MENGHAPUSKAN KEMISKINAN

Wednesday, June 11, 2008

HAKIM MESTI LETAK KEPENTINGAN NEGARA,AGAMA DAN BANGSA MELEBIHI KEPENTINGAN PERIBADI


KEPENTINGAN PERIBADI HAKIM DENGAN KEPENTINGAN NEGARA, BANGSA DAN AGAMA...

Lagi 'bom kejutan': Ke mana sudah imej bidang kehakiman

11-06-2008 08:13:24 PM
Oleh G. MANIMARAN

KIRA-KIRA tiga minggu lalu, bekas Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang disyor oleh Suruhanjaya Diraja Siasat Video Klip Lingam supaya disiasat lanjut bersama lima personaliti yang lain, melahirkan pendiriannya bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan termasuk jika dihadapkan di mahkamah.

Malah, menurut Dr. Mahathir beliau juga akan mendedahkan nama hakim-hakim yang pernah melobinya untuk kenaikan pangkat.

Pada 6 Jun pula menerusi dalam blognya, Dr. Mahathir memberikan pandangan beliau tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam isu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas sehingga membawa kepada pemecatannya dua dekad lalu.

Minggu lalu kerajaan mula menyumbangkan bayaran ex-gratia kepada hakim-hakim yang pernah dipecat ketika krisis kehakiman tahun 1988.

Dan, terbaru semalam beberapa blog dan portal berita menyiarkan laporan Borneo Post yang memetik pendedahan Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Ian H.C. Chin dua hari lalu, yang secara terbuka menyebut bahawa Dr. Mahathir pernah mengugut untuk melucutkan jawatan hakim-hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan lebih satu dekad yang lalu.

Pendedahan

Jika diambil kira pendedahan beliau itu, kemungkinan ini kali pertama seorang hakim berbuat demikian, lebih-lebih lagi ketika sebuah mahkamah tinggi mula bersidang untuk mendengar petisyen pilihan raya.

Negara telah mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu. Petisyen pilihan raya difailkan oleh calon DAP kerusi Parlimen Sarikei, Wong Hua Seh yang mencabar kemenangan wakil Barisan Nasional (BN), Ding Kuong Hiing.

Yang mengejutkan, hakim berkenaan mengetengahkan isu berkenaan ketika memulakan prosiding petisyen berkenaan. Ramai berpendapat suasana sedemikian jarang berlaku.

Semasa mendedahkannya, jelas Chin, pada Persidangan Hakim 24 April 1997, Perdana Menteri (nama tidak disebut tetapi sebenarnya merujuk kepada Dr. Mahathir) ketika itu secara jelas mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan.

Akhbar The Borneo Post juga memetik Chin berkata, ugutan itu dibuat tiga hari selepas hakim berkenaan membuat keputusan berhubung petisyen pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Begunan yang memihak kepada calon Bebas, Donald Lawan pada 21 April 1997. Kerusi bahagian tersebut telah dimenangi calon BN, Mong anak Dagang.

Perdana Menteri ketika itu menyuarakan rasa tidak gembira dengan keputusan berkenaan dan beliau merujuk kes itu sebagai the Borneo Case serta bertanya sama ada hakim yang membuat keputusan itu hadir pada persidangan terbabit, tambah beliau dalam pendedahannya.

Jelas Chin, apa yang beliau mendedahkan itu berlaku selepas dua penghakimannya iaitu keputusan kes petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan dan saman fitnah pada 5 Februari 1997 (Raveychandran lawan Lai Su Chon & Ors).

Dalam penghakiman saman fitnah itu, kata Chin, merujuk kepada kes MGG Pillai lawan Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other Appeals dan menjadikannya alasan untuk menolak pemberian pampasan yang luar biasa tinggi dalam kes saman fitnah terhadap keperibadian seseorang.

Video klip

Selain Dr. Mahathir, Vincent Tan juga merupakan antara enam personaliti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Diraja Siasat Video Klip Lingam.

Dalam pendedahannya yang kini menarik perhatian banyak pihak, Chin menambah, tiada seorang pun yang menghadiri persidangan itu meragui Dr. Mahathir merujuk kepada kes petisyen pilihan raya umum berkenaan walaupun tidak menyatakannya secara khusus.

Selepas membuat ugutan itu, bekas Perdana Menteri turut memberi pendapat bahawa seseorang wajib dikenakan bayaran ganti rugi yang tinggi dalam kes saman fitnah.

Chin berkata, persidangan itu disusuli sesi dialog tetapi pada hakikatnya hanya satu pihak iaitu Dr. Mahahtir bercakap manakala yang lain mendengar.

"Hanya seorang Hakim Mahkamah Rayuan memberi maklum balas dengan bertanya sama ada beliau (Dr. Mahathir) akan gembira sekiranya sejumlah RM1 juta ditetapkan sebagai ganti rugi dalam kes saman fitnah.

"Beliau bersetuju dengan cadangan itu dan menunjukkan rasa puas hati beliau dengan memberi kenaikan pangkat kepada hakim berkenaan (tetapi kini sudah pun meninggal dunia) ke Mahkamah Persekutuan apabila wujud kekosongan walaupun terdapat ramai lagi hakim yang lebih kanan," katanya.

Chin memberitahu, beliau amat kecewa dengan perkembangan itu tetapi beberapa Hakim Mahkamah Persekutuan menemuinya selepas sesi dialog itu dan memberi nasihat jangan mempedulikannya.

"Malah, yang lebih melegakan saya apabila seorang Hakim Mahkamah Tinggi menyifatkan perbuatan bekas Perdana Menteri itu sebagai keterlaluan," katanya.

Berdasarkan ingatan beliau, tambah Chin, sejurus selepas bekas Perdana Menteri itu mengambil alih pentadbiran negara, beliau giat berkempen membanteras rasuah dan mahu setiap orang takut kepada Tuhan.

"Tetapi berdasarkan apa yang berlaku pada persidangan itu, ternyata beliau mahu orang takut untuk membuat penghakiman yang tidak disukainya," kata Chin.

Tambah Chin, selepas persidangan itu, beliau menyertai satu bengkel antara 26 hingga 30 Mei 1997 bersama beberapa hakim dan pegawai kehakiman yang didakwanya berlaku usaha mempengaruhi mereka supaya berpegang kepada pandangan bahawa kepentingan kerajaan harus diberi keutamaan mutlak apabila membuat penghakiman.

"Saranan yang keji itu dilakukan Presiden Mahkamah Rayuan sendiri dan tiada siapa pun bersuara ketika sesi soal jawab. Pencabulan keadilan tidak berakhir di situ. Pada satu pagi, saudara hakim (rakan Chin), Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang mencari saya selepas daftar masuk kerja. Kami berdua berkhidmat khidmat di Kuching.

"Beliau menyuarakan kekecewaan berikutan panggilan telefon daripada Ketua Hakim Negara ketika itu, meminta beliau menolak petisyen pilihan raya yang akan didengar di Kota Kinabalu.

"Kamil meminta pendapat saya. Kami menimbang kemungkinan membuat laporan polis atau menulis kepada Ketua Hakim Negara bagi merekodkan apa yang dicakapkan menerusi telefon tetapi beliau memutuskan tidak melakukan apa-apa kerana tiada bukti melainkan dakwaannya terhadap Ketua Hakim Negara," katanya.

Chin berkata, beliau bagaimanapun gembira kerana Muhammad Kamil tidak tunduk kepada tekanan Ketua Hakim Negara ketika mendengar petisyen pilihan raya itu dan seterusnya membuat penghakiman berdasarkan undang-undang serta bukti yang dikemukakan.

Selepas membuat pendedahan itu, Chin meminta kedua-dua pihak terbabit dalam petisyen pilihan raya umum kerusi Parlimen Sarikei, yang didengarinya itu, membuat keputusan sama ada patut beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

"Walaupun beliau (Dr Mahathir) kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak boleh mengugut untuk melucutkan jawatan mana-mana hakim dan tidak sepatutnya digeruni hakim, gabungan parti yang pernah diterajuinya masih berkuasa dan responden kedua dalam kes ini menang atas tiket gabungan itu.

"Jadi mungkin ada yang berpendapat saya masih menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak," katanya.

Implikasi

Kenyataan terakhir ini dan keseluruhan pendedahann Chin membawa implikasi besar kepada negara dan kerajaan khususnya ketika demam pascapilihan raya umum masih berlarutan.

Selepas insiden-insiden yang disenaraikan Chin, negara telah mengadakan tiga pilihan raya umum. Justeru, persoalan yang timbul dan ditanya banyak pihak ialah mengapa sekarang beliau bertindak mendedahkannya?

Apakah yang menggerakkan Chin berbuat demikian?

Selepas pilihan raya umum ke-12, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dua bulan lalu telah membawa proses pembaharuan sistem kehakiman dan memulihkan keyakinan orang ramai.

Pengumuman strategi itu disusuli dengan pengumuman laporan Suruhanjaya Diraja Siasat Video Klip Lingam.

Dengan perkembangan mengejutkan ini, Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan menggesa Suruhanjaya Diraja diadakan bagi menyiasat pendedahan tersebut.

"Dakwaan dan pendedahan yang dibuat beliau (Chin) bukan sahaja disiasat secara menyeluruh oleh Ketua Hakim Negara tetapi juga oleh pihak-pihak yang berkaitan," katanya.

Sejauh mana perkembangan terbaru ini akan membantu dalam soal siasat lanjut dikendalikan Jabatan Peguam Negara ekoran saranan Suruhanjaya Diraja Siasat Video Klip Lingam?

Apakah pendedahan Chin akan membantu memulihkan keyakinan orang ramai atau memudaratkan lagi situasi semasa? Ataupun polemik mengenai bidang kehakiman akan berterusan hingga kita boleh menunggu pendedahan-pendedahan yang lain?


Kesimpulannya:

Jika hakim itu benar-benar jujur, kenapa beliau tidak melepaskan jawatannya pada masa itu sebagai tanda protes...? Kenapa ambil masa 11 tahun..? Adakah hakim ini sedang melobi Pak Lah..? Atau adakah hakim ini ada muslihat demi politik DAP...?

Tuesday, June 10, 2008

BAS RAPID KL TERSADAI 1000 LEBIH KERAJAAN MASIH BELUM JAWAB DAKWAAN


PENJELASAN TUN DR. MAHATHIR YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN SERIUS OLEH RAKYAT...!

Tentang ....

RAPID KL

Yang Berhormat Dato’ Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) telah bertanya dalam Dewan Rakyat berkenaan 1000 lebih bas milik Rapid KL yang tersadai dan tidak diguna.

Bas-bas ini dikatakan asalnya milik Intrakota dan City Liner yang telah diambilalih oleh Rapid KL yang dipercayai adalah milik Khazanah. Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh Rapid KL.

Tetapi Rapid KL tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat balik sedikit pun daripada kos pembelian syarikat-syarikat ini.

Kenapa?

Apakah Rapid KL begitu untung dan boleh tanggung rugi yang tidak kecil daripada menjadikan bas-bas yang dibeli olehnya sebagai besi buruk?

Rapid KL terkenal dengan jumlah besar bas baru yang dimilikinya. Umum tahu yang bas-bas ini kerap kosong. Oleh kerana ia adalah GLC dan melibatkan wang rakyat sepatutnya untung-ruginya diumumkan kepada orang ramai. Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah?

Kita bangga dengan design bas-bas yang dimiliki oleh Rapid KL. Ia amat moden. Saya ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh Rapid KL. Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu? Jika ya, nampaknya Rapid KL diadakan untuk menguntungkan pembekal. Apakah adanya Rapid-Penang juga tidak mempunyai tujuan yang sama?

Apakah benar pembekal bas Rapid KL dan Rapid Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100% oleh Scomi yang dimiliki oleh sipolan-sipolan yang mempunyai talian kekeluargaan dengan pemimpin besar negara?

Katanya pesanan untuk bas baru oleh Rapid KL adalah begitu banyak sehingga Scomi tidak dapat membinanya. Oleh itu Scomi dibenar import bas dari China. Apakah harga import dan harga jualan kepada Rapid KL? Apakah syarikat lain dibenar import bas baru dari luar negeri? Apakah duti import yang dibayar?

Disiarkan gambar-gambar Scomi Coach Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Sdn Bhd) yang berada di tempat yang sama dengan Scomi Rail Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Technology Sdn Bhd)





Penceroboh boleh ditembak

Bas-bas Rapid KL yang tersadai



Bas-bas baru Rapid KL yang sedang dibina di kilang Scomi


Kita juga dengar khabar angin bahawa Scomi juga dapat kontrak membekal unit-unit monorel untuk projek monorel di Pulau Pinang. Sekali lagi Scomi hanya akan membekal unit monorel sahaja dan tidak akan terlibat dengan pembangunan dan pengurusan sistem monorel di Pulau Pinang. Umum tahu pembangunan dan pengurusan tidak memberi keuntungan. Menjual unit monorel tetap untung terutama jika tidak ada tender atau tender di buat dengan spesifikasi yang hanya jenis unit monorel Scomi sahaja yang boleh menepatinya.

(Disiarkan dibawah gambar yang menunjuk rel untuk percubaan unit monorel yang terdapat di kilang Scomi Rail Bhd)


Rel untuk test unit. Dibelakang terlihat satu unit monorel di atas test-rail



Papan kenyataan Scomi Coach Sdn Bhd dan Scomi Rail Bhd

Friday, June 6, 2008

PENJELASAN TUN DR.MAHATHIR TENTANG SEBAB TUN SALLEH DIPECAT OLEH TRIBUNAL YANG DIPERTUAN AGONG..


KISAH TUN SALLEH

1. Apabila Kerajaan memberi bayaran ex-gratia kepada para hakim yang terlibat di dalam penyingkiran Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Mahkamah Malaysia, persoalan yang perlu dijawab ialah adakah ianya kerana Kerajaan kesal terhadap sesuatu yang berlaku di zaman sebelum Kerajaan ini berkuasa atau adakah ianya langkah terdesak untuk mengembalikan sokongan selepas keputusan buruk Pilihanraya Umum 2008.

2. Jika Kerajaan hari ini merasa kesal, bayaran ex-gratia (memandangkan tiada lagi perkataan yang lebih sesuai) sepatutnya dibuat selepas ianya mula berkuasa. Jelas sekali ia hanya merasa kesal baru-baru ini, selepas Menteri baru yang dipertanggungjwabkan ke atas hal-ehwal kehakiman (yang juga pernah digantung kerana penglibatan dalam politik wang) mencadangkannya sebagai langkah untuk memenangi hati Majlis Peguam.

3. Tetapi apakah yang menyebabkan perasaan kesal “politik” di pihak Kerajaan ini? Adakah kerana berlaku ketidak adilan? Atau adakah Kerajaan yang sebelumnya berlaku berat sebelah atau melanggar undang-undang?

4. Kebanyakan orang tahu tentang penyingkiran Tun Salleh tetapi tidak ramai yang mengambil berat tentang apa yang sebenarnya berlaku. Sesetengah pihak percaya yang tindakan terhadap Tun Salleh disebabkan cadangannya membentuk panel 12 hakim untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Hakim Harun Hashim yang telah mendapati UMNO sebagai sebuah organisasi haram. Ada pihak lain yang percaya ianya kerana beliau tidak menyebelahi UMNO di dalam penghakimannya.

5. Tidak ada satu pun yang benar. Tun Salleh tidak berat sebelah terhadap Kerajaan. Dia telah menolak permohonan Lim Kit Siang di dalam kes yang melibatkan UEM dan Kerajaan, terhadap injunksi sementara yang dibuat mahkamah rendah di dalam keputusan penghakiman yang panjang yang dibuat olehnya sebagai Presiden Mahkamah Agong (sekarang Mahkamah Persekutuan). Di dalam kes-kes lain penghakiman beliau banyak berpihak kepada Kerajaan. Berkenaan dengan panel untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Hakim Harun Hashim, panel yang lebih besar mungkin lebih baik bagi UMNO yang hanya mahukan pengesahan keputusan pemilihan yang akan menjadikan saya Presiden dan (Tun) Ghafar Baba Timbalan Presiden. Samada panel menolak atau menerima keputusan Hakim Harun, ianya tidak akan memberi kesan terhadap UMNO dan UMNO Baru.

6. Sebenarnya kes terhadap Tun Salleh tercetus kerana surat-suratnya kepada Yang di Pertuan Agong yang baginda anggap melanggar tatasusila serta menghina.

7. Di dalam surat pertamanya, Tun Salleh telah menulis kepada DYMM YDP Agong untuk mengadu berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana YDP Agong yang terletak berdekatan dengan rumah Tun Salleh.

8. Ini sahaja boleh dianggap melanggar tatasusila. Seseorang yang begitu kanan kedudukannya boleh meminta izin untuk mengadap YDP Agong dan menyampaikan aduannya secara lisan.

9. Untuk memburukkan lagi perbuatan menghina Istana dia telah menghantar salinan suratnya kepada Raja-Raja lain. Ini seolah-olah menunjukkan yang dia tidak punyai keyakinan terhadap YDP Agong dan menghendakkan Raja-Raja Melayu lain untuk mengadakan tekanan terhadap YDP Agong.

10. Ini kemudiannya disusuli dengan satu lagi surat kepada YDP Agong yang mengadu berkenaan tindak-tanduk eksekutif iaitu Perdana Menteri. Salinan surat ini juga telah dihantar kepada Raja-Raja.

11. Di dalam surat ini, Tun Salleh telah menyatakan antara lain; “All of us (the judges) are disappointed with the various comments and accusations made by the Prime Minister against the judiciary not only outside but inside Parliament.” [Kami (para hakim) kecewa dengan pelbagai kenyataan dan tuduhan yang dibuat Perdana Menteri terhadap badan kehakiman bukan sahaja di luar malahan di dalam Parlimen]

12. Dia seterusnya berkata di dalam suratnya “the accusations and comments have brought shame to all of us and left us mentally disturbed to the extent of being unable to discharge our functions orderly and properly.” [tuduhan-tuduhan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat telah memalukan kami semua dan telah meninggalkan kesan kekacauan mental sehinggakan kami tidak dapat menjalankan tugas kami dengan tertib dan teratur].

13. Dia menegaskan yang dia dan para hakim semua “do not like to reply to the accusations publicly because such action is not compatible with our position as judges under the Constitution …. And as such it is only proper for us to be patient in the interest of the nation.” [tidak mahu membalas secara terbuka tuduhan kerana tindakan tersebut tidak bersesuaian dengan kedudukan kami sebagai hakim di bawah Perlembagaan…dan oleh itu adalah lebih baik kami bersabar demi kepentingan Negara].

14. Kenyataan ini nyata tidak benar kerana sebelum surat tersebut diutuskan, di dalam satu ucapan di Universiti Malaya di mana dia dianugerah ijazah doktor kehormat, dia telah merungut berkenaan “the judiciary being placed in the social service category” (badan kehakiman ditempatkan di bawah kategori perkhidmatan sosial) dengan membuat kesimpulan bahawa ini tidak bertepatan dengan “the rule of law” (kedaulatan undang-undang) dan oleh itu “priority of the courts should be altered so that freedom is guaranteed and work is not disturbed” (keutamaan mahkamah harus diperbetulkan agar kebebasan dijamin dan kerja tidak terganggu).

15. Dia seterusnya berkata “the officers of the public service (i.e. judges) do not have a lesser role and function to play then the roles played by the politicians” (pegawai perkhidmatan awam iaitu para hakim tidak memainkan peranan yang kurang pentingnya berbanding yang dimainkan ahli politik).

16. Beliau juga berkata, “This matter becomes aggravated if the rights involved in a decision made by an official are related to judicial matters because this will result in a very important question that is interference with the independence of the judiciary” (Keadaan ini diburukkan lagi jika hak yang terlibat dalam keputusan yang dibuat para pegawai adalah berkaitan soal penghakiman kerana ini akan menimbulkan soalan penting iaitu campur tangan dalam kebebasan kehakiman.

17. Sekali lagi apabila berucap semasa melancarkan buku “Law, Justice and the Judiciary, Transnational Trends” Tun Salleh berkata, antara lain, “The vital constitutional principle is so settled that no question should really arise concerning the position of the judiciary under the Constitution. But recently this guardianship has been made an issue and our independence appears to be under some kind of threat.” (Prinsip Perlembagaan yang penting sudahpun termaktub oleh itu tidak timbul soal kedudukan kehakiman di bawah Perlembagaan. Tetapi baru-baru ini perlindungan ini telah menjadi satu isu dan kebebasan kita ternampak seolah-olah sedang dicabar) Beliau menambah, “This is amply borne out by some of the comments made recently which embarrassed the judiciary a great deal. These remarks not only question our neutrality and independence but the very value of it as an institution ….. Our responsibility of deciding the case without fear or favour …. does not mean that the court decision should be in favour of the Government all the time…….” (Ini terhasil daripada sesetengah kenyataan yang dibuat baru-baru ini yang telah benar-benar memalukan badan kehakiman. Kenyataan tersebut bukan sahaja mempersoalkan keberkecualian dan kebebasan kita, tetapi juga nilai badan kehakiman sebagai sebuah institusi…tidak semestinya keputusan mahkamah harus sentiasa menyebelahi Kerajaan)

18. Selain itu beliau menyambung, “the problem of maintaining judicial independence is further complicated by the fact that the judiciary is the weakest of all the three branches of the Government.” (Masalah mengekalkan kebebasan kehakiman dibuat lebih rumit kerana badan kehakiman adalah yang paling lemah diantara ketiga-tiga cabang Kerajaan).

19. “What matters most in order to enable us to save the system from disastrous consequences is that we judges must act with responsibility and dignity and not be drawn or tempted into an impulsive action which could only result in aggravating the situation.” (Apa yang penting untuk selamatkan system ini daripada malapetaka ialah kita para hakim mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan hormat dan tidak dipengaruhi tindakan gelojoh yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan)

20. Kedua-dua ucapan tersebut disampaikan pada 1hb Ogos 1987 dan 12hb Januari 1988. Tetapi surat Tun Salleh kepada YDP Agong bertarikh 26hb Mac 1988. Seperti yang saya nyatakan tadi adalah tidak benar beliau tidak bercakap berkenaan tuduhannya terhadap Kerajaan di hadapan khalayak ramai hanya kerana dia mempertahankan yang “tindakan tersebut tidak bersesuaian dengan kedudukan kami sebagai hakim di bawah Perlembagaan” dan “oleh itu adalah lebih baik kami bersabar demi kepentingan Negara”.

21. Semua kenyataannya di dalam dua ucapan yang disampaikan jelas mengandungi kecamannya terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan, jauh lebih lama sebelum dianya menulis surat kepada YDP Agong.

22. Satu lagi perkara yang dibangkitkan di dalam suratnya kepada YDP Agong ialah “the accusations and comments have brought shame to all of us (judges) and left us mentally disturbed to the extent of being unable to discharge our functions orderly and properly.” [tuduhan-tuduhan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat telah memalukan kami dan telah meninggalkan kesan kekacauan mental sehinggakan kami tidak dapat menjalankan tugas kami dengan tertib dan teratur].

23. Di bawah Seksyen 125 Perlembagaan Persekutuan, klausa (3) peruntukan untuk memecat hakim, selain daripada salahlaku termasuk ketidakupayaan tubuh badan atau pemikiran atau lain lain sebab, untuk menjalankan tugas-tugas jawatan dengan saksama.

24. Tun Salleh sendiri mengakui yang beliau tidak terdaya untuk melakukan tugas-tugasnya dengan teratur dan tertib. Oleh itu beliau tidak layak untuk terus menjadi hakim.

25. Seksyen 125, klausa 4 memperuntukkan kuasa YDP Agong melantik Tribunal dan boleh atas nasihat Tribunal menyingkirkan hakim daripada kedudukannya.

26. Kedua-dua surat daripada Tun Salleh dianggap YDP Agong sebagai tidak sesuai dan menghina terutamanya kerana salinannya dihantar kepada Raja-Raja Melayu lain.

27. Di dalam salah satu daripada mesyuarat mingguan saya dengan YDP Agong, baginda telah menyatakan ketidak puasan hatinya terhadap surat-surat tersebut dan telah meminta saya menyingkir Tun Salleh Abas daripada jawtan Ketua Hakim Negara. Baginda telah menulis sendiri permintaan baginda di ruangan tepi (margin) surat pertama Tun Salleh berkenaan dengan bunyi bising daripada kerja-kerja yang sedang dijalankan di kediaman YDP Agong.

28. Bagi YDP Agong ianya adalah perkara mudah. Baginda yang melantik Ketua Hakim dan mempunyai hak untuk menyingkirkan beliau. Saya fikir adalah lebih baik bagi saya merujuk perkara ini ke Kabinet dan nasihat Peguam Negara didapati.

29. Saya mengaku rungutan Tun Salleh terhadap saya di dalam suratnya juga menimbulkan ketidak puasan hati saya. Adalah benar yang saya telah mengkritik hakim-hakim kerana mentafsir undang-undang yang dilulus Kerajaan yang tidak menepati matlamat atau objektif undang-undang itu. Saya ada mencadangkan bahawa jika undang-undang yang ditafsirkan berlainan lain daripada matlamat asal sepertimana yang Kerajaan dan penggubal undang-undang harapkan, maka undang-undang tersebut akan dipinda. Di dalam satu mesyuarat Kabinet saya berseloroh dengan memetik kata-kata Shakespeare, “The first thing we do we hang the lawyers.” (Pertama sekali kita gantung semua peguam). Hanya orang yang dungu sahaja akan mengambil bulat-bulat apa yang saya katakan. Tetapi rupa-rupanya para peguam dan hakim telah merasa tersinggung akan apa yang saya kata dan telah menganggap saya sebagai musuh mereka (yang akan menggantung mereka agaknya!).

30. Saya juga telah mengkritik hakim kerana menggubal undang-undang sendiri menerusi tafsiran mereka dan kemudiannya mengguna tafsiran mereka untuk rujukan. Saya percaya pemisahan kuasa bermakna penggubal undang-undang akan menggubal undang-undang manakala hakim akan menggunapakai undang-undang tersebut. Sudah tentu jika undang-undang digubal melanggar peruntukan perlembagaan, yang merupakan undang-undang tertinggi Negara, maka hakim bolehlah menolaknya.

31. Didapati juga sesetengah hakim menolak membicarakan kes-kes melibat hukuman mati, dan diserah secara tidak adil kepada hakim-hakim lain.

32. Kebanyakan pakar undang-undang berpendapat “It is not wrong for any member of the public or the administration to criticise the judiciary. Justice is not a cloistered virtue.” (Tidak salah bagi sesiapa samada dianya orang awam atau ahli pentadbiran untuk mengkritik kehakiman. Keadilan bukan kesucian yang terkurung) - Peter Aldridge Williams QC

33. Penulis di atas juga telah memetik McKenna J “There is no difference between the judge and the Common Man except that one administers the law and the other endures it” (Tidak ada perbezaan di antara hakim dan orang ramai kecuali yang satu mentadbir undang-undang dan yang satu lagi menerima kesannya).

34. Tetapi Tun Salleh berpendapat bahawa saya cuba menghakis kebebasan kehakiman apabila saya menyatakan pandangan saya bagaimana hakim mengecewakan matlamat asal penggubal undang-undang.

35. Menerusi pelbagai sumber saya dengar akan kemarahan hakim-hakim terhadap saya. Tetapi saya tidak mengambil apa-apa tindakan, jauh sekali untuk menyingkir Tun Salleh. Saya hanya bertindak apabila YDP Agong menyatakan rasa tidak puas hati berkenaan dua surat tersebut.

36. Kabinet bersetuju yang peruntukan perlembagaan haruslah dipatuhi. Oleh itu saya telahpun menasihatkan YDP Agong bahawa Tun Salleh hanya boleh disingkir jika YDP Agong melantik Tribunal untuk mendengar segala rungutan terhadapnya (Tun Salleh) dan membuat cadangan kepada YDP Agong.

37. Selepas YDP Agong bersetuju, Kerajaan memilih enam hakim dan bekas hakim untuk pertimbangan YDP Agong. Ahlinya termasuk hakim Negara asing yang diwakili Yang Arif Hakim K.A.P. Ranasinghe, Ketua Hakim Sri Lanka dan Yang Arif Hakim T.S. Sinnathuray, Hakim Kanan Mahkamah Agong Singapura.

38. Pengerusi tribunal ialah Hakim Besar (Malaya), Tan Sri Dato Abdul Hamid bin Hj Omar. Lain-lain ahli terdiri daripada Dato Sri Lee Hun Hoe, Hakim Besar (Borneo) dan dua orang bekas hakim iaitu Tan Sri Abdul Aziz bin Zain dan Tan Sri Mohd Zahir bin Ismail.

39. Penyertaan hakim asing adalah untuk mempastikan yang tribunal tidak mengambil sikap berat sebelah.

40. Malangnya Tun Salleh Abas enggan hadir di hadapan Tribunal. Sebaliknya dia mengharapkan yang rakan-rakannya akan cuba untuk menghalang keputusan Tribunal daripada disampaikan kepada YDP Agong.

41. Apa yang dilakukan kelima-lima hakim yang bersimpati kepadanya sudah tentu melanggar apa yang Tun Salleh utarakan semasa berucap di majlis pelancaran “Law, Justice and the Judiciary. Transnational Trend” apabila dia berkata; “we as judges must act with responsibility and dignity and not be drawn or tempted into any impulsive action which could only result in aggravating the situation” (kita para hakim mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan terhormat dan tidak dipengaruhi tindakan gelojoh yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan).

42. Kelima-lima hakim tersebut telah mengenepikan peraturan dan prosidur dan keperluan untuk mendapat kelulusan Pemangku Ketua Hakim, disamping menunggu keputusan Hakim Ajaib Singh di atas perkara yang sama. Sebaliknya mereka membatalkan persidangan mahkamah di Kota Bahru yang telah dijadualkan untuk mereka dan telah mngadakan persidangan Mahkamah Agong di Kuala Lumpur untuk mendengar aplikasi Tun Salleh Abbas untuk mengenepikan prosiding bagi menentukan kedudukannya.

43. Lima hakim Mahkamah Agong yang diketuai Tan Sri Wan Sulaiman mendengar aplikasi ex-parte oleh peguam Tun Salleh, berehat seketika, dan kemudiannya kembali dan sebulat suara mengeluarkan arahan menghentikan Tribunal daripada menyerahkan apa-apa cadangan, laporan atau nasihat berkenaan siasatan kepada YDP Agong.

44. Berikutan itu, pemangku Ketua Hakim telah menubuhkan satu panel lima hakim Mahkamah Agong untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Wan Suleiman.

45. Saya ingin ulangi yang walaupun Tun Salleh mengkritik saya secara terbuka, saya tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Saya hanya berbuat demikian setelah dia menghina YDP Agong dan baginda meminta supaya dianya disingkirkan. Tentulah akan ada yang berkata bahawa saya telah mempengaruhi YDP Agong. Tetapi selama 22 tahun saya tidak pernah melibatkan Raja-Raja di dalam politik atau masalah peribadi. Rekod tertera untuk sesiapa menelitinya.

46. Saya amat mengambil berat terhadap penyingkiran Tun Salleh secara paksa. Saya telah cuba dapatkan Tun Salleh untuk meletak jawatan bagi mengelak sebarang skandal. Pada mulanya dia bersetuju, tetapi telah menarik balik keesokan harinya.

47. Saya telah mendapatkan kelulusan keahlian Tribunal. Saya telah mendapat nasihat Peguam Negara dan pihak lain yang rapat dengan hakim-hakim. Setelah Tribunal ditubuhkan, penglibatan saya berakhir.

48. Apabila Tun Salleh dan hakim-hakim yang lain diberhentikan perkhidmatan mereka, mereka tidak sepatutnya menerima pencen. Tetapi selepas menerima rayuan Peguam Negara, saya bersetuju yang mereka dibayar pencen penuh. Mereka tidak mengalami apa-apa kerugian wang ringgit dan pencen mereka dikira daripada tarikh mereka meninggalkan jawatan.

49. Inilah fakta bekaitan penyingkiran Tun Salleh. Beliau dan rakan-rakan hakimnyalah yang telah membawa penghinaan kepada badan kehakiman.

50. Saya menulis untuk merekodkan peristiwa sebagaimana ianya berlaku. Saya tidak harap pengkritik saya akan berhenti menuduh saya menghancurkan badan kehakiman. Mereka pendakwa saya dan mereka juga adalah hakim saya. Bagi mereka saya tetap Idi Amin Malaysia sebagaimana yang di dakwa Tun Salleh di dalam bukunya “May Day for Justice”. Malangnya ramai yang begitu tersedia mengutuk saya terdiri daripada hakim-hakim.

CARI SEGERA TENAGA ALTERNATIF YANG LEBIH MURAH DARI MINYAK..!


Kenaikan harga minyak di Malaysia memang sudah dijangka oleh rakyat. Rakyat faham bahawa harga minyak global semakin tinggi sehingga mencecah USD130 setong. Saya kurang pasti satu tong minyak bersamaan berapa liter. Saya juga kurang pasti Malaysia import minyak mentah atau minyak yang sudah siap diproses.

Oleh kerana minyak petrol dan minyak diesel sangat penting kepada rakyat kerana ia digunakan untuk berbagai tujuan ekonomi dan sosial maka harganya mestilah munasabah dan seimbang dengan taraf hidup rakyat.

Taraf hidup rakyat di Malaysia jika dilihat secara kasar kebanyakan mereka makan gaji, kerja kilang, petani, pekebun kecil, nelayan dan sebagainya. Ada di kalangan mereka mempunyai anak yang ramai. Ada di kalangan mereka berulang-alik ke tempat kerja. Ada yang jaraknya jauh. Ada juga yang dekat. Mereka hadapi juga kesesakan diibukota. Tentu banyak gunakan minyak petrol.

Sebab itu kenaikan minyak yang diumumkan kerajaan pada 4 Mei 2008 hari Rabu sebanyak RM2.70 seliter akan menambahkan lagi bebanan rakyat. Bebanan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana perlu dilihat juga.

Kerajaan hendaklah mencari segera tenaga alternatif untuk kenderaan agar rakyat tidak hanya tertumpu menggunakan minyak untuk kegiatan harian mereka.

Wednesday, June 4, 2008

HARGA MINYAK NAIK 2.70 SEN KERANA ABDULLAH TAHU RAKYAT MALAYSIA SUKAKANNYA...



HARGA MINYAK NAIK 2.70 SEN RAKYAT TERSEPIT ! DUNIA MENUJU NERAKA....


The following is the new prices of petrol effective from midnight tonight:


New Price Old Price
RON97 Petrol RM2.70 per liter RM1.92 per liter
RON92 Petrol RM2.62 per liter RM1.88 per liter
Diesel RM2.58 per liter RM1.58 per liter

No word at the moment on how much Shell V-Power will cost.

The government will be giving a subsidy of RM625 a year for cars with engine displacements 2000cc and below liters (joy for Mercedes-Benz C200K and E200K owners with their 1.8 liter engines, I suppose), and RM120 a year for motorcycles. RM625 is said to be an equivalent of 800 liters a year, which is roughly 78 sen per liter.

Basically for the first 800 liters of fuel used per year, you’ll still be paying the old price of RM1.92 per liter. 66 liters per month is the equivalent of nearly 2 full tanks for a small compact car, or just over 1 full tank for a typical sedan. Payment of the subsidy will be made via postal order to be issued when you renew your car’s road tax annually.

These changes are only temporary. As mentioned by Datuk Shahrir Samad yesterday, this will only be step one in the final plan in restructuring the way we purchase fuel in our country. These prices are still controlled prices - future prices will be a floating market rate that is not capped by the government.

The government will be moving towards abolishment of the fuel subsidy in the future, so we’d better just get used to these new prices.

Monday, June 2, 2008

REALITI PERKAUMAN DALAM KONTEKS MALAYSIA..


MODAL PERKAUMAN ATAU REALITI PERKAUMAN DALAM KONTEKS MALAYSIA..?


"The Racist Card" atau "Modal Perkauman" seperti yang Tun Dr.Mahathir dalam www.chedet.com tulis dalam konteks Malaysia ada banyak kebenarannya.

Param Curumaswary menuduh Tun sebagai Racist dan hendaklah ditangkap di bawah ISA.

Alasan Param ialah Tun bercakap soal survival bangsa Melayu dan ada cubaan menghasut.

Berbanding dengan HINDRAF yang lebih dahsyat lagi boleh diibaratkan raja segala racist kerana memanipulasikan wang 1 juta dan cubaan menyalahkan orang Melayu.

Kaum India menurut HINDRAF ketinggalan dan serba lemah kerana UMNO. Bagi mereka UMNO adalah musuh utama orang India.

Mereka ini tidak mengenang budi. Mereka tidak layak tinggal di Malaysia kerana UMNO adalah musuh mereka.

UMNO hendaklah dihormati kerana menerima MIC sebagai rakan kongsi kuasa.

UMNO boleh berdiri sendiri tanpa MIC. UMNO boleh memerintah negara ini ikut sistem UMNO.

Adakah Tun Mahathir racist atau perkauman kerana beliau adalah Melayu. Masalah Melayu wajib diatasi oleh Melayu.Apa guna Melayu merdeka jika Melayu jadi hamba...??

Teras kemerdekaan Malaysia adalah kerana Melayu. Orang Melayu menjadi teras utama kemerdekaan. Malayan Union menjadi punca.UMNO kedepan.

Inggeris beri syarat.Jika Melayu ingin merdeka, Melayu mesti terima India dan Cina dalam Tanah Melayu sebagai rakyat.

Apabila Inggeris paksa syarat yang berat dan merugikan Melayu, Melayu yang ada kuasa politik waktu itu, dengan berat hati tapi berhemah, terpaksa terima India dan Cina sebagai rakyat.

Melayu bukan bangsa tidak berakal.Apabila sudah merdeka dari Inggeris, Melayu melalui UMNO menjadi akan meneruskan agenda Melayu.

Sebaliknya kaum India dan Cina pula terbalik. Mereka meneruskan agenda India dan Cina.

Kaum India perjuangkan bahasa Tamil, sekolah Tamil, agama Hindu ..kaum Cina pula perjuangkan bahasa Cina, sekolah Cina, agama Buddha dan sebagainya ....

Hingga kini kaum India masih berkiblatkan India, kaum Cina masih berkiblatkan Cina. Sebab itu mereka bermati-matian mempertahankan sekolah Cina, sekolah India, bahasa India dan bahasa Cina.

Kini kaum India dan Cina cuba bercakap soal ketuanan rakyat Malaysia. Apa maknanya? Hipokrit...

Hapuskan dahulu sekolah India, sekolah jenis Cina, bahasa Tamil, bahasa Cina, tukar nama bercirikan Malaysia....

Mahukah mereka? Hanya pandai berkata ketuanan Malaysia tapi hipokrit...

Justeru, saya sokong penuh tulisan dan buah fikiran Tun Mahathir bahawa Tun Mahathir berhak mengangkat nasib bangsanya. Dan sepanjang Tun memerintah, berapa banyak orang India dan Cina jadi miskin....????

POLITIK MALAYSIA

Orang India, Cina Malaysia bertuah betul. Ada di kalangan mereka jadi jutawan, ada jadi menteri,ada jadi ketua menteri,ada jadi presiden,ada jadi perdana menteri, seperti Cina dan India Singapura....kedai mereka pula banyak dan kaya raya...kerana dasar kerajaan yang adil kepada semua kaum...

APA KAUM INDIA, CINA PATUT BUAT?

Mereka hendaklah terus menyokong Ketuanan Melayu...kerana ketuanan Melayu adalah yang terbaik untuk kaum Melayu, India dan Cina dan lain-lain kaum.

Jika timbul ketuanan Cina atau India, Malaysia pasti akan huru-hara kerana yang pasti, orang Melayu akan terus tertindas dan terjajah..

Jadi Ketuanan Melayu di Malaysia adalah wajar untuk elak orang Melayu dari menjadi Singapura.. sehingga kini peluang orang Melayu untuk menjadi perdana menteri dan presiden Singapura menjadi persoalan...? Tetapi Melayu Singapura tetap sokong PAP...selagi PAP tidak menzalimi orang Melayu,agama dan keturunannya...Melayu malaysia hanya memerhati dari jauh ....

Justeru, saya sokong Tun, hadapkan Param kepada ISA kerana cubaannya mempertikaikan hak istimewa Melayu yang tinggal tak seberapa lagi itu...

Kepada kaum India dan Cina...till now, you are still our best friend....love you all..kerana Allah...!!!

Bravo Tun pasai blog Tun blog jutawan dah...syabas Tun..idea Tun bernilai jutaan ringgit...

Wassalam.

Sunday, June 1, 2008

ISMAIL SABRI PERASAN DIRINYA BAGUS...


BEZA DESAK ORANG BAGUS BUAT KERJA LETAK JAWATAN DENGAN DESAK ORANG TAK BAGUS BUAT KERJA LETAK JAWATAN ZAMAN ABDULLAH ....

Mahathir tekad kekal penasihat Petronas, Proton suka dipecat
31-05-2008 07:32:28 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tidak akan melepaskan kedudukan beliau dalam beberapa syarikat dan badan kerajaan, termasuk sebagai penasihat Petronas dan Proton - jawatan yang disandang sejak berundur daripada jawatan Perdana Menteri lima tahun lalu.

"Saya tidak nampak sebab mengapa saya perlu melepaskan jawatan itu. Saya lebih suka ditendang (dipecat)," kata beliau sambil menambah, jawatan-jawatan berkenaan tidak kena-mengena dengan kedudukannya yang kini bukan lagi ahli Umno.

Dr. Mahathir berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sebagai pengerusi dan penasihat syarikat dan badan-badan kerajaan berikutan keputusan beliau untuk keluar daripada Umno kira-kira dua minggu lalu.

Majlis Tertinggi Umno telah menerima keputusan beliau untuk keluar parti tetapi beliau boleh kembali ke pangkuan parti jika berhasrat untuk berbuat pada masa depan.

Terdahulu beliau menyampaikan ucaptama pada majlis Program Suntikan Semangat Satria di sini hari ini.

Kata Dr. Mahathir, mengikut tradisi, bekas Perdana Menteri memegang jawatan dalam syarikat dan badan-badan kerajaan dan ia tidak mempunyai kaitan dengan keahlian dalam Umno.

"Tun Hussein Onn (bekas Perdana Menteri) dulu memgang jawatan Pengerusi Petronas dan beberapa badan lain. Bila beliau tidak mahu jadi ahli Umno, beliau terus pegang jawatan itu," ujar beliau lagi.

Dr. Mahathir juga merupakan Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana, yang ditubuhkan selepas beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob meminta Datuk Mokhzani Mahathir yang turut mengumumkan keluar daripada Umno minggu lepas, supaya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) atas alasan jawatan itu adalah hak kerajaan.

"Jawatannya itu adalah hak kerajaan. Bila dia (Mokhzani) keluar Umno, secara prinsipnya, beliau kena lepaskan jawatan dalam kerajaan," kata Ismail Sabri merujuk kepada SIC yang merupakan anak syarikat Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang dikuasai kerajaan melalui Khazanah Holdings.


DR. MAHATHIR Mohamad bersalaman dengan peserta majlis Suntikan Semangat Satria di Petaling Jaya pagi ini.

Mokhzani pada 21 Mei lepas mengumumkan keluar daripada Umno untuk mengikut jejak bapanya yang berbuat demikian atas alasan tidak lagi yakin terhadap kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Perdana Menteri.

Beliau mengumumkan keluar Umno tiga hari selepas Dr. Mahathir memutuskan untuk berbuat demikian.

Dr. Mahathir juga enggan mengulas panjang kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menggesa Mokhzani supaya meletak jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC).

"Kalau saya di tempatnya (Mokhzani), saya tidak akan meletak jawatan," katanya.

Diminta mengulas keputusan Mahkamah Antarabangsa yang menyerahkan Pulau Batu Putih atau Pedra Branca kepada Singapura baru-baru ini, Dr. Mahathir berkata. ini berlaku kerana kegagalan pasukan Malaysia untuk berhujah mempertahankan kepentingan Malaysia.

"Singapura hantar ketua hakimnya dan seorang peguam yang pernah berkhidmat di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kita hantar peguam negara. Jika kita hantar ketua hakim negara, tidak dapat tidak, pasukan kita akan dihormati oleh hakim-hakim yang mengadili kes itu.

"Pasukan kita gagal berhujah menafikan surat yang ditulis oleh seorang pegawai kerajaan Johor kepada seorang pegawai British di Singapura yang mengaku bahawa pulau itu milik British sedangkan pegawai itu tidak ada sebarang hak untuk membuat pengakuan itu kerana yang berhak hanya Sultan Johor.

"Surat itu ditulis sebelum kita merdeka, jadi pegawai itu tidak bebas, malah mungkin menulis atas arahan ketuanya yang juga pegawai British supaya mengaku Pulau Batu Putih milik British.

"Inilah yang terjadi apabila kita menghantar orang yang tidak cekap berhujah bagi pihak kita," katanya sambil menambah, ketika beliau masih Perdana Menteri, bekas setiausaha politiknya, Mathias Chang telah menjalankan kajian mendalam mengenai isu itu dan laporan yang mengatakan pulau itu milik Malaysia telah diserahkan kepada Wisma Putra.

"Bagaimanapun, saya tidak tahu sama ada mereka membaca laporan itu atau tidak, maka rugilah kita," katanya.

Terdahulu dalam sesi dialog dengan kira-kira 1,000 hadirin, Dr. Mahathir mendakwa bahawa kerajaan pimpinan Abdullah telah menyalahgunakan wang ihsan daripada keuntungan Petronas berjumlah kira-kira RM1 bilion setahun, yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan Terengganu sejak empat tahun lalu.

"Wang ihsan itu untuk projek pembangunan. Apabila ia hendak dibelanjakan ia perlu ada belanjawaan dan melalui proses tertentu sebelum wang itu boleh dikeluarkan.

"Setakat yang saya tahun proses ini tidak dijalankan. Ini adalah satu kesalahan. Perbelanjaan wang itu diputuskan oleh Perdana Menteri, Menteri Besar (ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh) dan satu dua kawan-kawan mereka yang bukan pun orang kerajaan.

"Kerana itu ia memberi keuntungan pada kontraktor tertentu yang ada hubungan rapat dengan orang tertentu," katanya.

Dr. Mahathir berkata, beliau yakin Kerajaan Negeri Terengganu akan menuntut baki wang ihsan itu dikembalikan.

Jika itu berlaku, katanya, kerajaan persekutuan akan menghadapi masalah kerana mereka telah membelanjakan sebahagian wang itu antara lain untuk membina Masjid Kristal dan menganjurkan Monsoon Cup sedangkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan telah berkata, kedua-dua projek itu bukan satu projek pembangunan dan dengan itu tidak boleh dibiayai dengan wang ihsan.