehakiman negara Malaysia lebih kondusif dan terarah maka setiap perlantikan hakim hendaklah melalui satu majlis kemudian dibawa ke Perdana Menteri dibawa ke majlis Raja-Raja Melayu kemudian diluluskan oleh Yang Dipertuan Agung.
Manakala jika sistem kehakiman menghadapi masalah salah laku hakim, mereka dibawa ke satu majlis ke Perdana Menteri ke Majlis Raja-Raja kemudian diluluskan oleh Yang Dipertuan Agong.
Jadi tak lagi diputuskan oleh satu pihak sahaja iaitu Perdana Menteri.
Perdana Menteri adalah orang yang diberi kuasa yang sangat besar. Jika PM buat salah, maka Parlimen boleh buat undi tidak percaya. Tapi, PM dengan Presiden Parti mewakili suara Parti. Tanpa Parti, tiada Presiden. Jawatan Hakim diwujudkan oleh Pemerintah. Tanpa pemerintah, Hakim tiada kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang.
Pemerintah, Hakim mesti ikhlas, bertanggungjawab,bijaksana,memelihara kedaulatan negara dan agama, berakhlak mulia, menunjukkan contoh yang baik, taat perintah agama atau perintah Allah,tidak angkuh dan dalam konteks Malaysia, Hakim perlu lebih cekap, kurang kes tertunggak, bebas rasuah.
No comments:
Post a Comment