MENGHAPUSKAN KEMISKINAN

Wednesday, February 9, 2011

PAS LAWAN BARISAN NASIONAL DI MERLIMAU MELAKA



Pakatan Rakyat telah bersetuju calon daripada parti PAS bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Merlimau, Melaka.

DUN Merlimau merupakan kawasan yang masih dikuasai oleh Barisan Nasional daripada parti UMNO. PAS boleh bertanding di situ. Tetapi mengikut situasi politik negara, imej PAS menurut pengundi Melayu telah tercalar dan tidak mampu menjadi suara Melayu yang kuat dalam Pakatan Rakyat.

PAS dilihat begitu liberal dengan parti DAP. DAP diketahui sangat anti dengan UMNO yang mewakili pemerintahan orang Melayu. PAS sebaliknya mengambil sikap bermusuhan dengan UMNO.




Sikap bermusuhan PAS terhadap UMNO ini berpunca daripada sokongan luar biasa Mursyidul AM PAS iaitu Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat. Kedua parti ini banyak mengguris hati orang-orang Melayu. Tak perlu ditulis sekadar satu contoh iaitu berkaitan penghapusan hak-hak istimewa orang-orang Melayu.

Seperti diketahui, ekonomi orang Melayu masih jauh ketinggalan di belakang kaum Cina dan India. Dan PAS pula seperti tidak berminat memperjuangkan ekonomi orang Melayu. Mereka lebih condong menyokong DAP dan PKR, yang sememangnya seperti tidak mahu orang Melayu lebih kaya raya daripada mereka.

Agebda untuk menambahkan kekayaan orang-orang Melayu seperti tiada lansung dalam kamus PAS, DAP dan PKR. Mereka asyik menghentam Melayu khususnya UMNO. UMNO masih menjadi tonggak orang-orang Melayu.



Rasanya terlalu sukar bagi orang-orang Melayu untuk menolak UMNO. Menolak UMNO bermaksud mereka sengaja menggali kubur kepada anak-anak dan cucu-cicit mereka.

Para pemimpin UMNO melihat ini dengan jujur. Dan mereka telah membuktikan amat ikhlas membantu Melayu dan mereka berusaha mengembalikan semula bisa UMNO dalam politik negara.

PAS digesa supaya meninggalkan pakatan rakyat. Tetapi jika sekiranya mereka berfikir hendak teruskan juga pakatan tersebut, mereka perlulah mencari jalan supaya mereka lebih dominan dalam Pakatan Rakyat. Dan tidak menjadi kaldai tungganan kepada DAP dan PKR yang tidak senang dengan agenda Melayu yang disepakati dalam Barisan Nasional.

Namun, saya berpendapat, PAS akan hilang imej Islam mereka jika mereka terus bersama Pakatan Rakyat. Dan apa yang pastinya ialah sememangnya PAS telah hilang maruah dan imej Islam yang mereka perjuangkan selama ini.



Dengan kata lain, imej Islam PAS telah menjadi celaru, kabur dan samar-samar.

Apa pendapat anda ?





widgeo.net









No comments: