MENGHAPUSKAN KEMISKINAN

Saturday, June 21, 2008

BILA AGAKNYA ANWAR MAHU BERSUMPAH MENAFIKAN "PERBUATAN ITU"....


Impian Anwar vs sumpah Ezam



Kerajaan PAS Kelantan pada penggal lalu bertahan dengan perbezaan SATU kerusi saja dengan Barisan Nasional.

Namun Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim merasa pembangkang sudah hampir untuk menjejak kaki ke Putrajaya sekalipun memerlukan 28 kerusi lagi di Parlimen dari 30 sebelum ini.

Dua Ahi Parlimen SAPP sudah jelas tidur sebantal dengan pembangkang berikutan keputusan Majlis Tertinggi parti itu mengesahkan pendirian presidennya Datuk Yong Teck Lee yang tidak percaya lagi pada pimpinan Perdana Menteri Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi.

Di depan ribuan orangramai yang berhimpun di Stadium Shah Alam Jumaat malam merayakan majlis sambutan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan,Anwar mengulangi dakwaannya Pakatan Rakyat dapat menubuhkan kerajaan pusat yang baru tidak lama lagi.

"Saya mahu mengajak semua ahli-ahli politik dari Barisan Nasional…mari kita selamatkan Malaysia, ekonomi Malaysia dan mari kita tumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional," kata Anwar.

Bagi sesetengah pemerhati politik tindakan SAPP ini telah memberi anjakan kepada perang saraf Anwar mengenai tarikh 16 September.

Tandatanya sekarang apa lagi lepas ini.




Namun di satu medan lain bekas orang kanan Anwar,Ezam Mohd Nor yang baru-baru ini memohon untuk masuk UMNO sudah mula bergerak untuk memintas segala impian Penasihat PKR itu.

Pendirian tegasnya disuarakan dalam ceramah bertajuk 'Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa' Dewan Tunku Abdul Rahman,Kuala Terengganu Khamis malam.


Ezam mungkin seorang individu tetapi bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan dan bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan dulu ‘ tahu banyak’.

Ini yang membuatkan ramai hadirin di majlis ceramah itu terpaku bila beliau bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri kerana 'prinsip seorang Muslim".

Tegasnya beliau sedia untuk 'all-out' bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri 'atas sebab-sebab tertentu'.

"Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya," kata Ezam

Ezam menjelaskan politik cara Anwar akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.

Dalam ceramah sulung di pentas UMNO itu, Ezam yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar berkata, tindakan beliau meninggalkan bekas boss nya itu semata-mata atas dasar prinsip.

Menurut beliau, biarpun ada dakwaan kononnya beliau disogok jutaan ringgit serta jawatan tertentu oleh UMNO, namun hakikat sebenarnya adalah beliau hilang kepercayaan pada perjuangan PKR.

"Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun," kata Ezam.

Jelas Ezam, sejak mengumumkan menyertai UMNO, beliau menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak gentar sama sekali dengan fitnah-fitnah tersebut bahkan beliau memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas.

"Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan," katanya.- 20/6/2008

SUARA HAKIM ZAMAN PAK LAH LEBIH TERUK SEMENJAK DAPAT EX-GRATIA ..RASUAH KEHAKIMAN ...SUDAH DIPECAT OLEH TRIBUNAL HAKIM PUN DAPAT RASUAH LAGI KE..??


Former judge hits out at Dr M

By AUDREY EDWARDS


KUALA LUMPUR: A retired Federal Court judge has lashed out at Tun Dr Mahathir Mohamad alleging that the former premier had wanted to amend Article 121 of the Federal Constitution because he wanted the judiciary to be under his control.

“I believe the Prime Minister at the time wanted to become a dictator; I may be wrong but this is my conclusion,” Tan Sri Azmi Kamaruddin yesterday told reporters after receiving ex-gratia payment from the Government for the pain and loss he suffered during the 1988 judicial crisis.

Previously, Article 121 stated that judicial power of the Federation was “vested in a Supreme Court and such inferior courts as may be provided by federal law” but it was replaced in 1988 to place the courts’ jurisdiction in the hands of Parliament.

Azmi, 75, who received the payment from de facto law minister Datuk Zaid Ibrahim, said: “He wanted to amend Article 121 which calls for the separation of powers. He already headed the Legislature and Executive. Now, he also wanted the judiciary under him.”

Adding that Dr Mahathir was “very clever” and always “killed two birds with one stone”, Azmi alleged that Dr Mahathir’s agenda was tied to the Umno 11 case involving then Umno vice-president Tengku Razaleigh Hamzah whose supporters had challenged his post as Umno president.

“With the judiciary under him, he could tell judges what to do. I am sure he will deny it,” said Azmi who was among six judges involved in the judicial crisis two decades ago.

Tun Salleh Abas, sacked as Lord President of the then Supreme Court (renamed Federal Court in 1994), also received his payment yesterday. The others who have already accepted the undisclosed payment were then Supreme Court judges Tan Sri Wan Hamzah Wan Mohamed Salleh and Datuk George Seah.

Compensation was also given to the families of the late Supreme Court judges Tan Sri Eusoffe Abdoolcader and Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh.

Azmi broke down and cried when he started talking to reporters at his house. He said his remaining 10 years as a judge were the worst days of his life where he only heard “simple cases” and lost the opportunity of being promoted.

“It (the payment) brings to an end the shameful episode of 1988.”

Kesimpulan:

Hakim-hakim ini dengan sedapnya memfitnah Tun Mahathir. Hakim tidak voleh perasan bahawa mereka tidak buat silap.

Ingat..Hakim ini bukan dilantik oleh Tuhan. Hakim di Malaysia dilantik oleh pemerintah. Jika pemerintah Tun Mahahthir zalim dan bersifat diktator, sudah tentu ramai hakim yang diberinya rasuah atau Ex-Gratia....

Tapi zaman Pak Lah ini, hakim mendapat rasuah dengan cara ex-gratia....pula tidak didedahkan jumlah rasuah ex-gratia yang mereka dapat...

Anti Hakim gagal melaksanakan amanah .....

Semoga hubungan kerajaan zaman Pak Lah dengan Hakim-hakim akan menjadi lebih rapat dan intim....Pak Lah tahu apa yang hakim mahukan....



Tuesday, June 17, 2008

TALQIN UNTUK NAJIB TUN RAZAK....


Tuesday, June 17, 2008

Abdullah dan Najib

1. Kita di beritahu oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa dia dan Dato Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan peralihan kuasa. Tetapi tidak pula disebut bila tarikh itu.

2. Najib pula berkata dia mahu kuasa (Presiden UMNO dan Perdana Menteri) diserah kepadanya diwaktu parti dan Kerajaan berada dalam keadaan sihat walafiat sepertimana yang kononnya pengganti Presiden dan Perdana Menteri dahulu semuanya menerima peralihan kuasa apabila parti dan Kerajaan sudah dipulihkan dan berada dalam keadaan sihat.

3. Sebenarnya semasa saya mengambilalih daripada Tun Hussein Onn ekonomi negara sedang merosot. Sebab itu langkah pertama yang diambil oleh saya ialah memotong gaji Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai tinggi sebanyak 10%.

4. Saya mengambil masa hampir tiga tahun untuk pulih semula ekonomi negara.

5. Keadaan UMNO pun lebih kurang sahaja. Tidak lama selepas itu Timbalan saya letak jawatan dan mencabar saya.

6. Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak juga mengambilalih parti dan Kerajaan semasa keadaan tidak begitu sihat; Tunku selepas Dato Onn Jaafar keluar dari UMNO dan Tun Razak setelah rusuhan kaum berlaku dan Perikatan tidak bermaya.

7. Harapan Najib dia hanya akan terima jawatan Presiden dan Perdana Menteri di atas talam perak (silver platter) adalah alasan supaya dia tidak perlu bertanding pada Disember ini untuk jawatan Presiden. Mengetahui sifat suka senang Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah janji untuk melepas kuasa pada tarikh yang tidak ditentukan. Sekaligus Dato Seri Abdullah berjaya untuk melenyapkan kemungkinan dia akan dicabar oleh Dato Seri Najib. Dia (Abdullah) akan menang tanpa bertanding Disember ini. Dengan itu dia akan dakwa bahawa seluruh UMNO menyokong kepimpinannya. Oleh itu tidak ada sebab dia patut letak jawatan.

8. Jika setelah kalah teruk di lima buah negeri dan satu wilayah dia masih dakwa dia menang, mustahil apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden dia akan letak jawatan. Dia akan melegakan hati UMNO dengan berjanji dia akan kerja kuat untuk pulihkan semula UMNO dan Barisan Nasional dan selepas itu dia akan serah kuasa pada Dato Seri Najib.

9. Saya percaya diwaktu ini ramai orang Dato Seri Najib sedang menentukan berapa ramai bahagian yang akan mencalonkan Dato Seri Najib. Dengan kenyataan Dato Seri Abdullah orang Dato Seri Najib akan dapati banyak bahagian-bahagian yang tidak lagi akan calon Dato Seri Najib. Tanpa mendapat 60 pencalonan Dato Seri Najib tidak akan isytihar kesanggupannya untuk betanding. Kalau dapat pun dia tidak akan berani mencabar kepimpinan Dato Seri Abdullah selepas janji yang dibuat oleh Abdullah.

10. Bilakah kita akan tahu hasil usaha pemulihan UMNO oleh Dato Seri Abdullah? Kita akan tahu dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Saya percaya kali ini UMNO dan Barisan Nasional akan hancur langsung. Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri dan dianya tidak akan dapat serahkan jawatan Perdana Menteri kepada mantan Timbalannya, Dato Seri Najib Tun Razak.

12. Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang. Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 dibawah pimpinan UMNO Dato Seri Abdullah Badawi yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya. Selain daripada memberi gula-gula kepada Bahagian dan Cawangan, dan berbillion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-12. Hanya dengan meletak jawatan barulah Dato Seri Abdullah dapat pulih UMNO dan prestasi Kerajaan Malaysia. Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Dato Seri Abdullah. Oleh itu tidak ada harapan yang UMNO akan dipulihkan dan Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

13. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Rais Yatim akan terkapa-kapa tidak tahu nak buat apa. Apakah Tan Sri Muhyiddin akan bertanding Timbalan melawan Dato Seri Najib atau bertanding Presiden melawan Dato Seri Abdullah? Apakah jawatan yang hendak ditandingi oleh Dato Seri Rais?

14. Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya. Disember ini Dato Seri Abdullah tetap menang tanpa bertanding.



Kesimpulan:

Jika takut kalah bertanding, tak payah masuk politik. Politik adalah alat untuk kemajuan dan pembangunan negara,masyarakat dan agama.
Tapi...saya amat suka jika sesuatu masalah dalam UMNO dibuat dengan cara kata sepakat semua atau seluruh ahli.

Dapatkan kata sepakat seluruh ahli UMNO. Adakah mereka masih memerlukan Pak Lah..? Buat satu pungutan undi di seluruh cawangan UMNO Malaysia...ini baru betul...sekretariat pengundian jawatan presiden UMNO ditubuhkan.

Agak-agaknya Abdullah popular tak?????

Tapi.....siapa nak gerakkannya ...takkanlah saya ...

BEZA MISI ANWAR DENGAN MISI MAHATHIR ... SIAPA DI BELAKANG ANWAR? AS?ZIONIST? MANA DIA AMBIL DUIT BANYAK-BANYAK NI?


Anwar dapat lampu hijau cabar kesahihan pemecatannya
16-06-2008 09:24:32 PM

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memberikan lampu hijau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Panel tiga anggota itu yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Tun Dr. Mahathir.

Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undangundang sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Tun Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di.Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya;

Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Tun Dr. Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.

Mahkamah masih belum menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Anwar itu dan beliau diperintah untuk memfailkan rekod rayuan dalam jangka masa 14 hari.

Bersidang bersama Malanjum ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.

Pada 23 Dis 1998, Mahkamh Tinggi menolak saman Anwar terhadap Tun Dr. Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah mengisytiharkan keputusan Tun Dr. Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 Sept 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.

Anwar menegaskan bahawa pembatalan pelantikannya patut dilakukan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat perdana menteri dan pembatalannya tidak boleh dikuatkausakan oleh perdana menteri tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar daripada jawatan Kabinet dilakukan mengikut undangundang oleh Tun Dr Mahathir memandangkan kuasa untuk melantik dan memecat menteri terletak pada perdana menteri.

Anwar diwakili peguam Karpal Singh, Ram Karpal Singh, S.N.Nair dan Nicholas Netto. Beliau tidak hadir di mahkamah.

Terdahulu Karpal Singah berhujah bahawa Tun Dr Mahathir merupakan orang yang membuat keputusan untuk memecat Anwar daripada jawatan Kabinet dan menggugurkan beliau berkuat kuasa pukul 5.30 petang 2 Sept 1998 tanpa sebarang penunjuk bahawa Yang di-Pertuan Agong telah dinasihati beliau sebelum beliau (Tun Dr Mahathir) menyediakan dan menyerahkan surat pemecatan kepada Anwar.

Karpal Singh berkata Anwar, yang merupakan pemohon terhadap rayuan itu, bersetuju untuk tidak memohon mendapatkan kembali jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana perkara itu adalah akademik.

Sebaliknya Anwar mahu mahkamah menganugerahkannya ganti rugi. Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi yang mewakili Tun Dr Mahathir dan kerajaan, membantah permohonan kebenaran itu dengan berkata perkara itu telah menjadi sesuatu yang akademik. BERNAMA




BERJAYAKAH PERCATURAN POLITIK PAK LAH AND COMPANY...AHLI UMNO HENDAK PAK LAH LAGI KE? AMBIL IKTIBAR PRU KE11 DAN 12 BEB...


Mahathir: Najib, Ku Li tiada peluang tandingi Pak Lah Disember ini
15-06-2008 07:48:39 PM
Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin tiada siapapun termasuk Tengku Razaleigh Hamzah yang 'berpeluang' untuk menandingi jawatan Presiden Umno pada Disember ini.

"Pada pemilihan Umno akan datang Presiden (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) akan menang, tidak akan ada siapa yang boleh tanding Presiden kerana tiada siapa yang boleh memperoleh 60 pencalonan.

"Ini dikawal oleh Presiden seperti yang berlaku dulu... Tengku Razaleigh hendak lawan, beliau cuma mendapat satu sahaja, bahagian beliau yang mencalonkan beliau, bahagian beliau sendiri mencalonkan beliau," katanya.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno itu menyatakan demikian dalam satu temu bual dengan mStar Online baru-baru ini.

Jelas Dr. Mahathir, sama ada Tengku Razaleigh ataupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memang tidak berpeluang untuk menyaingi Abdullah yang menggantikan beliau lima tahun lalu.

Pemilihan pucuk kepimpinan pusat Umno akan berlangsung pada Disember ini.

Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden Umno telah menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Presiden Umno pada Disember ini.

Kini beliau mengadakan pertemuan di seluruh negara untuk mencari sokongan melepasi kelayakan pencalonan yang diwajibkan untuk menentang Abdullah.

Berdasarkan pendirian yang diumumkan sejak kebelakangan ini, Najib dipercayai hanya akan kekal mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Umno.

Ketika mengulas mengenai peralihan kuasa pula, Dr. Mahathir memberitahu, beliau tidak setuju dengan kata sepakat yang telah dicapai oleh Abdullah dan Najib sebelum ini.

"(Saya) tak setuju, lama sangat, tahun 2010... tak ada masa untuk memulihkan parti untuk pilihan raya akan datang," katanya.

Empat hari selepas Dr. Mahathir ditemui mStar Online, semalam Abdullah memberitahu bahawa tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada Najib masih belum ditetapkan lagi.

Menurut Abdullah, sepertimana yang diperjelaskannya kelmarin beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh kedua-dua mereka.

Dr. Mahathir juga menyentuh soalan sama ada Umno masih relevan ataupun sebaliknya khususnya selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Kata beliau: "Bagi banyak orang, Umno sudah tidak relevan."

Mengenai keperluan menubuhkan parti baru, beliau berkata: "Sekarang ini pilihan antara masuk parti lawan, ada tiga parti lawan (dan) mungkin mereka (ahli Umno yang tidak berpuas hati) menyertai parti lawan."

Jelas beliau, parti baru juga sukar untuk ditubuhkan kerana tiada pihak yang berani untuk keluar Umno.

"Saya tidak mahu parti baru, saya patuh kepada Umno yang asal, ini bukan Umno yang asal," katanya.

Dr. Mahathir keluar daripada Umno pada 19 Mei lalu.

Saturday, June 14, 2008

TEKA TEKI PERALIHAN KUASA DALAM UMNO PERLU TEGAS DEMI SURVIVAL UMNO


Tarikh tepat serah kuasa belum ditetapkan - Pak Lah
14-06-2008 04:58:52 PM

KUALA TERENGGANU: Tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum ditetapkan lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sepertimana yang diperjelaskannya semalam, beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh keduadua mereka.

Abdullah yang ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Umno negeri Terengganu, di sini ketika ditanya lanjut berhubung perkara itu, sambil tersenyum berkata:

"Nak jelas apa lagi, anda (wartawan) tak faham lagi..Ohh dah faham tapi nak tanya lagi...(nak tanya) bila.

"Saya (sudah) terang (jelaskan) semalam, itu sudah jelas, bahawasanya saya dan Datuk Seri Najib memang memahami peralihan kuasa akan dijalankan dalam keadaan yang baik, elok dan tersusun dan tidak menimbulkan apaapa masalah," katanya di sini hari ini.

"Dan yang keduanya, yang tetapnya tentu sekali saya akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib kerana dialah saya akan pilih (sebagai) pengganti saya," katanya.

Abdullah menegaskan, peralihan kuasa itu akan dilakukan sebagaimana kedua-dua mereka memahaminya berhubung perkara itu.

"Tarikh yang tepat belum ditentukan, bila masa tiba, peralihan itu akan dilakukan sebagaimana kami kedua-dua memahami," katanya.

Semalam, Abdullah berkata, beliau dan Najib telah sepakat menentukan masa yang terbaik untuk peralihan kuasa itu.

Ketika berucap pada majlis makan tengah hari bersama pemimpin masyarakat dan pegawai kanan kerajaan, Abdullah berkata:"Saya dan Najib telah bermuafakat dan kita berdua telah bersetuju bilakah masanya saya bersara dan bilakah masanya Najib akan ambil alih sebagai Perdana Menteri."

Dalam pada itu di Kota Baharu semalam, Abdullah melahirkan kenyataan senada dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau juga tidak akan merosakkan Umno.

Jelas beliau, seperti yang dinyatakan oleh Najib yang menegaskan bahawa beliau tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan parti yang diasaskan oleh bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau juga tidak sekalikali akan memecahbelahkan parti keramat Umno.

"Saya tidak akan memecahbelahkan Umno. Di utara, Umno di asas oleh bapa dan datuk saya sendiri," kata Presiden Umno pada majlis makan malam anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini malam tadi.

Beliau dipetik Bernama berkata, apa yang berlaku kepada Umno selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas tidak melemahkan Umno dan parti itu tetap mempunyai kekuatan untuk bangkit semula.

Di London dua hari lalu, Najib berkata, beliau merupakan "anggota parti yang setia" dan bukannya anak lelaki yang akan memusnahkan parti, yang bapanya pernah terbabit dalam penubuhan parti itu, hanya demi kepentingan untuk memegang kuasa.

Anak sulung Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein berkata, beliau "percaya peralihan kuasa (dalam Umno) perlu dilakukan secara tradisi konvensional dan bukannya dengan mewujudkan puak-puak".

Dalam kenyataannya di sini Abdullah berkata: "Saya sedih dan terharu menerima keputusan pilihan raya yang lalu. Tetapi kita masih lagi ada tenaga, kita masih ada kekuatan."

Merujuk kepada keputusan pilihan raya umum lepas, Abdullah berkata, anggota Umno tidak perlu merasa kecewa sehingga sanggup berbalah sesama sendiri dan akhirnya boleh merosakkan parti.

"Umno telah melalui pelbagai ujian sejak sebelum merdeka lagi sehinggalah sekarang, tetapi Alhamdulillah Umno masih kukuh dan mempunyai pejuang untuk mempertahankan bangsa dan negara.

"Sepertimana PAS di Kelantan yang pernah menang tipis tetapi kali ini kuat semula, dan saya yakin Umno juga akan seperti itu," katanya.

Perdana Menteri berkata, dalam lawatannya ke beberapa negara lain, beliau pernah ditanya mengenai Barisan Nasional (BN) yang kini memerintah negara tanpa memprolehi majoriti dua per tiga.

Kata mereka, BN menang selesa sebenarnya dan tidak ada sebab bagi kerajaan yang ada tidak berbuat sesuatu untuk membangunkan negara dan rakyat.

"Saya berazam untuk pulihkan semula Umno," katanya.

Menurut Abdullah, dalam lawatan seharinya ke Kelantan hari ini, beliau mendapati Umno Kelantan masih kuat walaupun kekuatannya masih belum mencukupi untuk merampas kembali Kelantan.

Sehubungan itu, beliau meminta anggota Umno di peringkat cawangan untuk lebih berusaha keras bagi memperkasakan cawangan masingmasing.

"Kuatnya cawangan kuatlah bahagian dan saya gembira perpaduan yang ada di kalangan mereka cukup kuat," katanya.

Yang turut hadir ialah Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa serta lebih 2,000 anggota Umno.


  • Abdullah-Najib sudah sepakat masa terbaik peralihan kuasa
  • Najib: "Saya anggota parti yang setia"
  • Keluar Umno, saya nampak gagal tapi kesannya... - Mahathir

  • Friday, June 13, 2008

    MINYAK NAIK SIAPA YANG UNTUNG SIAPA YANG MERANA?

    Gambar sekitar demonstrasi dari mSTAR
    13-06-2008 06:12:19 PM
    oleh KAMARUL ARIFFIN dan RAHMAN SENIN


    Kesimpulan:
    Minyak naik harga lalu timbul soalan. Siapa yang untung besar siapa pula yang merana..?
    Stabilkan harga minyak. Janganlah jual sampai harga jadi USD150 setong. Ini satu perbuatan tamak negara pengeluar minyak dan kuasa besar tanpa memikir soal tanggungjawab sosial negara lain. Kerajaan Malaysia jangan terikut-ikut rentak kuasa besar yang tamak dan zalim..