MENGHAPUSKAN KEMISKINAN

Friday, February 25, 2011

PILIHANRAYA KECIL MERLIMAU DAN KERDAU HANGAT..


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


Kuala Lumpur, 24 Feb. 2011.

Pakatan Rakyat yang juga adalah pakatan pembangkang di Malaysia sudah banyak kali melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya sebagai rakyat Malaysia yang sudah aman dan makmur ini.

Wajarkah mereka menyamakan keadaan di Malaysia dengan Mesir, Tunisia, Libya dan lain-lain negara Timur Tengah yang diancam rusuhan dan demonstrasi besar-besaran rakyat mereka?

Tentulah perkara utama yang rakyat Malaysia harus ingat ialah keadaan mereka di sini jauh lebih aman daripada di sana. Kerajaan pilihan rakyat kini iaitu kerajaan Barisan Nasional terbukti amat ikhlas dan bertanggungjawab terhadap negara ini.





Demokrasi hidup subur di Malaysia. Malah pakatan pembangkang telah menjadi kerajaan pilihan rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Tetapi rakyat di negeri-negeri tersebut tidak berpuas hati dengan kezaliman kerajaan pakatan pembangkang ini. Kerajaan Pulau Pinang sendiri menganiaya rakyat bangsa Melayu dan membantu mereka hangat-hangat tahi ayam dan tidak ikhlas. Mereka hanya mementingkan kaum Cina sahaja untuk kepentingan ekonomi mereka.

            PAKATAN RAKYAT ATAU PAKATAN KRONI



Tetapi keadaan Melayu yang ditindas di Pulau Pinang itu tidak berlaku di Kedah, Selangor atau Kelantan. Kaum Cina atau India semakin kaya raya dan bebas berniaga.

Buatlah kajian. DAP adalah parti ultra Cina yang sangat merbahaya kepada kaum Melayu. Jika mereka memerintah, kek ekonomi orang Melayu akan semakin kecil. Jika ada pun peluang ekonomi, mereka akan dapat dengan skala kecil sahaja.

Pulau Pinang dengan majoriti penduduknya adalah orang Cina pasti akan terus mengekalkan DAP sebagai kerajaan mereka. Pulau Pinang berpotensi menjadi Singapura kedua jika kaum Melayu terus menyokong Pakatan Rakyat. PAS dan PKR tidak mampu untuk membela nasib orang Melayu lagi.


Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Justeru itu, saya minta orang Melayu terus menyokong Barisan Nasional kerana hanya Barisan Nasional yang lebih adil dan bertanggungjawab kepada semua kaum di Malaysia ini.

Saya yakin, jika Pakatan Rakyat diizinkan oleh rakyat memerintah Malaysia, orang Melayulah yang akan tertekan. Keadaan ini akan menyebabkan Malaysia terjerumus ke lembah pergaduhan kaum. Kesannya sukar untuk digambarkan. Tetapi apa yang pasti, pada masa itu, orang Melayu akan mengamuk dan keadaan semakin tegang.

Apa pun, keadaan boleh pulih semula jika keadilan dan orang Melayu kembali berkuasa. Mana mungkin mereka dengan senang nak serah kuasa kepada kaum lain yang mereka masih anggap sebagai pendatang haram walaupun mereka sendiri yang halalkan kerakyatan mereka dahulu.

Apa pandangan anda?








Tuesday, February 15, 2011

MELAYU DALAM DILEMA ? SALAH SIAPA?



Saya amat bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri tersohor kita, Tun Dr.Mahathir. Beliau berpendapat dilema orang Melayu pada hari ini ialah dikatakan rasis setiap kali mereka memperjuangkan hak-hak mereka di tanah air mereka sendiri.

Cerdik pandai bukan Melayu samada dari parti politik atau pun daripada badan bukan kerajaan, amat bijak mengeksploitasi kelemahan dan kekurangan sifat bijak pada orang-orang Melayu.


Mereka faham, bahawa orang Melayu sekarang tidak sekuat dahulu. Telah berpecah-belah angkara gila kuasa dalam kalangan mereka. Tergila-gilakan undi orang bukan Melayu. Baik dari PAS atau dari PKR. Jika satu ketika dahulu, orang bukan Melayu amat takut dengan negara Islam yang cuba dibawa oleh PAS tetapi kini, PAS pada mereka bukanlah cerdik sangat. Mereka boleh dijual beli dengan harga yang amat murah.










Lihatlah, sikap Nik Aziz Nik Mat, yang suka menonjolkan kelemahan orang-orang Melayu dan bahkan beliau sendiri pun jelas lemah pada pandangan DAP. Maka kerana itu, negara Islam PAS selama ini pada DAP adalah satu penipuan. Sebab itulah DAP di Selangor dengan mudah memperkotak-katikkan PAS dalam isu arak, babi, pelacuran dan sebagainya. Begitu juga di Perak. Satu ketika, PAS menjadi Menteri Besar dengan izin Sultan Perak. Tetapi akibat kebodohan PAS, mereka rela dicucuk hidung oleh DAP. Begitulah murahnya harga diri PAS kepada DAP.

Apa pandangan anda ?





  


widgets



bloguez.com

Wednesday, February 9, 2011

PAS LAWAN BARISAN NASIONAL DI MERLIMAU MELAKA



Pakatan Rakyat telah bersetuju calon daripada parti PAS bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Merlimau, Melaka.

DUN Merlimau merupakan kawasan yang masih dikuasai oleh Barisan Nasional daripada parti UMNO. PAS boleh bertanding di situ. Tetapi mengikut situasi politik negara, imej PAS menurut pengundi Melayu telah tercalar dan tidak mampu menjadi suara Melayu yang kuat dalam Pakatan Rakyat.

PAS dilihat begitu liberal dengan parti DAP. DAP diketahui sangat anti dengan UMNO yang mewakili pemerintahan orang Melayu. PAS sebaliknya mengambil sikap bermusuhan dengan UMNO.




Sikap bermusuhan PAS terhadap UMNO ini berpunca daripada sokongan luar biasa Mursyidul AM PAS iaitu Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat. Kedua parti ini banyak mengguris hati orang-orang Melayu. Tak perlu ditulis sekadar satu contoh iaitu berkaitan penghapusan hak-hak istimewa orang-orang Melayu.

Seperti diketahui, ekonomi orang Melayu masih jauh ketinggalan di belakang kaum Cina dan India. Dan PAS pula seperti tidak berminat memperjuangkan ekonomi orang Melayu. Mereka lebih condong menyokong DAP dan PKR, yang sememangnya seperti tidak mahu orang Melayu lebih kaya raya daripada mereka.

Agebda untuk menambahkan kekayaan orang-orang Melayu seperti tiada lansung dalam kamus PAS, DAP dan PKR. Mereka asyik menghentam Melayu khususnya UMNO. UMNO masih menjadi tonggak orang-orang Melayu.



Rasanya terlalu sukar bagi orang-orang Melayu untuk menolak UMNO. Menolak UMNO bermaksud mereka sengaja menggali kubur kepada anak-anak dan cucu-cicit mereka.

Para pemimpin UMNO melihat ini dengan jujur. Dan mereka telah membuktikan amat ikhlas membantu Melayu dan mereka berusaha mengembalikan semula bisa UMNO dalam politik negara.

PAS digesa supaya meninggalkan pakatan rakyat. Tetapi jika sekiranya mereka berfikir hendak teruskan juga pakatan tersebut, mereka perlulah mencari jalan supaya mereka lebih dominan dalam Pakatan Rakyat. Dan tidak menjadi kaldai tungganan kepada DAP dan PKR yang tidak senang dengan agenda Melayu yang disepakati dalam Barisan Nasional.

Namun, saya berpendapat, PAS akan hilang imej Islam mereka jika mereka terus bersama Pakatan Rakyat. Dan apa yang pastinya ialah sememangnya PAS telah hilang maruah dan imej Islam yang mereka perjuangkan selama ini.



Dengan kata lain, imej Islam PAS telah menjadi celaru, kabur dan samar-samar.

Apa pendapat anda ?





widgeo.net









Saturday, January 22, 2011

PRK TENANG: MASA TERBAIK AJAR PAS KEMBALI KE PANGKAL JALAN



Pilihanraya Kecil DUN Kawasan Tenang, Parlimen Labis, Johor adalah masa terbaik bagi rakyat khususnya kaum Melayu yang tidak gemar kepada politik ala PAS yang sejak bersekongkol dengan DAP dan PKR dilihat semakin tergelincir akidah dan prinsip perjuangan asal mereka.

PAS bukan lagi dominan dalam memperjuangkan konsep negara Islam mereka malah mereka menjadi seperti tikus sahaja dan menjadi santapan DAP dan PKR di Perak dan Selangor sebagai buktinya.

Kini mereka mempertaruhkan calon wanita di PRK Tenang. Dahulu mereka mengharamkan UMNO. Kini mereka menghalalkan wanita sebagai calon. Manakala UMNO kekal dengan dasar Islam yang konsisten. Perubahan sikap PAS ini sebenarnya sebagai petunjuk kepada rakyat yang cintakan Islam, bahawa PAS adalah sebuah Parti politik yang hipokrit, menipu hukum dan tidak konsisten prinsip yang mereka bawa.



Bagi saya, penduduk Tenang memerlukan seorang wakil rakyat lelaki kerana kawasan Tenang tidak sesuai untuk wanita seperti calon PAS. Tenang merupakan kawasan pertanian. Sebab itu, calon Barisan Nasional lebih sesuai. Penduduk Tenang akan menghadapi risiko jika memilih wanita PAS sebagai wakil mereka kelak.

Saya percaya, penduduk Tenang lebih mahir memilih wakil rakyat mereka sendiri. Bagi saya, Tenang sesuai diwakili oleh calon daripada Barisan Nasional. Barisan Nasional merupakan wadah terbaik berbanding PAS yang dilihat gagal mendominasi Pakatan Rakyat. Memberikan kemenangan kepada PAS bermakna masa depan orang Melayu dan Islam akan menjadi lebih buruk dan akan terus dipandang rendah. Mereka hanya akan ikut telunjuk DAP atau PKR. Ini sangat merbahaya.





  ""


Saya berpendapat jika PAS dikalahkan dalam PRK Tenang nanti, mereka pasti akan berfikir banyak kali samada untuk meneruskan pakatan mereka dengan DAP atau PKR lagi. Signal daripada orang Melayu ialah mereka keras sekali menolak pakatan tersebut.


PRK Tenang adalah medan terbaik menundukkan keegoan dan kesilapan politik PAS yang bersekongkol dengan DAP, sebuah parti Ultra Cina yang Anti Negara Islam !

















   
""  








""

Wednesday, January 19, 2011

PELAN 100 HARI PEMBANGKANG BOLEH LEMAHKAN MELAYU

                                           Perdana Menteri Bersumpah Secara Jujur Dalam Masjid.

Saya berasa amat tidak patut jika tidak bercakap tentang Pelan 100 Hari pihak Pembangkang Malaysia. Ini kerana dalam apa juga dasar ekonomi, tempoh 100 hari amat tidak realistik. Biasanya perancangan ekonomi memakan masa lima tahun sekali. Berbanding 100 hari atau tiga bulan. Amat tidak realistik.

Apa kata jika masa 100 hari sudah dibelanjakan seluruh wang. Dari punca mana pula mereka akan ambil wang?

Maka tidak sukar untuk menjawabnya. Seperti biasa, selepas wang habis dibelanjakan, bagi menampung pendapatan negara, pihak pembangkang pasti akan mendapatkan wang dengan cara menekan rakyat. Rakyat tidak boleh buat apa-apa sebab mereka sudah tersalah pilih.

Maka ketika itu, rakyat akan marah kepada kerajaan baru. Tapi apalah daya mereka.


Apabila Pakatan Pembangkang diandaikan menjadi pemerintah dalam pilihanraya umum ke 13 kelak tetapi saya tidak yakin rakyat akan menaruh kepercayaan kepada mereka. Khususnya orang Melayu akan melihat kerajaan baru pasti tidak akan memihak kepada mereka untuk membela nasib mereka. Kebimbangan orang Melayu dan kaum Bumiputera lain ada asasnya.

Jika diperhatikan, Pakatan Pembangkang lebih terdorong berjuang untuk menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera. Sebaliknya, hak-hal bukan Melayu semakin kukuh.

Maka kerana itu, saya berpendapat, Pelan 100 Hari Pembangkang hanya akan menyebabkan Hak-Hak Orang Melayu dan Bumiputera boleh terhapus sedikit demi sedikit. Berani saya katakan begitu, kerana Pakatan Pembangkang terbukti banyak membelasah hak-hak orang Melayu.

Lihatlah sahaja ceramah Ketua Pembangkang di sana-sini. Beliau sering menganggap hak-hak istimewa Melayu sebagai penghalang kepada keadilan rakyat. Hakikatnya, beliau tiada program langsung untuk membela nasib Melayu dan Islam.



Sedangkan kerajaan Barisan Nasional sentiasa memelihara hak semua kaum. Dan yang pasti, BN tidak menganiayai orang Melayu untuk berkuasa.

 



""
   

Pelan 100 Hari Pembangkang akan bertukar menjadi neraka kepada kaum Melayu. Hakikatnya kaum Melayu diketahui amat mudah terpedaya walaupun hanya disogokkan dengan secawan teh. Tanah mereka tergadai. Itulah nilai mereka. Sewaktu jahiliyah. Tetapi hari ini, nilai secawan teh sudah berubah. Apakah itu benar, tidaklah saya tahu. Jika begitu, apakah yang berubah?

Justeru itu, kelemahan orang Melayu itu cuba dieksploitasi oleh Pakatan Pembangkang dengan menawarkan secawan teh yang bernama Pelan 100 Hari. Mereka tahu orang Melayu mudah termakan gula-gula. Lihat sahaja jumlah RM500 yang mereka nak berikan kepada guru. Majoriti guru adalah orang Melayu. Inilah sasaran pembangkang. Mereka tahu, Melayu mudah cair dengan wang.


                                                              


Wednesday, September 15, 2010

MEMBUNUH KERANA TAMAK

PEMBUNUHAN kejam Sosilawati, jutawan kosmetik Malaysia, pada 30 Ogos 2010 lalu di saat umat Islam sedang berpuasa dan menyambut Aidil Fitri amat menyayat hati. Dilakukan oleh hasil siasatan Polis, seorang Peguam berketurunan India. Dilakukan dengan kumpulan samseng India yang amat kejam dalam sejarah negara.

Saya berpendapat, para pembunuh terbabit bersubahat dan tidak patut mereka dilepaskan. Mereka semuanya wajar dihukum mati. Bunuh balas bunuh. Mereka membunuh 4 nyawa dalam satu masa. Kejam sungguh.








Motif mereka membunuh ialah kerana WANG. Ya kerana WANG. Kerana wang mereka sanggup membunuh nyawa tidak berdosa. Jelas sungguh, mereka amat tamak dan boleh dikatakan menjadikan wang sebagai Tuhan mereka.

Hukuman yang wajar ke atas mereka ialah MATI. Tetapi, maaf, mayat mereka jangan diizinkan ditanam di bumi Malaysia ini. Mereka adalah manusia durjana.

(Bergantung Hukuman Mahkamah) Mayat mereka itu ada baiknya diawet dan dipamer kepada umum dalam muzium. Nyatakan kenapa mereka dihukum sebegitu. Kekejaman yang mereka lakukan di luar batas manusia. Haiwan pun tidak kejam macam mereka. Kerajaan mesti buat sesuatu untuk jangka panjang keselamatan negara! Fikirkan kesempatan ini bagi mendidik rakyat lebih bertamadun.
                                                                                




Sunday, September 5, 2010

KEISTIMEWAAN MELAYU ADALAH HAK

Keistimewaan Melayu adalah hak

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak istimewa orang-orang Melayu. Ia hendaklah ditafsir menurut sejarah dan falsafah yang ada di sebalik kewujudannya. Ini kerana peruntukan itu wujud dengan nilai, sejarah dan falsafah yang tertentu. Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan apa yang saya katakan ini. Mereka mungkin berkata, perubahan masa dan keadaan menuntut perubahan kepada budaya, keadaan sosial dan falsafah Perlembagaan negara. Walau apa pun, saya amat yakin bahawa majoriti masyarakat Melayu menganggap keistimewaan ini sebagai hak dan mereka inginkan nilai, sejarah dan falsafah kewujudan Perkara 153 diambil kira dalam membuat tafsirannya.

Amat menyedihkan apabila orang Melayu yang mendapat manfaat daripada Perkara 153 sendiri telah mentafsir peruntukan ini dengan menafikan "hak" orang Melayu. Atas apa alasan sekalipun ulasan atau tafsiran terhadap Perkara 153 dibuat, ia amat tidak adil kepada orang Melayu.


Hakikatnya, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menjadi asas kepada kedudukan istimewa orang Melayu telah dikategorikan sebagai perkara sensitif. Mempersoalkan kedudukannya sehingga mencadangkan supaya ia dilupuskan daripada Perlembagaan secara perundangannya dikategorikan sebagai satu hasutan. Peristiwa berdarah 1969 juga mempunyai kaitan dengan Perkara 153. Atas alasan kestabilan negara, perkara berkaitan keistimewaan Melayu diberi perhatian serius dan diklasifikasi sebagai perkara sensitif. Walaupun pendakwaan jarang sekali dilakukan berkaitan perbuatan mempersoalkannya, peruntukan berkaitan amat jelas wujud di dalam Akta Hasutan.

Keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukan perkara baru. Ia adalah antara menu utama dalam pembentukan asal negara ini.

Istilah keistimewaan Melayu bermula sejak campurtangan British di Tanah Melayu. Ketika pemerintahan British, keistimewaan orang Melayu dijaga melalui polisi di dalam pentadbiran British. Polisi keistimewaan Melayu diiktiraf British kerana rungutan dan permintaan para raja Melayu.

Disebut di dalam laporan Suruhanjaya Reid bahawa keputusan untuk memasukkan peruntukan berkaitan keistimewaan Melayu ke dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mendapat tentangan yang menyerlah walaupun tindakan untuk menambahkan lagi keistimewaan tersebut mendapat reaksi negatif banyak pihak. (lihat Perenggan 165)

Suruhanjaya Reid juga menyebut mengenai pertembungan antara kehendak prinsip kesamarataan antara rakyat yang berbilang bangsa. Walaupun begitu, Suruhanjaya berpendapat, peruntukan mengenai keistimewaan Melayu amatlah diperlukan bagi menjaga kedudukan bangsa Melayu. Selain daripada itu, keistimewaan Melayu juga diperlukan bagi menjamin kedudukan Melayu dalam proses integrasi antara kaum-kaum di negara ini setelah prinsip "common nationality" diperkenalkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957 (lihat Perenggan 165). Apa yang dapat dihujahkan daripada kenyataan Laporan Suruhanjaya Reid ini ialah proses integrasi antara pelbagai bangsa yang ada di Tanah Melayu akan mengambil masa yang agak panjang. Pada andaian Suruhanjaya Reid sekiranya proses integrasi antara pelbagai kaum di negara ini menjadi bertambah baik, ia akan seterusnya dapat mengurangkan atau menghapuskan keistimewaan Melayu.

Apa yang dapat difahami daripada kenyataan Suruhanjaya Reid ini adalah, selagi mana integrasi antara pelbagai kaum belum mencapai tahap matang, kedudukan istimewa Melayu harus dikekalkan.
Sehingga 53 tahun merdeka integrasi antara pelbagai bangsa di negara ini masih menjadi agenda utama negara. Perkara berkaitan perpaduan atau integrasi antara kaum kekal menjadi isu sensitif. Ada yang berpandangan bahawa perpaduan di kalangan rakyat Malaysia agak rumit kerana negara kita tidak menjalankan proses asimilasi yang mahukan semua pihak melenyapkan identiti bangsa masing-masing dengan menerapkan satu identiti sahaja.

Semua kaum di Malaysia masih mengekalkan identiti kaum masing-masing. Seorang cendekiawan mengibaratkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa seperti beberapa batang besi yang diikat bersama. Batang-batang besi tersebut akan terlerai sekiranya tali pengikat yang menggabungkannya terputus. Batang-batang besi tersebut tidak dilebur dan dibekukan untuk menjadi satu batang besi yang lebih besar dan tegap. Batang-batang besi yang dilebur dan dikeraskan ini tidak akan terlerai sekiranya tali pengikatnya terputus.

Walaupun bersetuju dengan cadangan Parti Perikatan mengenai kedudukan istimewa Melayu, Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya keistimewaan Melayu disemak semula selepas 15 tahun. Kenapa 15 tahun? Adakah jangkamasa 15 tahun ini satu jangkamasa yang substantial? Jawapan kepada persoalan ini tidak dijelaskan oleh Suruhanjaya Reid.

Jangkamasa 15 tahun adalah andaian Suruhanjaya Reid. Hakikatnya, hanya masyarakat Malaysia selepas merdeka yang menentukan. Secara prinsipnya, kenyataan Suruhanjaya Reid ini bukanlah sesuatu yang mengikat. Sejauh manakah Suruhanjaya Reid dapat menentukan integrasi kaum di Malaysia akan berjalan lancar dan boleh mencapai objektifnya hanya dalam masa 15 tahun. Hatta negara-negara yang tamadunnya beratus-ratus tahun masih lagi mempunyai masalah berkaitan perkauman dan ia kekal sampai ke hari ini. Pengajarannya ialah jangkamasa 15 tahun cuma jangkaan Suruhanjaya Reid. Ia tidak semestinya benar dalam realiti.

Walaupun mencadangkan jangka masa 15 tahun untuk disemak semula peruntukan ini, Laporan Suruhanjaya Reid juga menyebut bahawa, ia terpulanglah kepada keputusan kerajaan yang memerintah, sama ada untuk mengekal, atau mengurang atau melupus keistimewaan tersebut. Keputusan kerajaan tersebut tertakluk kepada keadaan masyarakat Melayu semasa semakan tersebut dilakukan (lihat Perenggan 167).
Hakikatnya keputusan sama ada keistimewaan Melayu perlu diteruskan ataupun tidak bergantung kepada keadaan dan status orang Melayu. Sekiranya integrasi antara pelbagai kaum tidak mencapai tahap matang seperti andaian Suruhanjaya Reid, kemungkinan untuk kerajaan meneruskan status quo Perkara 153 menjadi jelas. Selain daripada itu, sekiranya kedudukan ekonomi Melayu masih belum mencapai tahap yang boleh dianggap mampu bersaing dengan kaum bukan Melayu, Perkara 153 ini masih diperlukan. Atau, selagi orang Melayu fikir mereka masih memerlukan keistimewaan seperti yang termaktub, ia harus dikekalkan di dalam Perlembagaan.

Perlembagaan

Perkara 153 adalah di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Perlembagaan memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. Perlembagaan tidak memberikan Parlimen kuasa penuh untuk meminda Perkara 153. Peruntukan ini hanya boleh dipinda sekiranya mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Selain daripada itu, apa juga polisi yang diperkenalkan berdasarkan Perkara 153 tidak boleh diubah kecuali mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Majoriti ahli Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya Yang di-Pertuan Agong menjalankan tanggungjawab menjaga keistimewaan Melayu atas nasihat Jemaah Menteri. Justice Abdul Hamid, ahli Suruhanjaya Reid dari Pakistan, dalam nota kecualiannya menyatakan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini adalah kuasa budi bicara. Baginda boleh menjalankan kuasa berkaitan keistimewaan Melayu di atas keputusan sendiri tanpa mendapatkan nasihat Jemaah Menteri.

Keadaan ini amat kukuh untuk dihujahkan bahawa keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153 adalah satu "hak" dan bukanlah hanya keistimewaan dalam kata harfiahnya.

Saya perlu nyatakan bahawa Pekara. 153 adalah sebahagian daripada hak asasi. Pengiktirafan sebegini juga diamalkan di negara-negara lain. Hak asasi ini diiktiraf oleh kebanyakan negara untuk menjaga kestabilan sosial supaya sesuatu kaum tidak terpinggir dan keadilan dapat dicapai dengan memberi peluang kepada semua. Hak asasi ini boleh dikatakan sebagai pengecualian kepada dasar kesamarataan menggunakan prinsip diskriminasi positif atau juga dikenali sebagai affirmative action.

Di negara seperti Amerika Syarikat, dasar affirmative action ini tidak disebut di dalam Perlembagaan. Ia hanyalah polisi pentadbiran negara. Negara kita mengiktiraf keistimewaan Melayu di dalam Perlembagaannya. Ini menjadikan kedudukan istimewa ini lebih "istimewa" berbanding amalan di Amerika Syarikat.
Perkara 153 diperkenalkan bukan kerana sifat rendah diri atau inferiority complex orang Melayu sebagaimana anggapan sesetengah pihak. Ia bukan tongkat kepada Melayu. Ia merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu kerana asal negara ini adalah "Tanah Melayu". Ia tiada kaitan dengan kedudukan kaum lain yang telah lama berada dan menyumbang kepada negara ini.

Objektif Perkara 153 bukan juga untuk mempersoalkan kehadiran kaum bukan Melayu di negara ini. Kaum bukan Melayu tidak harus merasa bimbang dengan kekalnya Perkara 153 di dalam Perlembagaan.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah penghormatan harus diberikan kepada kaum Melayu dan penghormatan tersebut sebenarnya di iktiraf oleh Perlembagaan. Walauapa pun, saya tidak fikir keistimewaan Melayu ini satu diskriminasi, walau dikatakan sebagai diskriminasi positif. Ia adalah satu struktur sistem yang telah dicipta untuk kestabilan negara ini.

Oleh itu prinsip keluruhan Perlembagaan atau ketinggian Perlembagan harus sentiasa diberi perhatian sewajarnya. Keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu di dalam Perkara 153 adalah satu hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan dan tidak harus dipertikaikan.


Ingin saya tegaskan di sini bahawa Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat kedudukan kaum bukan Melayu di negara ini. Walaupun peruntukan telah wujud sepanjang 53 tahun lepas, ia tidak menjadi penghalang yang besar kepada bangsa bukan Melayu untuk memakmurkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka di negara ini. Perkara 153 tidak menafikan kedudukan kaum bukan Melayu.

Sebenarnya tiada hujah yang konkrit untuk dikatakan kuota Melayu menerusi Perkara 153 ini telah menafikan kedudukan kaum bukan Melayu sehingga menjadikan kaum bukan Melayu merempat di negara ini. Malah, apa yang kita saksikan dengan nyata ialah, kaum Melayu, atas apa sebab sekalipun, masih lagi di belakang kaum bukan Melayu dalam aspek kedudukan ekonomi. Tiada kemudaratan yang dilahirkan oleh Perkara 153 walaupun ia seringkali dijadikan alasan amalan ketidaksamarataan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.