MENGHAPUSKAN KEMISKINAN

Tuesday, April 15, 2008

KESILAPAN-KESILAPAN BESAR ABDULLAH AHMAD BADAWI YANG MERANAPKAN UMNO


Terbaru, rakyat dikejutkan dengan pengumuman berani Perdana Menteri untuk terus mempertahankan jawatan Presiden UMNO.



Meskipun beliau diasak bertubi-tubi supaya bertanggungjawab di atas kekalahan teruk UMNO dan Barisan Nasional kepada Pakatan Pembangkang dalam Pilihanraya Umum ke 12, beliau nampaknya rela menjaga kepentingan diri lebih daripada kepentingan kepentingan dan masa depan politik orang Melayu.



Perdana Menteri macam tidak peduli apa rakyat kata, komen terhadap prestasi buruknya dalam PRU12. Beliau mengambil sikap memperlekehkan pandangan ahli-ahli UMNO yang amat jelas sudah memberi isyarat tidak mahu berketuakannya lagi.



Kenapa rakyat dan ahli UMNO tidak mahu menjadikannya ketua lagi ialah sikap PM yang selama ini tidak mencerminkan sebagai negawaran ulung. Beliau ingin menjadi jagoan dan cuba memperlekehkan bekas presiden UMNO dahulu. Beliau juga memperkenalkan konsep Islam Hadhari yang kabur hala tuju. Rakyat tidak memahami dasar Islam Hadhari. Rakyat keliru dengannya. Rakyat lihat ada pertentangan nilai dan tindakan dalam melaksanakan dasar itu.



Rakyat berasa amat marah dengan perbuatan PM yang tidak menghormati bekas pemimpin ulung negara. Inikah Islam Hadhari yang sering dijeritkannya? Islam tidak mengajar umatnya bersikap biadap dengan bekas pemimpin yang banyak menaikkan imej Islam di Malaysia dan dunia.



Semasa zaman PM kini, suara beliau tidak diangkat sebagai suara dunia ketiga. Beliau tidak layak diangkat sebaris dengan Sukarno, Mahatma Gandhi, Dr. Mahathir. Beliau tiada ciri-ciri pejuang kemerdekaan. Rakyat nampak beliau amat lemah baik dari segi percakapan dan tindakan.



Lihat sekadar beberapa contoh. Isu Honorarium, isu Hindraf, isu Anwar Ibrahim, isu harga minyak, isu umat Islam sedunia, isu orang Melayu gagal ditanganinya dengan berkesan.



Pilihanraya Umum ke 12 lalu adalah kemuncak kemarahan rakyat terhadapnya. Tidakkah beliau sedar, bahawa beliau adalah PM yang janggal kerana negerinya sendiri pun beliau tidak mampu hendak menangi.



Beliau berkata sebelum beliau hendak lepaskan jawatan PM kepada Timbalannya, beliau hendak mempastikan perpaduan dalam UMNO kukuh. Kenapa baru sekarang beliau bercakap begitu? Dahulu beliaulah menjadi punca ahli UMNO berpecah belah kerana dasarnya yang pro-Singapura, anti-Mahathir. Kini baru beliau nak ambil tindakan menyatu padukan ahli UMNO? Kenapa lambat sangat? Kenapa lewat sangat? Tidakkah beliau sedar, selagi beliau berada di atas, ahli UMNO akan terus resah dan gelisah. Kerana beliau seperti anti Mahathir, pro Singapura dan tidak pro aktif.



Oleh itu, tanpa ingin menyakiti hati beliau, kerana bukan saya tidak suka beliau tetapi saya lebih sayangkan parti UMNO lebih dari beliau. Biarlah UMNO dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar bersikap seperti negarawan ulung, pejuang kemerdekaan bangsa dan negara. Kini bukan masa untuk beliau menagih simpati. Beliau sudah diberi tempoh yang panjang untuk menunjukkan daya kepimpinan yang tinggi. Malangnya, beliau gagal memberikan prestasi yang terbaik. Lupakanlah kemenangan besar tahun 2004 dahulu.



Tahun 2004 rakyat yakin dan ingin lihat lebih pembaharuan dalam pentadbiran dan tindakan. Tetapi, apa yang rakyat dapat ialah kehilangan Jambatan Indah menggantikan Tambak Johor yang mengakibatkan rakyat hilang semangat perjuangan dan semangat kemerdekaan. Bekas pemimpin ulung UMNO yang meletakkannya dalam dulang emas dijadikannya sebagai bahan lawaknya dengan tujuan jahat. Beliau lepaskan Anwar Ibrahim begitu sahaja. Beliau biarkan Anwar ke hulu ke hilir membelasah UMNO. Segala fitnah Anwar beliau jarang beri reaksi. Kalau ada pun lambat.



Beliau tidak berusaha untuk melawan pengaruh Anwar dengan lebih jitu dan mantap. Akhirnya Anwar berjaya menewaskannya.



Bahkan Anwar berjaya menawan negeri beliau. Maka memang layaklah Anwar mendakwa beliau adalah PM yang sebenar??



Kesilapan besar PM ialah menggunakan peluru untuk menembak diri sendiri. Beliau tembak Mahathir bertubi-tubi. Beliau kurang menembak Anwar, Hj.Hadi, Lim Kit Siang (PKR, PAS dan Keadilan).



Kesilapan besar kedua PM ialah menggunakan peluru Anwar untuk menembak Mahathir iaitu dalam kes Video Linggam. Video Linggam itu adalah peluru paling berbisa Anwar tetapi PM sendiri menggunakan peluru Anwar itu tanpa memikirkan bahawa akhirnya peluru itu menembak dirinya sendiri.



Itulah kesilapan-kesilapan besar PM dan Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi YANG KINI TERPAKSA DITANGGUNG OLEH AHLI UMNO.



Jadi sewajarnya beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden dan PM. Tak perlulah beliau berdolak-dalik lagi. Sendiri mahu faham. Contohilah PM Jepun.



Namun, seperkara yang akan bermain di fikirannya kelak ialah apa orang akan buat pada aku jika sekiranya aku melepaskan jawatan sebagai Presiden dan PM?? Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali. Terimalah qadha dan qadar Allah kelak ke atas diri anda.



"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya".




Saturday, April 12, 2008

KRISTIAN, YAHUDI DAN ISLAM: SIAPA LEBIH BAIK?


AGAMA YANG LEBIH BAIK


Bila satu masa dahulu manusia hidup dalam serba kebodohan, agamalah yang telah membuka semula mata, hati dan minda mereka.


Manusia dahulu dianggap bodoh kerana mereka menyembah berhala, batu batan, matahari, api, binatang, pokok dan sebagainya. Manusia pun ada dianggap sebagai tuhan seperti Firaun, manusia purba Mesir.


Kehidupan mereka pula dipenuhi dengan peraturan ikut selera. Mereka yang berkuasa maka mereka inilah yang membuat peraturan. Sama ada peraturan itu zalim, tidaklah mereka pedulikan. Seperti kes, bayi perempuan ditanam hidup-hidup, perbuatan liwat antara jantan, dilakukan oleh mereka tanpa segan silu.


Keadaan ini berleluasa di barat, Afrika, Timur Tengah juga di sebelah Timur.


Hari ini, di barat kes buang bayi, anak luar nikah, zina, arak, muzik menjadi trend. Di Timur pun berlaku juga. Manusia menolak hidup secara sihat.


Islam mengajak manusia berbuat baik sesama manusia. Tidak dalam agama Kristian. Tidak dalam agama Yahudi.


Contoh Islam mengajak buat baik seperti terdapat perintah memberi layanan yang baik kepada manusia yang berminat dengan Islam, zaman pemerintahan Islam, orang Yahudi diberi perlindungan.


Contoh Kristian mengajak buat kejahatan seperti mereka menghalalkan zina, minum arak, buat senjata bunuh manusia di Jepun, Jerman, bunuh orang Yahudi, buat filem ganas, penuh unsur seks, penipuan.


Contoh ajaran Yahudi ajak buat kejahatan ialah mereka anggap manusia yang bukan Yahudi tidak suci, mereka bangsa terpilih, mereka suka bunuh manusia yang tidak seagama, mereka bunuh manusia di Timur Tengah.


Tujuan Kristian dan Yahudi buat baik ialah untuk menghambakan manusia. Contoh lain, mereka suka jika manusia lain tidak patuh ajaran Islam. Orang yang tidak patuh di kalangan Islam akan mereka sokong. Ini bukti jelas.


Islam, Kristian dan Yahudi dianuti oleh berbagai rupa manusia. Hari ini dunia dikuasai oleh Kristian dan Yahudi. Proksi mereka ialah Amerika Syarikat dan Israel.


Islam masih hidup tetapi akan terus diancam oleh Kristian dan Yahudi. Islam bukan bawa ajaran yang diubah suai. Ajarannya tetap bukan ikut hawa nafsu.


Dunia akan akan dimiliki oleh Islam setelah manusia tahu niat jahat Kristian dan Yahudi untuk menjadikan manusia sebagai hamba mereka!


Geert Wilders adalah proksi Kristian dan Yahudi yang jahat. Manusia harap, Kristian dan Yahudi akan mengajar manusia jadi baik.


Mari kita mengenali siapakah Tuhan Kristian dan Yahudi ?


Tuhan Kristian dan Yahudi ialah Geert Wilders, Goerge Bush. Orang Kristian dan Yahudi takut kepada Geert Wilders. Mereka tidak berani menerima kebaikan yang dibawa Islam.


Saya meramalkan, Geert Wilders sedikit masa lagi, pasti akan menjadi Tuhan Barat. Bagi mereka, Tuhan itu tiada.


Dalam manusia Islam pun ada yang sudah angkuh. Sesama sendiri, berbunuh-bunuhan.


Harap Allah turunkan seorang Rasul yang baru .






Friday, April 11, 2008

SELANGOR HADIAH BABI?


BABI RM100 JUTA

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah seperti dirasuk semangat babi apabila dengan tegasnya hendak menternak babi meskipun dibantah oleh penduduk kampung sepang.

Bantahan penduduk itu sudah lama. Mereka sudah benci dengan pencemaran yang dibawa oleh babi kepada sungai, laut dan udara. Mereka takut wabak JE merebak. Pula kawasan ternakan tidak sesuai dan amat menghina penduduk beragama Islam.

Kerajaan Selangor tetap berkeras kerana dakwanya kawasan ternakan itu berteknologi tinggi dari Jerman yang katanya berteknologi tinggi, boleh hilang bau.

Bagi saya, nak makan babi tiada masalah. Itu hak bukan Islam. Tapi hak penduduk beragama Islam mesti dihormati. Tempat itu sepatutnya diletakkan di kawasan kaum Cina atau jauh dari manusia.

Hendakkah kerajaan yang kononnya adil dan berjiwa rakyat itu menternak babi di tempat yang bukan hak sebenar?

Orang Melayu beragama Islam, orang yang tak suka makan babi, jika kerajaan selangor degil juga, maka elok kumpulkan dan letakkan najis babi tu banyak-banyak di rumah Menteri Besarnya Tan Sri Khalid dan Exco-Exco mereka.

Agaknya boleh ke mereka tahan dengan bau najis babi tu?

Mari kita buat ramai-ramai!


MASA DEPAN UMNO KINI DI TANGAN ABDULLAH ?


Sikap sesetengah pemimpin UMNO membuat tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir, tanpa mahu menerima hakikat bahawa rakyat sebenarnya tidak selesa dengan cara kepimpinan sekarang, boleh membawa kesan tidak dijangka ke atas UMNO.

Kekalahan besar UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12 tiada kena mengena dengan Tun. Kekalahan UMNO lalu sehingga hilang empat negeri selain Kelantan menunjukkan rakyat tidak yakin dengan kepimpinan sekarang. Walaupun negeri lain yang dimenangi UMNO tetapi bukan semuanya dimenangi juga menunjukkan ada di kalangan rakyat di sana tidak selesa dengan kepimpinan sekarang.

Sekarang adalah zaman pemerintahan Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Rakyat sudah memberi petunjuk bahawa mereka tidak berkenan dengan cara Datuk Seri Abdullah. Jika mereka berkenan, sudah tentu mereka tanpa berbelah bahagi akan mengundi BN.

Saya bukan anti Datuk Seri Abdullah. Cuba perhatikan. Mengapa kaum Cina dan India serta sebilangan besar orang Melayu mengundi pembangkang? Jika mereka yakin dengan Datuk Seri Abdullah tentu mereka tetap setia seperti mana pilihan raya umum ke 10 tahun 1999, meskipun ada orang Melayu tidak sokong Tun Mahathir, tetapi kaum Cina dan India tetap menyokong Tun.

Sebaliknya, zaman Datuk Seri Abdullah, orang Cina dan India kurang berkenan dengan cara Datuk Seri Abdullah. Contohnya cuba lihat di Pulau Pinang, negeri Perdana Menteri. hampir semua kaum Cina dan India menolak kepimpinan PM. Ini bukti jelas, bahawa PM kita tidak berjaya menarik hati kaum-kaum tersebut.

Sebaliknya, di Felda-Felda, UMNO dan BN menang kerana faktor Datuk Seri Najib.

Oleh itu sudah tiba masanya UMNO menukar Presidennya yang boleh diterima dan diyakini oleh semua kaum. Mengapa kaum Cina dan India menolak PM wajar dikaji.

Zaman Mahathir, meskipun di kalangan Melayu tidak menyokong beliau kerana simpati dengan mata lebam Anwar Ibrahim, namun sokongan kaum Cina dan India tetap kukuh. BN menang. MCA menang. MIC menang. Gerakan menang. UMNO pun menang tapi majoriti turun. Berbeza zaman Abdullah. MCA kalah. MIC kalah. Gerakan lenyap. UMNO lumpuh sebelah badan!

Persoalannya, jika Abdullah turun, siapa yang layak menjadi Jeneral? Insya Allah Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyidin atau Datuk Dr. Rais Yatim.

Timbalannya Datuk Seri Ali Rustam atau di kalangan mereka di atas.

Menuduh Mahathir tidak berguna kerana akhirnya UMNO juga yang akan dilihat busuk.


Saya hormati Datuk Seri Abdullah kerana latarbelakang ilmu agamanya tetapi itu belum cukup untuk menjadi PM yang berkesan, diterima, diyakini oleh semua kaum.
Dasar Islam Hadhari yang diperkenalkannya nampaknya kurang selesa di kalangan bukan Melayu kerana bukan Islam lebih selesa dengan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dahulu.

Pemuda UMNO

Bagaimana pula setelah Datuk Seri Hishamuddin membuat keputusan tidak mempertahankan lagi jawatan Ketua Pemuda UMNO, maka siapakah yang layak mengganti sebagai Ketua Pemuda ?

Saya sarankan, orang yang layak ialah Datuk Mukhriz Mahathir. Beliau berani menegur. Ciri-ciri ini perlu ada. Orang lain juga boleh menegur tetapi tahap mereka masih lemah seperti kurang ciri kebapaan. Saya nampak dalam diri Mukhriz ada ciri-ciri kebapaan dan kepemimpinan.

Maaf cakap, Khairy Jamaludin kurang ciri kebapaan dan kepemimpinan. Beliau nampak masih kebudak-budakkan. Masih perlu belajar lagi. Beliau apa pun Pemuda UMNO tak boleh sisihkan. Beri beliau masa sebagai Naib Ketua Pemuda. Beliau boleh diguna sebagai Penceramah Utama UMNO. Macam Mat Sabu dalam PAS.

Thursday, April 10, 2008

HAKIM DAN PEGUAM MENURUT ISLAM

Kini orang undang-undang sibuk mendakwa ke sana sini kononnya kuasa hakim perlu dikembalikan. Hakim berhak menentukan di antara mereka mendapatkan peluang kenaikan pangkat terutamanya jawatan Ketua Hakim Negara. Pentingnya menurut mereka tiada campurtangan pihak eksekutif (pemerintah) semasa dan selepas perlantikannya. Menurut mereka disebut satu kes bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas yang dipecat tanpa sebab tertentu pada 1988 oleh mantan Perdana Menteri waktu itu. Kita rakyat kasihan juga dengan Ketua Hakim kita.
Tapi dalam pada kita kasihan, kita mesti tahu bahawa apabila Ketua Hakim buat salah, maka siapakah yang patut memecatnya? Jika Ketua Hakim mempunyai kuasa yang sangat besar, hakim-hakim lain akan takut juga mereka dipecat.
Untuk situasi agar sistem kehakiman negara Malaysia lebih kondusif dan terarah maka setiap perlantikan hakim hendaklah melalui satu majlis kemudian dibawa ke Perdana Menteri dibawa ke majlis Raja-Raja Melayu kemudian diluluskan oleh Yang Dipertuan Agung.
Manakala jika sistem kehakiman menghadapi masalah salah laku hakim, mereka dibawa ke satu majlis ke Perdana Menteri ke Majlis Raja-Raja kemudian diluluskan oleh Yang Dipertuan Agong.
Jadi tak lagi diputuskan oleh satu pihak sahaja iaitu Perdana Menteri.
Perdana Menteri adalah orang yang diberi kuasa yang sangat besar. Jika PM buat salah, maka Parlimen boleh buat undi tidak percaya. Tapi, PM dengan Presiden Parti mewakili suara Parti. Tanpa Parti, tiada Presiden. Jawatan Hakim diwujudkan oleh Pemerintah. Tanpa pemerintah, Hakim tiada kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang.
Pemerintah, Hakim mesti ikhlas, bertanggungjawab,bijaksana,memelihara kedaulatan negara dan agama, berakhlak mulia, menunjukkan contoh yang baik, taat perintah agama atau perintah Allah,tidak angkuh dan dalam konteks Malaysia, Hakim perlu lebih cekap, kurang kes tertunggak, bebas rasuah.

Tuesday, April 8, 2008

HARGA MINYAK BERKAITAN HIDUP RAKYAT

Difahamkan, kerajaan Barisan Nasional sedang dalam usaha untuk menurunkan harga minyak. Tetapi yang rakyat tak faham, kenapa turunkan hanya minyak RON92. Minyak jenis ini katanya minyak untuk orang berpendapatan rendah. Kualitinya pun rendah. Nampaknya, rakyat yang berpendapatan rendah semakin rendah kualitinya.
Harganya dikhabarkan RM1.88. Harap kerajaan beri kualiti terbaik untuk rakyat.
Bolehkah harga minyak yang diturunkan ini akan mengurangkan masalah harga barang yang tinggi? Harap-harap para peniaga tidak tamak.
Harga barang yang patut turun seperti minyak masak, gula, tepung, susu bayi, dan banyak lagi. Asalkan barang itu adalah keperluan penting. Harganya tidak mencekik darah. Rakyat akan terus sokong BN.
Rakyat kini hidup dalam suasana kos hidup yang tinggi. Jangan ditinggikan lagi macam Jepun, Singapura. Tiada makna gaji naik. Sebab itu, harga minyak perlu stabil.
Kerajaan patut cari jalan tenaga alternatif yang lebih murah. Cipta kenderaan yang pakai tenaga yang murah tapi berkualiti.
Negaraku Syurgaku patut dijadikan matlamat kerajaan. Bukan Negaraku Nerakaku. Kerajaan BN tetap pilihan. Tapi jangan ingat rakyat tidak pandai menilai.
Memang berat tanggungjawab kerajaan. Tapi, jika bijak guna wang hasil cukai, tidak membazir, semua rakyat akan menikmati hasil kekayaan negara.