MENGHAPUSKAN KEMISKINAN

Wednesday, January 19, 2011

PELAN 100 HARI PEMBANGKANG BOLEH LEMAHKAN MELAYU

                                           Perdana Menteri Bersumpah Secara Jujur Dalam Masjid.

Saya berasa amat tidak patut jika tidak bercakap tentang Pelan 100 Hari pihak Pembangkang Malaysia. Ini kerana dalam apa juga dasar ekonomi, tempoh 100 hari amat tidak realistik. Biasanya perancangan ekonomi memakan masa lima tahun sekali. Berbanding 100 hari atau tiga bulan. Amat tidak realistik.

Apa kata jika masa 100 hari sudah dibelanjakan seluruh wang. Dari punca mana pula mereka akan ambil wang?

Maka tidak sukar untuk menjawabnya. Seperti biasa, selepas wang habis dibelanjakan, bagi menampung pendapatan negara, pihak pembangkang pasti akan mendapatkan wang dengan cara menekan rakyat. Rakyat tidak boleh buat apa-apa sebab mereka sudah tersalah pilih.

Maka ketika itu, rakyat akan marah kepada kerajaan baru. Tapi apalah daya mereka.


Apabila Pakatan Pembangkang diandaikan menjadi pemerintah dalam pilihanraya umum ke 13 kelak tetapi saya tidak yakin rakyat akan menaruh kepercayaan kepada mereka. Khususnya orang Melayu akan melihat kerajaan baru pasti tidak akan memihak kepada mereka untuk membela nasib mereka. Kebimbangan orang Melayu dan kaum Bumiputera lain ada asasnya.

Jika diperhatikan, Pakatan Pembangkang lebih terdorong berjuang untuk menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera. Sebaliknya, hak-hal bukan Melayu semakin kukuh.

Maka kerana itu, saya berpendapat, Pelan 100 Hari Pembangkang hanya akan menyebabkan Hak-Hak Orang Melayu dan Bumiputera boleh terhapus sedikit demi sedikit. Berani saya katakan begitu, kerana Pakatan Pembangkang terbukti banyak membelasah hak-hak orang Melayu.

Lihatlah sahaja ceramah Ketua Pembangkang di sana-sini. Beliau sering menganggap hak-hak istimewa Melayu sebagai penghalang kepada keadilan rakyat. Hakikatnya, beliau tiada program langsung untuk membela nasib Melayu dan Islam.



Sedangkan kerajaan Barisan Nasional sentiasa memelihara hak semua kaum. Dan yang pasti, BN tidak menganiayai orang Melayu untuk berkuasa.

 



""
   

Pelan 100 Hari Pembangkang akan bertukar menjadi neraka kepada kaum Melayu. Hakikatnya kaum Melayu diketahui amat mudah terpedaya walaupun hanya disogokkan dengan secawan teh. Tanah mereka tergadai. Itulah nilai mereka. Sewaktu jahiliyah. Tetapi hari ini, nilai secawan teh sudah berubah. Apakah itu benar, tidaklah saya tahu. Jika begitu, apakah yang berubah?

Justeru itu, kelemahan orang Melayu itu cuba dieksploitasi oleh Pakatan Pembangkang dengan menawarkan secawan teh yang bernama Pelan 100 Hari. Mereka tahu orang Melayu mudah termakan gula-gula. Lihat sahaja jumlah RM500 yang mereka nak berikan kepada guru. Majoriti guru adalah orang Melayu. Inilah sasaran pembangkang. Mereka tahu, Melayu mudah cair dengan wang.


                                                              


No comments: