MENGHAPUSKAN KEMISKINAN

Tuesday, April 15, 2008

KESILAPAN-KESILAPAN BESAR ABDULLAH AHMAD BADAWI YANG MERANAPKAN UMNO


Terbaru, rakyat dikejutkan dengan pengumuman berani Perdana Menteri untuk terus mempertahankan jawatan Presiden UMNO.



Meskipun beliau diasak bertubi-tubi supaya bertanggungjawab di atas kekalahan teruk UMNO dan Barisan Nasional kepada Pakatan Pembangkang dalam Pilihanraya Umum ke 12, beliau nampaknya rela menjaga kepentingan diri lebih daripada kepentingan kepentingan dan masa depan politik orang Melayu.



Perdana Menteri macam tidak peduli apa rakyat kata, komen terhadap prestasi buruknya dalam PRU12. Beliau mengambil sikap memperlekehkan pandangan ahli-ahli UMNO yang amat jelas sudah memberi isyarat tidak mahu berketuakannya lagi.



Kenapa rakyat dan ahli UMNO tidak mahu menjadikannya ketua lagi ialah sikap PM yang selama ini tidak mencerminkan sebagai negawaran ulung. Beliau ingin menjadi jagoan dan cuba memperlekehkan bekas presiden UMNO dahulu. Beliau juga memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang kabur hala tuju. Rakyat tidak memahami dasar Islam Hadhari. Rakyat keliru dengannya. Rakyat lihat ada pertentangan nilai dan tindakan dalam melaksanakan dasar itu.



Rakyat berasa amat marah dengan perbuatan PM yang tidak menghormati bekas pemimpin ulung negara. Inikah Islam Hadhari yang sering dijeritkannya? Islam tidak mengajar umatnya bersikap biadap dengan bekas pemimpin yang banyak menaikkan imej Islam di Malaysia dan dunia.



Semasa zaman PM kini, suara beliau tidak diangkat sebagai suara dunia ketiga. Beliau tidak layak diangkat sebaris dengan Sukarno, Mahatma Gandhi, Dr. Mahathir. Beliau tiada ciri-ciri pejuang kemerdekaan. Rakyat nampak beliau amat lemah baik dari segi percakapan dan tindakan.



Lihat sekadar beberapa contoh. Isu Honorarium, isu Hindraf, isu Anwar Ibrahim, isu harga minyak, isu umat Islam sedunia, isu orang Melayu gagal ditanganinya dengan berkesan.



Pilihanraya Umum ke 12 lalu adalah kemuncak kemarahan rakyat terhadapnya. Tidakkah beliau sedar, bahawa beliau adalah PM yang janggal kerana negerinya sendiri pun beliau tidak mampu hendak menangi.



Beliau berkata sebelum beliau hendak lepaskan jawatan PM kepada Timbalannya, beliau hendak mempastikan perpaduan dalam UMNO kukuh. Kenapa baru sekarang beliau bercakap begitu? Dahulu beliaulah menjadi punca ahli UMNO berpecah belah kerana dasarnya yang pro-Singapura, anti-Mahathir. Kini baru beliau nak ambil tindakan menyatu padukan ahli UMNO? Kenapa lambat sangat? Kenapa lewat sangat? Tidakkah beliau sedar, selagi beliau berada di atas, ahli UMNO akan terus resah dan gelisah. Kerana beliau seperti anti Mahathir, pro Singapura dan tidak pro aktif.



Oleh itu, tanpa ingin menyakiti hati beliau, kerana bukan saya tidak suka beliau tetapi saya lebih sayangkan parti UMNO lebih dari beliau. Biarlah UMNO dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar bersikap seperti negarawan ulung, pejuang kemerdekaan bangsa dan negara. Kini bukan masa untuk beliau menagih simpati. Beliau sudah diberi tempoh yang panjang untuk menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi. Malangnya, beliau gagal memberikan prestasi yang terbaik. Lupakanlah kemenangan besar tahun 2004 dahulu.



Tahun 2004 rakyat yakin dan ingin lihat lebih pembaharuan dalam pentadbiran dan tindakan. Tetapi, apa yang rakyat dapat ialah kehilangan Jambatan Indah menggantikan Tambak Johor yang mengakibatkan rakyat hilang semangat perjuangan dan semangat kemerdekaan. Bekas pemimpin ulung UMNO yang meletakkannya dalam dulang emas dijadikannya sebagai bahan lawaknya dengan tujuan jahat. Beliau lepaskan Anwar Ibrahim begitu sahaja. Beliau biarkan Anwar ke hulu ke hilir membelasah UMNO. Segala fitnah Anwar beliau jarang beri reaksi. Kalau ada pun lambat.



Beliau tidak berusaha untuk melawan pengaruh Anwar dengan lebih jitu dan mantap. Akhirnya Anwar berjaya menewaskannya.



Bahkan Anwar berjaya menawan negeri beliau. Maka memang layaklah Anwar mendakwa beliau adalah PM yang sebenar??



Kesilapan besar PM ialah menggunakan peluru untuk menembak diri sendiri. Beliau tembak Mahathir bertubi-tubi. Beliau kurang menembak Anwar, Hj.Hadi, Lim Kit Siang (PKR, PAS dan Keadilan).



Kesilapan besar kedua PM ialah menggunakan peluru Anwar untuk menembak Mahathir iaitu dalam kes Video Linggam. Video Linggam itu adalah peluru paling berbisa Anwar tetapi PM sendiri menggunakan peluru Anwar itu tanpa memikirkan bahawa akhirnya peluru itu menembak dirinya sendiri.



Itulah kesilapan-kesilapan besar PM dan Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi YANG KINI TERPAKSA DITANGGUNG OLEH AHLI UMNO.



Jadi sewajarnya beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden dan PM. Tak perlulah beliau berdolak-dalik lagi. Sendiri mahu faham. Contohilah PM Jepun.



Namun, seperkara yang akan bermain di fikirannya kelak ialah apa orang akan buat pada aku jika sekiranya aku melepaskan jawatan sebagai Presiden dan PM?? Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali. Terimalah qadha dan qadar Allah kelak ke atas diri anda.



"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya".