MENGHAPUSKAN KEMISKINAN

Wednesday, May 28, 2008

EZAM MD NOOR ADA CITA-CITA BESAR MASUK UMNO..??


EZAM AKAN GEMBIRA ATAU BERDUKA MASUK UMNO SEMULA.....??

INI ANTARA PANDANGAN BLOGGERS TUN MAHATHIR..

edayz said...


MENGAPA UMNO PERLU LEMAH : KEMASUKAN KEMBALI DSAI DALAM UMNO

A'kum Tun,

Isu ini seperti ada sesuatu perkara yang tersembunyi. Apabila DSAI menjadsi TPM dahulu, mmg tidak dinafikan dia sudah pasti akan menjadi PM. Dan semua orang tahu, DSAI hanya mempunyai satu cita-cita, iaitu menjadi PM. Secara congak politik, untuk menjadi PM dengan bertunjangkan kuasa Melayu, DSAI hanya bole menjadi PM yang berkuasa terutama dengan sokongan melayu dengan masuk melalui UMNO @ penyokong UMNO lompat parti menyokong PKR.

Dalam situasi ini, yang menjadi keraguan saya, mengapa AAB seolah-olah tidak merasa malu dalam kekalutan UMNO sekarang. Beliau sedikit pun tidak mengendahkan bahawa mmg org melayu telah menolak beliau tidak kira dari dalam parti UMNO sendiri @ yang tidak berparti.

Disini, saya meletakkan 2 perkara yang bole didebatkan. 1) Adakah mmg dalam diri AAB untuk melihat UMNO hancur dan seterusnya satu parti melayu baru timbul dimana DSAI akan memerintah (dalam masa yg sama KJ akan merealisasikan cita2 untuk menjadi PM pada usia 4o tahun); 2) jika kekalutan ini berterusan dalam UMNO, DSAI akan menjadi wira dan dipanggil semula menjadi penyelamat dan seterusnya dilantik Presiden UMNO dan kemudiannya PM.

Kedua-dua teori ini ada kait rapatnya dengan cita-cita menantunya menjadi PM dalam usia 40 tahun. Ini kerana cita-cita KJ menjadi PM tidak akan menjdai kenyataan jika Najib menjadi PM. Jika Najib menjadi PM, sudah pasti hampir 15 tahun beliau menjadi PM dan seterusnya Hisham akan mengganti dan mungkin akan mengambil masa hingga 20 tahun menjadi PM. Tolak campur, cita-cita KJ menjadi PM akan terkubur. Ini mmg akan sebenarnya memusnahkan satu perancangan manusia gelojoh dalam politik ini untuk berjaya.

Oleh itu, untuk menjadi PM, hanya seorang manusia dapat membantu iaitu DSAI. Umur DSAI yang semakin lanjut, akan seungguhnya menghadkan tempoh beliau sebagai PM. Jika beliau menjadi PM, sudah pasti NAJIB dan HISHAM akan diketepikan dan KJ akan menjadi orang paling berpengaruh. Dalam masa 10-15 tahun, KJ akan berjaya.

Antara usaha-usaha yang dilakukan KJ untuk mengukuhkan kehadiran DSAI dalam UMNO ialah: 1) membawa masuk EZAM dn CEKGUBAD kemabali dalam UMNO (kalau boleh bawa masuk semua orang PKR berbangsa melayu kerana mereka semua adalah orang UMNO tapi bertaat setia kepada DSAI); 2)membiarkan AAB lemah dan dalam keadaan UMNO yang takut menjatuhkan AAB, UMNO akan lemah dan penyelamat yang palaing berani akan diterima masuk untuk bertanding menentang AAB pada Disember ini iaitu DSAI.

Sekiranya, kedua-dua perkara tersebut direalisasikan, UMNO akan kembali dipenuhi oleh pemimpin-peminpin durhaka ini yang akan menghancurkan segala pengaruh NAJIB dan HISHAM dan dalam masa yang sama semua level dalam UMNO akan dipelopori oleh orang2 KJ.

Teori ini seperti tidak munasabah cuma satu yang perlu kita fikirkan. DSAI hanya dilahirkan untuk menjadi PM. Even ada pemimpin yang lompat keluar BN, jumlah itu cukup tapi tiada kekuatan kuat orang melayu. Tanpa kekuatan pemimpin melayu, DSAI akan tidak berkuasa ditekan DAP dan PKR yang bukan berbangsa melayu. DSAI tidak ada masa untuk itu. Beliau sangat tamak dan untuk ketamakan kuasa, beliau perlu solid vote org melayu. Jalan yang ada hanyalah melalui pintu UMNO. yang bole membawa masuk beliau ke UMNO ialah KJ. Dan satu perkara penting yang perlu diingati, DSAI dipecat tidak sampai 10 tahun yang lepas dan kebanyakan pemimpin UMNO yang ada sekarang merupakan orang-orang beliau juga semasa menghancurkan Tun Ghafar Baba dahulu. Berwaspadala wahai rakan-rakan semua. Ini akan terjadi

Wassalam


A KADIR JASIN said...

Dear Tun,

Malaysian politics is very partisan. Opposition parties hardly support the government.

The only time I believe they supported the government was during the Indonesian confrontation.

But if they are now supporting the government of the PM Abdullah Ahmad Badawi, that's because it is a useful thing to do.

In lest than 5 years that Abdullah leads the BN government, the opposition benefited tremendously as seen in the March 8 polls. It is to their advantage to continue to support PM Abdullah than to see a stronger person taking over Umno and the government.

On the other hand, the opposition will attack and discredit whoever attacks or criticises the PM.

Certainly we know who is the marters strategies behind the opposition's "support" for PM Abdullah... no other than "Brother" Anwar.

MALAYSIAN MALAYSIA DAP PENUH HIPOKRIT


DAP TIDAK LAYAK MEMPERJUANGKAN MALAYSIAN MALAYSIA

Dua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Dr. Tan Seng Giaw yang mengatakan konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu kini tidak lagi relevan serta harus digantikan dengan konsep ketuanan Malaysia.

Saya amat hairan, konsep apa yang cuba diperjuangkan oleh DAP konon untuk mewujudkan kedaulatan Malaysia.

Sekadar ingin maklumkan, DAP selama ini telah gagal mendaulatkan ketuanan Malaysia.

MAKSUD KETUANAN MALAYSIA

Malaysia merupakan negara majumuk. Terdiri daripada kaum-kaum seperti kaum Melayu, Cina,India,Kadazan,Bidayuh dan bumiputera yang lain.

DAP hanya mendaulatkan kaum Cina. Itulah prioriti utama DAP. Sebab itu, kebanyakan kaum Cina Malaysia lebih suka bercakap Cina sesama mereka, papan tanda perniagaan pun bertulisan Cina,mereka lebih suka sekolah jenis kebangsaan Cina. Mana dia bukti DAP perjuangkan ketuanan Malaysia..?

Ketuanan Malaysia ialah mendaulatkan Bahasa Malaysia dalam semua aspek sosial, ekonomi dan politik Malaysia, nama pun mesti bercirikan Malaysia, tetapi kebanyakan nama DAP seperti LIM Kit Siang tidak melambangkan bunyi Malaysia..

KEBUDAYAAN MALAYSIA BERBEZA-BEZA

Budaya rakyat Malaysia berbeza-beza antara satu sama lain. Kaum Cina dan India berbangga dengan budaya mereka. Budaya Melayu memang tidak boleh dinafikan adalah budaya utama Malaysia. Jika budaya Melayu dalam Malaysia dihapuskan, digantikan dengan budaya Malaysia, Malaysia akan hilang jatidiri kerana tiada wajah yang betul. Mata, mata Cina, hidung India, mulut Melayu, ... nak kata wajah siapa?

AGAMA MALAYSIA BERLAINAN

Orang Melayu beragama Islam, Cina beragama Buddha, India beragama Hindu, ada sebahagian mereka beragama Kristian dan ada langsung tiada agama.

Habis Malaysia nak agama apa sebagai jatidirinya kepada dunia?


POLITIK MALAYSIAN MALAYSIA AKAN MENIMBULKAN HURU HARA

Untuk pengetahuan DAP, politik Malaysian Malaysia boleh menjerumuskan Malaysia kepada persengketaan antara kaum. Sebabnya mudah, Malaysia akan hilang jatidiri. Sanggupkah orang Cina menukar jatidiri mereka sepenuhnya kepada jatidiri Malaysia..?

Tentu mereka tak sanggup kerana mereka akan hilang sekolah jenis kebangsaan Cina, bahasa Cina, budaya Cina dan sebagainya.

Perbezaan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia amat luas. Orang Cina semakin kaya. kekayaan orang Cina di Malaysia tersenarai dalam senarai orang-orang kaya di dunia. Jumlah mereka ramai berbanding Melayu dan India.

Mengapa orang Cina lebih kaya dari sudut ekonomi Malaysia amat diketahui. Mereka kaya kerana dasar Inggeris dan sikap pembesar dari kalangan orang Melayu itu sendiri sebelum merdeka lagi. Lagipun budaya orang Cina antaranya ialah suka berniaga sejak turun temurun.

Budaya niaga Melayu hanya di pasar-pasar malam. Situasi ini boleh menimbulkan keadaan berat sebelah.

Sebab itu, Malaysian Malaysia akan gagal kerana keadaan ekonomi yang berat sebelah antara kaum Malaysia.

2008 PENENTU MASA DEPAN UMNO ...


Saya yakin, Tun Dr.Mahathir bukan benci kepada Datuk Seri Abdullah atau dengki.

Dari pengamatan saya, Tun punya hati dan jiwa yang besar. Dulu, musuh Tun dari pembangkang kata macam-macam pada Tun. Tapi semua musuh Tun akhirnya tumbang dan akur dengan kepemimpinan Tun seperti Karpal Singh, haji Hadi, Lim Kit Siang,Anwar Ibrahim...

Pelik...zaman Abdullah dari 2004 semua musuh politik UMNO itu jadi hero ... UMNO nampak macam penjahat ...

Apakah tanda-tanda itu masih tidak boleh dibaca oleh Abdullah sebagai presiden UMNO..??

Mengapa rakyat memilih Karpal, Kit Siang, Anwar, Haji hadi,...??? kerana ... faktor Abdullah Ahmad Badawi, presiden UMNO dan pengerusi BN.

Rakyat bukan komunis suka sabotaj sana sini. Rakyat sekarang lebih-lebih lagi golongan muda..tahu menilai...mereka nampak dan menilai Abdullah dari semua aspek...

Ya memang benar...zaman Abdullah..Abdullah suka tabur wang..contohnya naikkan gaji, tambah elaun sana sini,..bagi free yuran sekolah kononnya ...memanglah bagus...

Tapi apa hasilnya kepada UMNO dan BN dalam pilihan raya umum ke 12 lalu?

Strategi Abdullah menabur wang tak menjadi...??

Jadi apa yang rakyat mahukan..?

Rakyat mahukan jambatan bengkok, rakyat mahukan bekas pemimpin negara yang besar jasa dihormati ..rakyat mahukan perdana menteri yang cekap, cepat bertindak,pro aktif ... banyak ideanya ...boleh buat kerja untuk negara bukan untuk peribadi.. tidak gunakan jawatan untuk kepentingan anak menantu..itu yang penting ...

Dan paling penting juga bab ekonomi paling tidak pun tahu gunakan wang tidak secara membazir.

Cuba kita tanya Datuk Seri Abdullah..satu hari berapa buah buku ekonomi dia sudah baca...?? Paling tidak...cubalah cabar beliau buat satu tulisan berbentuk pendapat berupa idea ... berani tak dia buat sendiri...??? kalau tak berani memanglah IQ dia tu lemah...

Ha...dia ni pandai tak guna komputer...???

Kemudian...paling penting pandai tak dia berhujah.

Perdana Menteri kena pandai berhujah. Tapi saya lihat Abdullah sangat lemah dari segi beri hujah. Agaknya kurang membaca kot...

Kemudian...Perdana menteri mesti tahu menghentam..kalau tidak kita akan dihentam...menghentam dengan hujah yang mantap..ada tak kualiti itu pada Abdullah selama ini..?

Rakyat lihat semua itu pada Abdullah dari tahun 2004 lagi...dalam suratkhabar, televesyen,....rakyat menilai..bermula dari Jambatan bengkok, isu AP,isu layanan ke atas bekas pemimpin negara, isu Khairy,..isu Saham Singapura, isu NST Kalimullah agen Singapura....isu harga minyak yang naik..isu harga barang..isu honorarium ...isu perkauman..isu agama Islam...isu murtad....

Semua isu itu gagal ditangani oleh Abdullah dengan baik....

Pada hal beliau sudah diberi tempoh yang agak lama ... lagipun beliau dalam kerajaan sudah lama..tentulah banyak pengalaman...beliau sudah jadi menteri pelajaran,menteri luar,....banyak pengalaman tu...

Tapi segala tindakannya macam orang tiada pengalaman langsung. Macam baru masuk sekolah....

Apa yang saya nampak, Datuk Seri Abdullah tidak sesuai menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Beliau sesuai jika diletakkan sebagai Menteri Hiburan dan Pelancongan kerana watak beliau yang tak apa-apa. hanya tahu seronok.

Dah hilang lima negeri masih nak berseronok....apa pelan pemulihan UMNO masih belum nampak lagi dari mulut dan idea Abdullah sendiri...

Sedangkan PRU13 tak lama lagi...

Justeru, saya amat menyokong komen Tun Dr.Mahathir, supaya datuk Seri Abdullah segera melepaskan jawatannya untuk kebaikan dan masa depan UMNO dan BN.

Datuk Seri Abdullah boleh memilih penggantinya samada Datuk najib, Tan sri Muhyidin, Datuk dr.Rais yatim.

Dalam politik, pertukaran pemimpin adalah satu strategi atau percaturan maha penting untuk survival bangsa atau sesebuah parti.

Ayuh UMNO...jangan sampai terlewat..!!!

Sunday, May 25, 2008

MINGGUAN MALAYSIA MEMAHAMI KEHENDAK SEBENAR UMNO


Mingguan Malaysia Memang Bersuara Rakyat Gitu ...25/5/2008 Wawancara Khas.

segerakan pemulihan

Mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang diadakan pada Rabu lalu telah bersetuju untuk melaksanakan pelan pemulihan parti itu bagi meraih kembali sokongan rakyat. Setakat ini apa yang terkandung dalam pelan berkenaan masih belum diumumkan.

Bagaimanapun pensyarah kanan politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berpendapat, pelan pemulihan berkenaan perlu dilakukan segera dan bukannya menanti pemilihan parti selesai pada Disember ini. Menurut beliau, banyak yang perlu dilakukan dalam usaha untuk memastikan rakyat khususnya orang Melayu kembali menyokong UMNO.

Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia ZULKIFLEE BAKAR dan ZAINU‘L AZHAR ASH‘ARI di Jitra, Kedah semalam, Dr. Mohamed Mustafa menyentuh mengenai perubahan yang harus berlaku dalam komponen Barisan Nasional (BN) dan peri pentingnya ahli-ahli UMNO konsisten dalam perjuangan serta memahami senario politik negara masa kini.

Ini kerana menurut beliau tidak ramai ahli UMNO yang menyedari bahawa konsep yang selama ini membantu BN memerintah negara sudah diciplak oleh pakatan pembangkang. Oleh itu Dr. Mohamed Mustafa mengingatkan bahaya yang menanti BN, kalau kemelut dalaman parti itu tidak diselesaikan segera.

Beliau juga turut memberi pandangan mengenai langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO dan betapa penting isu itu ditangani dengan sebaik-baiknya.

Mingguan: UMNO dilihat berhadapan dengan pelbagai cabaran sejak kebelakangan ini. Bagaimana Profesor melihat situasi parti itu sekarang?

DR. MOHAMED MUSTAFA: Kita harus melihat terlebih dahulu senario umum yang berlaku selepas Pilihan raya Umum ke-12. Apa yang berlaku ialah konsep Barisan Nasional (BN) telah berjaya diciplak oleh pembangkang yang menamakan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat. Mereka bukan sahaja menciplak malah mereka berjaya menjadikan konsepkonsep ini boleh berfungsi. Walaupun tidak sepenuhnya tetapi sudah sampai ke tahap boleh bekerja dengan agak baik. Apabila ini berlaku ia telah menyebabkan sudah wujud alternatif yang boleh memberikan pilihan kepada rakyat. Inilah senario yang harus UMNO dan BN terpaksa hadapi.

Apabila ia berlaku, BN tidak boleh melihat ini sebagai masalah UMNO sahaja atau mana-mana parti komponen, sebaliknya BN secara keseluruhan berhadapan dengan satu lagi parti yang boleh dijadikan alternatif. Pakatan pembangkang ini berjaya meredakan apa-apa juga perbezaan antara mereka, akibat daripada itu mereka dilihat sebagai satu barisan alternatif yang agak viable (berdaya maju) dan apabila BN sendiri gagal menangani isu-isu nasional sebelum pilihan raya sehinggalah sekarang, maka barisan alternatif ini akan semakin mendapat perhatian, kalau mereka berjaya mentadbir lima negeri yang ditawan dengan baik, waktu itu BN akan berhadapan dengan masalah besar.

Apa yang perlu kita fahami, BN mampu bertahan dalam pilihan raya umum lalu kerana Pakatan Rakyat gagal dikembangkan ke Sabah dan Sarawak sahaja. Ertinya, mereka berjaya membawa semua parti yang boleh memberikan keuntungan kepada mereka di semenanjung ini sehingga mampu mengimbangi kekuatan BN.

Ertinya, pelan pemulihan yang hendak dilakukan oleh BN dan UMNO harus mengambil kira faktor ini?

DR. MOHAMAD MUSTAFA: Sudah tentu, ini kerana mereka hendak bertanding dalam pilihan raya. Mereka harus lihat apakah musuh, halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuh. Jadi kalau mereka membuat pemulihan tanpa mengambil kira faktor pakatan pembangkang itu, ia boleh mendatangkan masalah.

Pada pandangan Profesor, apa lagi yang harus diutamakan dalam pelan pemulihan UMNO itu bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka?

DR. MOHAMED MUSTAFA: Apa yang paling penting ialah kita harus menerima hakikat bahawa perkara pokok yang menjadi persoalan penting ialah kepimpinan. UMNO mesti membuat keputusan yang berani dalam soal ini. Kalau UMNO berpendapat, kepimpinan hari ini mahu dipertahankan kerana dianggap masih boleh berfungsi maka mereka harus melakukan segala-galanya untuk mempertahankannya. Tetapi kalau mereka berpendapat perlu ada perubahan maka ia perlu dilakukan dengan telus. Ertinya diberikan maklumat yang jelas bila peralihan kepimpinan itu akan berlaku kerana ini akan memberikan sedikit ketentuan kepada ahli UMNO dan masyarakat.

Mungkin tindakan ini dilihat akan menyebabkan kita mempunyai kepimpinan yang lemah tetapi kita mesti telus. Kalau ini tidak berlaku, ia akan mewujudkan ketidakpastian bila ia akan terjadi. Ini akan menyebabkan orang berteka-teki sehingga mereka mengambil sikap tunggu dan lihat, di depan bercakap lain di belakang bercakap lain. Semua ini hakikatnya tidak akan membantu UMNO dalam konteks untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan keyakinan terhadap parti itu.

Apa yang Profesor maksudkan mempertahankan kepimpinan dengan bersungguh-sungguh itu?

DR. MOHAMED MUSTAFA: Maksud saya, kalau benar-benar mereka mahu mempertahankan kepimpinan yang ada hari ini, mereka harus berjuang habis-habisan. Jangan mengamalkan sikap sokong ‘separuh-separuh sahaja’ atau ‘hendak tak hendak sahaja’ sehingga seolah-olah membiarkan presiden parti mempertahankan diri sendiri. Saya tidak percaya kepada perakuan-perakuan yang dibuat untuk menyokong mana-mana pemimpin. Oleh itu saya berharap kepimpinan UMNO tidak terlalu yakin dengan perakuan politik menyokong kepimpinan kerana dalam politik ia tidak membawa apa-apa makna. Justeru pemimpin dan ahli UMNO harus jujur kalau mereka benar-benar ingin mempertahankan kepimpinan sedia ada.

Bagaimana dengan komponen BN?

DR. MOHAMED MUSTAFA: Bagi saya bukan sahaja UMNO memerlukan perubahan, malah parti-parti komponen juga berdepan dengan kemelut yang sama. Mereka juga berhadapan masalah kehilangan penyokong dan tidak lagi diyakini oleh ahli mereka dan pengundi. Atas sebab itulah saya melihat, pelan pemulihan UMNO harus mengambil kira pelan pemulihan BN secara keseluruhannya. Saya lihat parti seperti Gerakan, Parti Progresif Penduduk (PPP) dan MIC mungkin tidak sesuai lagi untuk berdiri sendiri dengan adanya Pakatan Rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang semakin mendapat sokongan rakyat.

Bagi saya, tidak keterlaluan jika saya berpendapat adalah lebih baik ketiga-tiga parti berkenaan digabungkan menjadi satu parti dan ini akan membantu BN berhadapan dengan PKR dan DAP dengan lebih berkesan. Ertinya, UMNO akan berhadapan dengan Pas manakala MCA akan berhadapan dengan DAP.

Dalam pelan pemulihan UMNO apa lagi yang harus dilakukan?

DR.MOHAMED MUSTAFA: UMNO harus melihat bahawa mereka sudah kehilangan lima negeri, jentera kerajaan di pejabat Menteri Besar (MB) tidak boleh lagi membantu UMNO untuk membina kekuatan. Dulu UMNO ada peruntukan kerajaan, ada projek pembangunan dan program-program yang ditunjangi oleh kerajaan negeri untuk mendekatkan mereka dengan pengundi. Sebab itu, apa yang paling penting dilakukan oleh UMNO sekarang ialah mengaktifkan pejabat-pejabat UMNO negeri-negeri menjadi ‘wisma negeri’ yang baru. Maknanya, operasi UMNO mesti bermula daripada situ, seluruh kekuatan UMNO mesti digemblengkan di pejabat UMNO itu dan Ketua Perhubungan Negeri haruslah bertindak seolah-olah menjadi Menteri Besar UMNO.

Selain itu mesyuarat perhubungan negeri juga harus diadakan lebih kerap, manakala hubungan dengan bahagian-bahagian mesti rapat. Ini kerana kita tahu bahawa UMNO di peringkat bahagian berpecah, masing-masing ada ‘warlord’ sendiri. Ini terjadi hampir di semua bahagian, justeru kalaulah keadaan ini berterusan ia boleh membahayakan UMNO. Oleh itu menjelang Julai ini, jika tidak ada sesuatu dilakukan oleh UMNO negeri, parti itu akan berada pada kedudukan paling lemah. Ia disebabkan ketika itu seluruh kekuatan UMNO akan ditumpukan kepada soal pemilihan dari peringkat cawangan hinggalah ke pusat, bukannya soal menguatkan parti.

Kalau melihat kepada perkembangan itu, bilakah waktu paling sesuai untuk UMNO melaksanakan pelan pemulihannya?

DR. MOHAMED MUSTAFA: UMNO tidak boleh menunggu sehingga selepas pemilihan pada Disember ini bagi melaksanakan pelan pemulihannya. Bagi saya, jika itu dilakukan ia bukanlah satu langkah yang bijak kerana masa tidak menyebelahi UMNO. Pemulihan itu harus bermula sekarang dan mesti dijelaskan kepada ahli UMNO dan rakyat apa yang sedang parti itu lakukan. Selepas selesai masalah di peringkat parti, UMNO harus membantu pula selesaikan masalah parti-parti komponen kerana tanpa sokongan parti berkenaan, mereka akan mengulangi kekalahan dalam pilihan raya yang lepas.

Parti-parti komponen harus menarik sokongan bukan Melayu kepada UMNO, ini yang berlaku dalam pilihan raya lepas apabila MCA, MIC dan Gerakan gagal menarik sokongan bukan Melayu kepada BN sehingga menyebabkan parti itu kalah di kawasan-kawasan campuran. Dulu pilihan raya kita berasaskan kepada kawasan luar bandar lebih banyak dari kawasan bandar tetapi sekarang oleh kerana proses pembangunan, kawasan campuran ini sama banyak dengan kawasan luar bandar.

Trend pengundi bandar tidak sama dengan pengundi luar bandar, UMNO kena faham bahawa mereka sedang berhadapan dengan penghuni bandar yang tidak terikat dengan servis UMNO. Contohnya, mereka tidak perlu wakil rakyat kalau ada masalah, mereka berdikari tidak seperti di luar bandar.

Atas sebab itulah keperluan terhadap UMNO di kawasan bandar ini oleh rakyat tidak begitu dirasakan, sebab itu sama ada wakil rakyat itu dekat atau jauh dengan mereka ia tidak menjadi isu, di bandar mereka bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti. Sebab itu UMNO kena faham pemikiran dan cita rasa pengundi bandar.

Dalam pemulihannya siapa lagi yang harus UMNO temui?

DR. MOHAMED MUSTAFA: UMNO harus berjumpa dengan ‘special interest group’ secara berperingkatperingkat bagi menjelaskan senario sekarang dan apakah yang UMNO rancang untuk masa depan. Ini termasuklah berjumpa dengan pegawaipegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta. Pertemuan ini harus dilakukan secara konsisten dan kerap supaya tidak ada mana-mana kumpulan atau kelompok yang dipinggirkan. Pertemuan ini penting kerana UMNO tidak boleh bergantung kepada media arus perdana bagi mendekati mereka. Ia tidak mencukupi, sebaliknya haruslah ada usaha daripada UMNO pusat dan negeri untuk melakukan pertemuan berkenaan bagi mendengar keluhan, kehendak dan aspirasi mereka serta berusaha untuk memahami mereka.

Melalui cara itu, UMNO akan dapat memberikan keyakinan dan harapan kepada mereka bahawa UMNO ‘sedang berubah dan mendengar’ serta mengambil tindakan-tindakan untuk membantu mereka. Bagaimanapun setakat ini, saya melihat tiada perjumpaan dilakukan dengan ‘special interest group ini’ dan badan perhubungan negeri belum digerakkan dengan berkesan, begitu juga dengan beberapa isu berbangkit lain masih belum ditangani.

Melihat situasi sekarang, saya berpendapat tidak semua bahagian-bahagian UMNO yang faham tentang senario baru yang sedang mereka hadapi iaitu konsep BN telah diciplak oleh pembangkang dan boleh menggugat UMNO. Apa yang perlu difahami selama ini kejayaan UMNO adalah disebabkan oleh konsep BN tetapi sekarang konsep berkenaan sedang diciplak. Jika UMNO terus menggunakan strategi yang sama sedangkan pembangkang yang menciplak konsep itu melakukan dengan lebih baik ia boleh membahayakan mereka. Justeru pemulihan UMNO tidak akan berkesan, selagi ahli-hali UMNO tidak memahami senario yang berlaku.

Bagaimana dengan kualiti kepimpinan, apakah ia turut harus menjadi agenda utama pemulihan UMNO?

DR. MOHAMED MUSTAFA: Perkara pertama, sama ada kita hendak mengakui atau tidak, kebanyakan pemimpin UMNO yang ada sekarang diragui integritinya. UMNO dilihat sudah hilang sentuhan bagi merasai denyut-denyut nadi rakyat bawahan. Contohnya, bila harga barang naik, ada pemimpin suruh ubah cara hidup, bila harga beras naik suruh makan nasi sehari sekali. Itu bukan penyelesaiannya. Ini menyebabkan UMNO dilihat mengambil penyelesaian terlalu mudah terhadap masalah-masalah rakyat, seolah-olah rakyat boleh disogokkan apa juga, rakyat boleh dileteri atau diberitahu apa yang sepatutnya mereka buat. Ini bukan masanya untuk itu.

Semua ini hanya mengakibatkan UMNO akan didakwa tidak memahami kesusahan hidup rakyat. Atas sebab itu isu-isu nasional ini mesti ditangani dengan baik dan UMNO sebagai tulang belakang kerajaan harus menunjukkan bahawa mereka bersama rakyat merasai kesusahan itu dan bukannya kembali menyalahkan rakyat. Langkah kedua yang perlu dilakukan oleh UMNO dalam soal kepimpinan ini ialah, melahirkan pemimpin-pemimpin berwibawa. Bagi saya, pemilihan UMNO kali ini di semua peringkat adalah peluang terbaik UMNO untuk membersihkan UMNO daripada sebarang anasir yang boleh dikaitkan dengan rasuah, mempunyai moral dan integriti yang rendah. Oleh itu UMNO mesti berani menolak pemimpinpemimpin seumpama itu.

Bagaimana pula Profesor melihat kesan kepada UMNO dan BN berikutan langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO?

DR. MOHAMED MUSTAFA: Dr. Mahathir mempunyai matlamat khusus. Bagi saya, ini adalah langkah taktikal beliau. Beliau pasti mempunyai matlamat lain bukan sekadar keluar UMNO sahaja. Oleh itu UMNO harus faham kenapa Dr.Mahathir bertindak demikian.

Tindakan mengecam, perlekeh atau dilihat menghina Dr.Mahathir tidak akan membantu UMNO untuk pulih. Ini kerana Dr.Mahathir adalah ikon dalam politik Malaysia. Beliau menjadi ikon sama ada di kalangan orang muda mahupun rakyat Malaysia. Malah kita sudah meletakkan beliau sebagai seorang tokoh yang menjadi kebanggaan negara.

Kalau hari ini kita mempertikai atau memperkecilkan beliau, ini tidak akan membantu memulihkan UMNO kerana Dr. Mahathir diterima sebagai ikon penting dalam politik Malaysia. Atas sebab itulah pelan pemulihan UMNO harus mengambil impak tindakan Dr. Mahathir ini. Maknanya tidak akan berlaku pemulihan yang berkesan dalam UMNO jika faktor Dr.Mahathir diabaikan.

Maknanya, dalam pemulihan ini, UMNO harus memahami senario yang sedang mereka hadapi sama ada hari ini atau akan datang dan memahami faktor Dr.Mahathir ini bukan faktor kecil. Sebabnya, kalau Dr.Mahathir berada di luar UMNO, beliau mempunyai platform yang lebih luas untuk menyampaikan pandangannya bagi mengkritik kerajaan. Saya yakin pihak pembangkang akan mengeksploitasikan sepenuhnya kedudukan Dr. Mahathir di luar UMNO untuk terus melemahkan BN. Kita harus ingat ada lima negeri yang dikuasai oleh pembangkang dan mereka sudah pasti bersedia bila-bila masa memberi tempat kepada Dr. Mahathir untuk bercakap dan mengkritik kepimpinan kerajaan.

UMNO tidak mungkin akan dapat menghalang kerana kelima-lima negeri itu pembangkang ada kuasa. Dr. Mahathir sudah menyatakan beliau tidak menyokong pembangkang tetapi antara beliau dan pembangkang, mereka mempunyai persamaan iaitu tidak menyukai kepimpinan UMNO hari ini. Atas sebab itu, saya tidak nampak Dr. Mahathir dan pembangkang mempunyai masalah untuk bekerjasama. Ini yang harus UMNO lihat dan jangan ambil mudah dengan tindakan yang dilakukan oleh Dr.Mahathir. Mungkin sehari dua ini tidak ada kesan tetapi dalam tempoh jangka panjang ia akan mempunyai kesan yang amat buruk terutama sekali apabila UMNO berusaha untuk merayu kepada pengundi dan penyokong BN yang sudah lari.

Apa yang harus UMNO lakukan dalam menghadapi situasi ini?

DR. MOHAMED MUSTAFA: UMNO harus menyelesaikan masalah Dr. Mahathir ini. Ia sebenarnya adalah salah satu daripada proses pelan pemulihan UMNO. Mereka tidak boleh menganggap tanpa Dr.Mahathir ia akan lebih mudah untuk menjaga UMNO, bagi saya tanggapan ini tidak betul. Kalau ada pemikiran seperti ini UMNO tidak akan mampu dipulihkan seperti yang diharapkan. Saya memahami isu Dr. Mahathir ini tidak mudah ditangani. Apatah lagi Dr.Mahathir seorang yang berprinsip. Oleh itu UMNO mesti mencari jalan untuk memuaskan hati beliau dan mencapai kompromi.

Kalau itu berjaya dibuat dengan memberi keyakinan kepada beliau bahawa apa yang beliau mahukan itu boleh dicapai tetapi bukan mengikut syarat yang beliau mahukan barangkali akan mengendurkan sedikit keadaan dan mungkin beliau akan terima. Apa pun UMNO harus mengambil serius isu Dr. Mahathir ini.

Bagi saya, adalah lebih baik jika UMNO memikirkan untuk mewujudkan Council of the Elders yang tidak perlu ada kuasa eksekutif tetapi bertindak sebagai badan penasihat kepada Majlis Tertinggi dan barisan kepimpinan UMNO semua peringkat.

Majlis ini harus sentiasa dirujuk dan ia dianggotai oleh bekas pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO bermula dari Presiden sehingga Naib Presiden. Saya fikir dengan adanya majlis ini, UMNO akan menjadi lebih kuat. Ini kerana UMNO akan mendapat nasihat daripada tokoh-tokoh veterannya yang ketika ini khidmat mereka seolah-olah tidak digunakan.

Apa kesannya jika UMNO dan BN terus bergelut dengan masalah politik dalamannya?

DR. MOHAMED MUSTAFA: Ia akan menghakis keyakinan rakyat kepada konsep BN dan jika itu terjadi jangan salahkan rakyat jika mereka tidak lagi mempercayai BN. Sebab itu BN dan UMNO mesti menyelesaikan masalah rumah tangga sehingga ia menjadi sebuah parti yang tidak lagi dibebani dengan masalah dalaman. Ini kerana rakyat tidak akan yakin dengan sebuah parti yang terus bergelut dengan masalah dalaman termasuklah dari segi berpuakpuak dan kepimpinannya dipertikaikan.

Saya juga berpendapat UMNO di bahagian dan negeri harus mengamalkan politik ‘hemoi’ ertinya janganlah kita sombong dengan rakyat. Budaya pemimpin baru meninggi diri dan seolah-olah tidak mempedulikan pengundi ketika pilihan raya bukan satu sikap yang boleh membantu UMNO. Atas sebab itu, saya mencadangkan UMNO kembali kepada sikap asalnya iaitu mengamalkan politik ‘hemoi’ itu yang hakikatnya sudah diamalkan oleh parti pembangkang di mana mereka berjumpa dengan rakyat.

RENCANA MENARIK MINGGUAN MALAYSIA TENTANG KEHILANGAN PULAU BATU PUTIH...

Bukan hilang maruah


Batu Putih dilupakan terlalu lama dan kita tidak membuat yang sepatutnya di pulau kecil ini.


Untuk 30 minit pertama Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh membacakan penghakiman kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge, segala-galanya memihak kepada Malaysia. Pemangku Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu memperincikan satu persatu pendirian mahkamah berhubung siapa mempunyai hak milik asal Pulau Batu Putih dari sudut sejarah sebelum tahun 1840.

Hakim dari Jordan itu menggunakan pendekatan urutan tahun - iaitu sebelum tahun tersebut adalah tidak dipertikaikan bahawa pulau sebesar separuh padang bola itu adalah sebahagian daripada Kesultanan Johor yang ketika itu mempunyai kedaulatan ke atas pulau-pulau termasuk pulau kecil di Selat Singapura di mana letaknya Pulau Batu Putih.

Memetik catatan awal penghakiman, beliau kemudiannya memberi harapan kepada delegasi Malaysia bahawa kedaulatan Kesultanan Johor ke atas Pulau Batu Putih tidak pernah dicabar oleh mana-mana kuasa di rantau ini, justeru ia memenuhi syarat 'secara berterusan dan aman mempamerkan kedaulatan wilayah'.

Perihal hubungan antara Sultan Johor dan Orang Laut yang menjalani kegiatan menangkap ikan dan lanun di Selat Singapura turut membuktikan bahawa Kesultanan Johor mempunyai kedaulatan ke atas pulau tersebut sejak lama dulu.

Shawkat yang mempengerusikan persidangan kira-kira sejam 45 minit itu kemudian menarik perhatian para audiens yang memenuhi ruang mahkamah mengenai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dan Perjanjian Crawfurd 1824. Kedua-dua perjanjian memberi gambaran dari sudut undang-undang bahawa Pulau Batu Putih bukan terra nullius (tidak bertuan) menepati perjuangan pasukan negara yang bertungkus lumus mempertahankan fakta tersebut.

Amat jelas ketika itu bahawa sebahagian daripada persoalan yang dibangkitkan baik dalam memorial dan penghujahan lisan kes tuntutan bertindih ketiga-tiga bentuk maritim yang menjadi pertikaian telah dijawab secara terang-terangan oleh mahkamah iaitu Pulau Batu Putih adalah milik Kesultanan Johor.

Status itu masih kekal sehingga tahun 1844 iaitu ketika British membuat persiapan untuk mendirikan Rumah Api Horsburgh di pulau tersebut.

Bagaimanapun persoalan sama ada status tersebut terus dipertahankan selepas tahun 1840-an mula menjurus arah yang berbeza apabila Shawkat meneruskan petikan penghakiman yang melibatkan pandangan barisan 16 hakim.

Beliau mula membangkitkan a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan sesebuah negara mempunyai kedaulatan) yang jika gagal dipenuhi boleh menyebabkan sesebuah negara itu 'terlepas' kedaulatan ke atas jajahannya.

Sepintas lalu beliau menyentuh perihal pembinaan Rumah Api Horsburgh yang perancangan serta pembinaannya dikendalikan oleh juru ukur kerajaan Singapura bernama John Thomson yang dilantik sebagai arkitek projek tersebut oleh Gabenor Buttterworth. Pada tahun 1850 ketika upacara peletakan batu asas, mahkamah mendapati tiada wakil kesultanan Johor hadir pada majlis tersebut.

AktivitiIa mungkin disebabkan oleh pihak berkuasa British dan Singapura menganggap adalah tidak perlu untuk memaklumkan kepada Johor aktiviti yang mereka jalankan di Pulau Batu Putih. Shawkat turut menyentuh lawatan Temenggung Johor ke pulau tersebut hanya sekali iaitu sembilan hari selepas peletakan batu asas, dan beliau ketika itu diiringi oleh 30 pengikut.

Ketika kes Malaysia mulai goyah, Shawkat mula mengheret surat balasan Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bertarikh 21 September 1953 yang meruntuhkan sama sekali harapan negara untuk mengesahkan kedaulatannya ke atas Pulau Batu Putih. Tertera di dalam surat tersebut bait ayat yang berbunyi "Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Putih".

Surat tersebut adalah balasan kepada surat bertarikh 12 Jun tahun yang sama yang dihantar oleh Setiausaha Kolonial Singapura kepada Penasihat British bagi Sultan Johor bagi mendapatkan kepastian antara lain mengenai status Pulau Batu Putih kerana ia relevan untuk menentukan sempadan perairan wilayah koloni.

"Mahkamah mendapati surat ini dan tafsirannya adalah sangat penting untuk menentukan sejauh mana kedua-dua pihak memahami tentang hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih.

"Menyelidiki isi kandungan surat 1953 ini mahkamah berpendapat bahawa balasan Johor adalah jelas dari segi maksudnya. Johor tidak menuntut hak ke atas Pulau Batu Putih adalah berkaitan pulau itu secara keseluruhannya dan bukannya rumah api semata-mata," kata Shawkat yang sememangnya tidak boleh disanggah kebenarannya.

Rentetan daripada surat 1953 yang melunturkan kes Malaysia, Shawkat kemudiannya menyenaraikan satu persatu tindak-tanduk Singapura di Pulau Batu Putih yang menunjukkan bahawa ia mempunyai kedaulatan ke atas pulau tersebut dan bukan hanya sebagai penyelenggara rumah api di situ.

Singapura menjalankan siasatan kes pelanggaran marin, republik itu juga mengawal sesiapa sahaja yang ingin berurusan di pulau itu, mereka juga memasang peralatan komunikasi perkapalan dan merancang penambakan laut di perairan berkenaan.

Johor dan Malaysia, menurut ICJ, tidak berbuat apa-apa ke atas Pulau Batu Putih bermula Jun 1850 sehingga lebih 100 tahun dan apabila pegawai-pegawai dari Malaysia mempunyai urusan di pulau tersebut mereka terpaksa meminta kebenaran daripada Singapura.

Dan dalam sekelip mata menggunakan ayat yang mudah, Shawkat melafazkan keputusan majoriti 12-4 bahawa kedaulatan Pulau Batu Putih adalah milik Singapura yang biar pun telah berulang kali dibayangkan dalam petikan-petikan penghakimannya namun tetap meninggalkan kesan kejutan yang bukan sedikit di kalangan rakyat Malaysia.

Walaupun tidak dinafikan kehilangan Pulau Batu Putih melibatkan maruah negara namun perlu diakui kecuaian adalah di pihak kita sehingga menyebabkan pulau itu hilang secara rasminya kelmarin, biar pun secara tidak rasmi ia telah diabaikan sejak lebih 100 tahun lalu.

Seperti yang ditegaskan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim, kegagalan Malaysia untuk mendapatkan kedaulatan Pulau Batu Putih bukan disebabkan kelemahan hujah yang dikemukakan di ICJ sebaliknya perlu diakui ia berpunca daripada kurangnya penguatkuasaan oleh pihak yang berkenaan di pulau tersebut untuk tempoh kira-kira 100 tahun.

Agaknya jika Pulau Batu Putih boleh berkata-kata rajuknya kerana diabaikan untuk sekian lama sudah pasti tidak boleh dirawat. Bukan sahaja pemiliknya tidak menunjukkan minat untuk menjenguk, sebaik diserahkan untuk dibina rumah api di situ, ia dibiarkan ditadbir oleh pihak lain yang kemudian mengambil kesempatan melebarkan peranan daripada sekadar menyelenggara rumah api kepada melakukan pelbagai aktiviti lain.

KeselesaanTiada sekelumit bantahan dan tidak mustahil ia didorong oleh sikap tidak kisah dan acuh tidak acuh sehinggakan lambang marin Singapura berkibar di situ tiada siapa peduli. Mungkin jika diberi nyawa kepada Pulau Batu Putih keselesaannya bersama Singapura akan diteruskan mengambil kira ia tidak dipedulikan untuk tempoh yang terlalu lama.

Jauh lebih penting ialah tiada apa yang boleh mengembalikan Pulau Batu Putih kepada Malaysia, hikmah ICJ mengekalkan kedaulatan Middle Rocks kepada Malaysia mesti dilihat dari pelbagai sudut terutama apabila South Ledge juga kelak menjadi milik negara.

Hakikatnya, dengan keputusan itu nelayan-nelayan di Johor tidak lagi tertakluk kepada tentera laut Singapura yang sebelum ini berkawal 24 jam di perairan ketiga-tiga bentuk maritim itu. Biar pun masih tidak boleh mendekati Pulau Batu Putih namun nelayan dan semua rakyat Malaysia kini bebas ke Middle Rocks dan perairan sekitarnya.

Kita juga bebas menggunakan ruang udara di situ, dasar laut, menjalankan pelbagai kajian serta meletakkan juga kapal peronda tentera laut sekurang-kurangnya dapat mengimbangi kehadiran pasukan peronda di situ.

Paling penting, nelayan kita tidak lagi dihalau dan negara bebas berbuat apa sahaja di Middle Rocks termasuk mencantumkannya dengan South Ledge apabila ia diisytiharkan milik Malaysia pastinya dalam masa yang tidak terlalu lama lagi. Mengambil pengajaran daripada kehilangan Pulau Batu Putih, tindakan menyelamatkan South Ledge mesti disegerakan dan bukti-bukti yang memihak kepada Malaysia mesti dilakukan secara terperinci dan mempunyai beban pembuktian.

Rasa kecewa nelayan-nelayan di Pengerang mesti diredakan, mereka mesti diberi keyakinan bahawa kehilangan Pulau Batu Putih bukan bermakna hilang segala-galanya malah keadaan hari ini adalah lebih baik daripada semalam ketika mana mereka langsung tidak dibenarkan mendekati perairan ketiga-tiga bentuk maritim itu.

Kita sendiri boleh membayangkan apa akan terjadi jika Middle Rocks juga jatuh ke tangan Singapura yang pernah muncul dengan idea bahawa ketiga-tiga bentuk maritim itu adalah gugusan kepulauan yang seolah-olah tidak boleh dipisahkan.

Kini Malaysia sekurang-kurangnya dapat menarik nafas lega kerana kebimbangan mengenai wujudnya satu lagi rejim maritim yang boleh menjejaskan sempadan serta bidang kuasa maritim sedia ada di antara negara ini dengan Indonesia tidak menjadi kenyataan apabila Middle Rocks kekal milik kita.

Singapura yang telah memasang peralatan komunikasi radar di Pulau Batu Putih mungkin terpaksa memikirkannya semula kerana ia memberi kesan kepada Middle Rocks yang kini telah disahkan tuannya.

Tindakan republik itu menjalankan kawalan 24 jam di perairan ketiga-tiga bentuk maritim itu sejak tahun 1986 dengan hasrat untuk menjadikan wilayah di sekitar sebagai kawasan larangan kini terpaksa dihadkan kepada Pulau Batu Putih sahaja.

Yang pasti Singapura kini tidak lagi bersendirian di Pulau Batu Putih. Republik itu kini mempunyai jiran yang amat rapat dan semestinya bagi menjaga kawasan kejiranan, Malaysia dan Singapura akan bertindak memakmurkan jiran dan bukannya menyakiti jiran.

Sesungguhnya keputusan ICJ seperti yang ditegaskan oleh Rais sememangnya bersifat menang-menang. Malaysia biar pun terpukul dengan kehilangan Pulau Batu Putih, namun Middle Rocks dan South Ledge kelak menjadi pengubat lara. Singapura yang berbangga lantaran berjaya memperoleh kedaulatan Pulau Batu Putih juga mesti ada terpalit setidak-tidaknya sekelumit rasa kecewa kerana keterbatasan pergerakan serta bidang kuasanya.

BENARKAH MALAYSIA ADA "RULE OF LAW"..?



Undang-undang Malaysia adalah unik sedikit.

Kalau di peringkat persekutuan undang-undang sivil ini dikenali sebagai akta.yang digubal oleh parlimen.

Manakala di peringkat negeri, ia dikenali sebagai enakmen.yang digubal oleh dewan undangan negeri.

Sementara itu, di sabah dan sarawak dikenali sebagai ordinan. masih ada pengaruh penjajah dahulu.

Kemudian kita ada suruhanjaya diraja yang diberi kuasa oleh parlimen dan yang dipertuan agong bagi kes melibatkan individu dalam badan eksekutif atau legislatif. bagi kes salahguna kuasa misalnya.

kemudian kita ada badan pencegah rasuah, polis. hasil dari kewujudan rule of law itu. bertujuan menguatkuasakannya.

Bpr, polis, diberi tugas menjalan siasatan, mencari dan mengumpul bukti, kemudian tugas mendakwa diserah pula kepada pendakwaraya Malaysia. di Mahkamah proses keadilan akan berlaku.

Mahkamahlah yang akan putuskan berslah atau tidak. Mahkamah pula, ada mahkamah rendah, mahkamah rayuan, mahkamah tinggi, mahkamah agong.

Hakim yang memutuskan salah atau betul. Namun, hakim memutus berdasarkan bukti yang dikemukakan. saksi juga.

Manakala barisan para peguam adalah orang yang diberi tugas membela pesalah yang kena tuduh. Pendakwa raya akan menuduh dengan bukti-bukti yang diberi polis, bpr.

Bukti-bukti ini berbagai bentuk. Ada bukti DNA, cap jari, rakaman, dan sebagainya.

Saya menyokong penuh saranan Tun Mahathir dalam laman blognya, supaya penubuhan suruhanjaya diraja dibanyakkan khususnya untuk menyiasat salahguna kuasa yang dilakukan prime minister, deputy prime minister,minister,...dan lain-lain terlibat.

Contohnya tubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat dalam kes Khairy mendapat pinjaman dari kawannya rm9 juta ...

Contoh kedua, tubuhkan suruhanjaya diraja siasat bagaimana khairy jamaludin dengan mudah sahaja menjadi ahli parlimen rembau, menjadi naib ketua pemuda umno, dia guna "kabel" apa.. ada tak unsur-unsur salahguna kuasa..

Contoh ketiga, tubuhkan suruhanjaya diraja, siasat pengambilan saham dalam NST, mengapa wujud kawalan dalamnya oleh Khairy, Kalimullah, siapa kalimullah..? itu kena siasat..dia berkhidmat untuk siapa..? kena cari bukti..bimbang musuh dalam selimut..

Contoh ketiga, tubuh suruhanjaya diraja, siasat pembabitan Anwar Ibrahim, khususnya bagaimana PKR boleh ada wang yang banyak untuk beli wakil rakyat BN, siasat juga peranannya sebagai talibarut kepada dana-dana antarabngsa, tujuan dana itu diwujudkan...

Kerajaan hari ini suka kepada suruhanjaya diraja untuk cari kebenaran...Ini jelas kelihatannya.

Jadi, jangan hanya tumpu kepada kes tape Linggam sahaja..kononnya membabitkan Tun Mahathir..??

Rakyat hairan, kenapa asyik Tun Mahathir sahaja kerajaan nak cari salah..?

Kenapa Anwar Ibrahim, Khairy Jamaludin, Kalimullah NST,Abdullah Ahmad Badawi, Musa Hitam dalam kes Memali, kerajaan kecualikan dari siasatan suruhanjaya diraja terhadap salahguna kuasa mereka ini selama ini...??

Kalau semua orang ini disiasat juga oleh suruhanjaya diraja, maka barulah ada "rule of law"...

"Rule of Law" zaman Datok Seri Abdullah ini masih boleh dipertikaikan keikhlasan dan tujuannya ...

Saturday, May 24, 2008

PULAU BATU PUTIH SINGAPURA SDN.BHD.ICJ.


Pulau Batu Putih

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura, satu keputusan yang amat merugikan para nelayan Malaysia.

Nelayan Malaysia yang mencari ikan sejak turun temurun kini akan kehilangan lubuk ikan. ICJ hanya mementingkan nama ICJ sahaja. Dengan harapan dunia akan melihat ICJ ini adil.

ICJ buat-buat pekak, surat pemangku Setiausaha kerajaan negeri Johor tahun 1953 bukan ada cap mohor Sultan Johor. Tandatangan dalam surat itu sepatutnya mesti ada tandatangan sultan Johor, Menteri Besar Johor, ..... sebagai bukti kukuh serah Pulau itu.

ICJ tidak mengambil kira perkara ini.

Mungkinkah kerajaan Malaysia dengan kerajaan Singapura sudah tahu lebih awal keputusan ini, sukar untuk dibuktikan.

Mungkin ada pakatan sulit di belakang tabir yang mungkin melibatkan imbuhan-imbuhan besar, siapa tahu ?

Middle Rock tetap jadi hak kita. Pelik... bagaimana ICJ buat keputusan...

Mungkin ada kebaikan mungkin ada keburukan .... Singapura hantar tentera laut di situ kini sepatutnya tidak berlaku lagi. Mereka boleh kembali ke pengkalan semula.

Bagi nelayan Malaysia cari ikan di situ kerana nelayan Malaysia tak akan rampas balik pulau itu ..

Friday, May 23, 2008

SETIA UMNO BERSENDIKAN ILMU


Pihak-pihak yang mempersoalkan kesetiaan Tun Mahathir kepada UMNO seperti Abdullah, Musa, Nazri, Shahrir, Hishamuddin, patut sedar dan insaf, zaman sekarang ni, ahli UMNO bukan tidak berpelajaran dan beragama.

Mereka tahu menilai yang mana intan, yang mana kaca.

DS Abdullah sendiri tidak setia kepada UMNO kerana beliau menjadikan UMNO dan Barisan Nasional sejak 2004 sehingga kini lemah dan tidak bermaya.

Zaman Abdullah UMNO jadi barua Singapura, barua Amerika, sanggup membiarkan para menteri UMNOnya bersikap kurang ajar kepada Tun Mahathir.

Abdullah dan para menterinya kini bersubahat dengan Singapura, Zionis dan Amerika untuk menghina Tun Dr.mahathir.

Tun dahulu amat lantang mengkritik kezaliman zionis, Yahudi, Amerika dan sekutunya ke atas umat Islam di Iraq, Palestin, Afghanistan...

Amerika melalui proksinya Goerge Soros orang yahudi cuba melemahkan Mujaddid Islam UMNO itu pada tahun 1998 dengan cara serangan matawang.
harapan mereka agar Mahathir akan jatuh dan digantikan dengan Anwar Ibrahim...

Impian mereka gagal dan Anwar gagal dalam percubaannya untuk jadi roksi Amerika.

Kini, Abdullah badawi turut sama, malah gagal mengawal para menterinya daripada menghina Tun Mahathir.

Kegagalan Abdullah mengawal para menterinya menyebabkan para menterinya naik tocang, sehingga sanggup hina kata Tun adalah "duri dalam daging"...

Sebagai Presiden UMNO, Abdullah hendaklah memberi nasihat kepada para menterinya supaya jaga adab sopan dengan bekas pemimpin besar dan Mujaddid UMNO abad ke 21 itu.

Tapi lihatlah Abdullah...semua menteri UMNO yang dilantiknya adalah kurang ajar dengan Tun mahathir.

Sebagai Presiden, kenapa beliau tidak ambil tindakan terhadap menteri UMNO yang kurang ajar ini terhadap Tun Mahathir?

Saya yakin, jika beliau pandai guna kuasa tentu penghinaan ke atas Tun Mahathir tidak berlaku.

Jadi jangan pertikaikan kesetiaan Tun Dr. mahathir!!!

Jika Tun Mahathir tidak setia kepada UMNO,.. sudah lama UMNO ini diserahkan kepada Anwar Ibrahim ...

Pak Lah kena ingat tu ... tapi dah terlewat ... Pak Lah wajib turun dari takhta presiden UMNO sebelum disember ini ...

Ini kerana UMNO kini sudah parah ...

Bila Pak Lah Turun, semua orang muda dan rakyat akan pasti berasa gembira ... percayalah cakap saya..

Rakyat akan menyambut penurunan Pak Lah dengan penuh gembira. Mereka tidak akan menangis. Mereka akan bertepuk tangan tanda lega. Jalan-jalan akan dipenuhi wajah-wajah gembira.

Bagi rakyat, Paklah adalah satu sejarah hitam orang-orang Melayu ...

Wednesday, May 21, 2008

UMNO SUDAH JADI PENJILAT ZIONIS !!


Sah lagi sahih...memang faktor AAK (Abdullah, Anwar dan Khairy) ini sangat merbahaya. Surat palsu untuk memburukkan Tun Mahathir hanya sebab mereka ini terlalu sayang kepada Anwar.

Mereka dan kroni-kroni mereka akan buat semua perkara yang akan menyebabkan rakyat benci kepada Tun Mahathir.

Apabila Tun isytihar keluar dari UMNO, lihat dan dengar ulasan-ulasan mereka. Menjijikkan. Macam mereka paling hebat dalam dunia ini.

Dengar apa kata Musa Hitam, Hishamuddin,Nazri,Mat Taib antaranya...menjijikkan..

Tun hanya keluar dari UMNO, bukannya keluar dari Islam.

Tapi ulasan-ulasan penjilat Abdullah macam orang sudah terkeluar dari Islam....

UMNO kini sudah semakin sesat dan hilang nilai-nilai Islam dalam diri...

Adab budaya Melayu dan Islam dalam UMNO zaman AAB hancur dan yang peliknya dihancurkan oleh orang yang ada ijazah sarjana muda pengajian Islam...

Elok rasanya disarankan ditubuhkan UMNO baru yang lain supaya dapat bersihkan UMNO dari para penjilat buntut Abdullah, Khairy dan Anwar yang sangat busuk, berkudis dan berkurap.

Kalau zaman Tun dulu saya bangga jadi ahli UMNO...kini...semakin pudar...

UMNO kini telah menjadi penjilat zionis, penjilat Singapura, penjilat Israel, penjilat Amerika...

Jangan biarkan Tun menangis sendirian angkara penjilat zionis, penjilat Israel,penjilat Amerika,penjilat Singapura.

Penjilat-penjilat UMNO ini bersekongkol dengan zionis,Israel,Yahudi,Amerika,Singapura untuk menjatuhkan air muka Mujaddid Islam UMNO abad ke 21 Tun Mahathir yang dikenali oleh musuh umat Islam kerana kelantangannya membela nasib umat Islam seluruh dunia dengan mengkritik kezaliman Yahudi dan Amerika di Palestin, Iraq, Afghanistan.

Cepatlah sedar wahai bangsaku ... jangan biarkan ketua penjilat dan penjilat-penjilat Yahudi, Israel, Amerika,Singapura ini daripada menguasai UMNO ...

KISAH MAKMUM DAN IMAM ... SATU PENGAJARAN


BAB 1

Tun Mahathir keluar UMNO??? Ya Tun sudah keluar UMNO. UMNO bukan lagi tempat untuk pemimpin yang sarat berjasa kini. Kini UMNO hanyalah untuk mereka yang sepertimana Rasulullah S.A.W katakan bilangan kamu ramai bagaikan buih tapi tiada kualiti lagi sebagai umat Islam yang berani berkata benar. Cintakan dunia melebihi akhirat...

BAB 2

Ahli UMNO berasa amat dukacita dengan tindakan Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO. Namun demikian, ahli UMNO amat memahami sebab utama beliau bertindak keluar dari UMNO. Ahli UMNO faham bukanlah mudah orang seperti Dr.Mahathir membuat keputusan seperti itu jika tidak ada sebab kukuh.

BAB 3

Saya merasakan adalah wajar beliau bertindak keluar dari UMNO. Ini kerana pemimpin UMNO sendiri memang mahukan beliau keluar dari UMNO. Walaupun tidak dinyatakan secara terang oleh pemimpin UMNO, dari segi tindakan dan kata-kata, ahli UMNO dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam kepimpinan UMNO sekarang.

BAB 4

Saya secara peribadi tidak lagi nampak roh UMNO dalam UMNO. Ada seperti roh asing dalam UMNO. UMNO seperti sudah hilang jati dirinya. UMNO bagaikan layang-layang yang terputus talinya. Hanya ahli UMNO yang mempunyai jati diri tulen UMNO sahaja yang tidak tergamak memalitkan arang ke muka sendiri.

BAB 5

Jika ahli UMNO masih ingat, belum pernah terjadi dalam mana-mana sejarah pemimpin UMNO, bekas pemimpin UMNO dipalitkan arang oleh pemimpin UMNO sendiri.

BAB 6

Oleh itu, tindakan Dr.Mahathir keluar dari UMNO adalah tepat kerana pemimpin UMNO sendiri hanya mementingkan diri sendiri bukannya kepentingan untuk UMNO.

BAB 7

Dato Abdullah hendaklah menjawab di hadapan Allah kelak kenapa umat Islam di Malaysia semakin lemah, lembik,berpecah belah ....

BAB 8

Dato Abdullah hendaklah menjawab kenapa Islam had hari mengutamakan menantu dan anak pinak dalam kerajaan Islam Malaysia ini. Kenapa merendahkan agama Islam..? Kenapa jadi orang munafik yang bercakap Islam tapi segala tindakan kamu bagaikan bertentangan dengan ajaran Islam??

BAB 9

Dalam solat berjamaah wajib makmum membetulkan bacaan imam yang salah. Dan imam wajib membetulkannya. Bandingannya dalam UMNO ialah kamu Dato seri abdullah tidak cuba membetulkannya sebaliknya kamu membaca terus yang tidak betul itu..maka wajiblah makmum berniat mufarakah/berpisah dari imam Abdullah..

BAB 10

Oleh kerana Tun adalah Mujaddid Islam abad ke 21 ini maka saya dan pengikut-pengikut saya juga akan berniat mufarakah juga dari UMNO kerana Allah Taala...Kami tidak mahu berimamkan orang jahil, jumud, fasik, ujub, riak dan munafik macam Dato Abdullah.

BAB 11

Habih tu kalau dah keluaq nak pi mana kita ni...buat masa ni kita ikut Mujaddid Islam kita ni Tun Mahathir sebagai imamlah...generasi muda UMNO hang pa semua adalah bakal pengganti mujaddid Islam abad ke 21 kita ni...hangpa semualah yang akan boleh menjatuhkan Imam Yang Dah sesatkan ahli UMNO ni...

Abdullah hai Abdullah..dah tua masih nak jadi imam sesat ka??

FAKTOR ABDULLAH, ANWAR DAN KHAIRY




Bila Tun keluar UMNO saya lihat ia satu keputusan politik Tun yang bertaraf dunia.

Tun keluar UMNO untuk berhadapan dengan serangan politik Abdullah Ahmad badawi, dan khairy jamaludin.

Abdullah ahmad badawi dan khairy adalah proksi anwar ibrahim...?? Ahli UMNO kena ingat baik-baik.Mereka berdua ini boleh dianggap musuh umno nombor satu.Mereka inilah tidak keterlaluan adalah perosak umno yang kini sedang menarik hidung ahli-ahli umno.

saya yakin aab dan kj masih akrab dengan anwar dan masih sayng kepada anwar. Sebab mereka sayang sangat dengan anwar ibrahimlah mereka anak menantu ni sanggup buat apa saja kepada tun mahathir.

tak lama lagi anwar akan dibawa masuk semula ke dalam umno oleh paklah dan khairy.

kini anwar semakin menghampiri kemenangan. Jika kes video linggam ini menyebelahi anwar maka tun mahahthir akan disaman rm100 juta kerana masalah kredibiliti linggam.

mahathir akan dapat malu dan kalah besar. paklah, khairy dan anwar akan ketawa besar.

Faktor Abdullah, Anwar dan Khairy (AAK) ini jika tidak ditangani oleh ahli UMNO, UMNO akan hancur dengan tewas teruk kelak.

Sebab itu para pelobi UMNO kena main peranan bagi memastikan regim AAK ini tidak menjadi duri dalam daging kepada UMNO.

Abdullah sedar ada perjanjian lisan beliau dengan Tun Mahathir. Beliau jadi PM untuk satu penggal sahaja. Tapi kerana faktor AAK, beliau berubah menjadi orang yang tidak berpegang pada janji. Beliau menjadi berani kerana Anwar dan Khairy ada dibelakang beliau. Sebab itu, paklah buat-buat pekak dan buta...

PANDANGAN SAYA TENTANG LOBI MELOBI

Saya berpendapat lobi-melobi ini adalah satu perkara lumrah. Ia bukan satu jenayah besar jika mengikut syarat dan peraturan melobi.

Tapi, sebab saya ni kurang arif sedikit tentang Rules Of Lobby ni, saya tak tahu lobi yang dibenar dengan lobi tak dibenar.

Dalam kamus lobi bermaksud usaha seseorang mempengaruhi wakil rakyat untuk mendapat sesuatu. Seperti Tun kata, Amerika Syarikat ada paling banyak para pelobi sebab perbuatan melobi di AS bukan satu jenayah.

Di Malaysia perbuatan melobi ini telah lama berlaku.

Dalam kes video Linggam, biasalah Linggam melobi. Hakim lain pun melobi tapi tak masuk video pun.

Soalnya adakah Linggam beri rasuah pada Mahathir?? Tidak ada bukti rasuah dalam kes video linggam ni.. so orang kampung pun tahu...

Tuesday, May 20, 2008

MAHATHIR KEMBALI BERPOLITIK DAN MELOBI...

Petikan Akhbar
Dr M teruskan asakan terhadap Abdullah
20-05-2008 06:19:57 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS

PETALING JAYA: Sehari selepas membuat kejutan dengan mengumumkan tindakan keluar Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan asakannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam posting terbarunya di blog peribadinya di www.chedet.com tengahhari Selasa, bekas Perdana Menteri itu membangkitkan isu kegiatan melobi yang menjadi amalan kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat.

Tulisan beliau yang seolah-olah sengaja dimuatkan pada hari sempena penjualan rasmi laporan rasmi Suruhanjaya Diraja klip video melibatkan peguam V.K Lingam itu secara sinis mengatakan bahawa kerajaan Abdullah nampaknya mahu bertindak lebih mulia daripada negara-negara lain apabila cuba menjadikan kegiatan melobi satu "jenayah".

"Dalam banyak hal, Malaysia lebih kehadapan daripada negara-negara lain dalam penerimaannya terhadap apa yang betul dan apa yang salah.

"Di Amerika Syarikat melobi diterima dan dianggap kegiatan mulia. Banyak kenamaan, terutama bekas-bekas pemimpin kerajaan memiliki firma menyediakan khidmat melobi. Negara-negara asing, termasuk Malaysia mendapati khidmat ini sangat berguna.

"Kita pernah melobi untuk mendapatkan dasar yang memihak kepada kita bagi minyak sawit, timah dan getah agar dapat diimport ke negara itu, sebagai contoh," katanya dalam penulisannya itu.

Tetapi kini, katanya, kerajaan berpendirian bahawa kegiatan melobi adalah satu jenayah dan mereka yang terlibat dalam kegiatan itu dianggap penjenayah.

Kenyataan itu mungkin dirujukkan kepada keputusan kerajaan untuk menyiasat beberapa personaliti yang terlibat dalam kes klip video mengenai pelantikan hakim itu, termasuk beliau sendiri.

"Syabas kerajaan, kerana kini telah menjadikan Malaysia lebih mulia daripada Amerika Syrikat," tulis Dr Mahathir lagi.

Di akhir artikel terbarunya itu, Dr Mahathir juga mengungkit laporan mengenai surat sokongan yang pernah ditulis Abdullah ketika masih menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk adik iparnya di dalam kes melibatkan program Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu "makanan untuk minyak" di Iraq sebelum jatuhnya rejim Saddam Hussein.

"Jika seseorang timbalan perdana menteri itu menulis surat sokongan untuk adik iparnya kepada pegawai atau menteri negara lain yang akan memberikan pertimbangan positif kerana surat sokongan itu datangnya daripada timbalan perdana menteri sebuah negara sahabat, adakah ini dikira sebagai melobi atau salah guna kuasa?" tanya beliau.

Katanya, perkara ini perlu diperjelaskan agar ia tidak diulangi dan sama ada tindakan boleh diambil terhadap si penulis sekarang memandangkan kerajaan kini sedang berusaha mengambil tindakan terhadap perkara yang telah lama berlaku.

Mengulas mengenai isu itu dua tahun lalu, Abdullah pernah dilaporkan sebagai berkata: "Saya tiada kepentingan... menyokong orang mendapat peluang untuk turut serta tidak boleh dianggap bahawa saya terbabit dalam sebarang urusan.

"Menjadi perkara biasa bagi pemimpin kerajaan untuk menulis surat pengenalan kepada mana-mana kumpulan yang mahu mendapat peluang perniagaan tulen."